"Allahuakbar!"
Aku teruskan solat sampai rakaat yang ketiga. Masa aku duduk di tahayat akhir tiba-tiba suasana jadi gelap gelita. Bunyi riuh rendah dekat bahagian dapur. Aku teruskan solat dan memberi salam ke kanan. Tetapi masa aku nak bagi salam ke kiri aku rasa macam ada sesuatu. Aku berpaling ke kiri dan aku pejam mata. Lepas je aku bagi salam dan aku tunduk, aku dongakkan kepala. Aku buka saja mata, benda yang aku tengok kat luar tu tiba-tiba ada kat kiri aku. Masa tu allah je tahu perasaan aku macam mana. Tanpa berdoa, aku terus bangun. Belum sempat aku nak lari, aku rasa badan aku ditolak dari belakang. Aku terjatuh dan badan belakang aku terkena bucu almari yang ada dekat ruang tamu.
"ALLAHUAKBAR!!" Jerit aku nyaring. Belakang aku sakit yang teramat sangat.
Aku berusaha untuk bangun.
"Ya allah! Sakitnya."
Masa tu aku rasa nak menangis duh. Dengan sakit. Dengan pedih.
"J! Kau dekat mana?" Jerit seseorang.
Aku tak pasti suara siapa tapi aku menyahut..
"Sini weh!! Tolong aku!"
Tak lama aku perasan ada satu cahaya menyuluh dekat laluan nak ke depan.
"Sini!" Panggil aku lagi.
"Ya allah j! Kau kenapa?"
"Tolong aku! Belakang aku sakit"
Izuwann dan ijat terus mengangkat aku. Aku terus cabut telekung dan berjalan.
"Cepat-cepat" Ucap reza.
Suasana masa tu memang huru hara. Dengan blackout tiba-tiba apa semua.
"Kau tunggu dekat luar ni j. Aku nak masuk ke dalam sekejap." Ucap izuwann.
"Okay-okay"
Aku terus bersandar dekat dinding diluar. Tak lama tu semua anak beranak keluarga lia keluar dari rumah tu. Semua berkumpul. Aku baru teringat beg pinggang aku dan aku terus masuk ke dalam rumah. Dalam keadaan gelap aku meraba-raba dinding. Tak lama tu muka aku disuluh dari arah depan.
"Weh kau nak kemana j?" Tanya izuwann.
"Aku nak ambil beg aku jap. Aduh!"
"Uish kau ni lah. Sini-sini"
Izuwann terus memegang tangan aku.
"Dekat mana beg kau?"
"Dalam bilik."
"Bilik yang kau tidur petang tadi ke?"
"Haah"
Izuwann lantas menyuluh ke arah bilik tersebut. Aku masuk aku capai beg dan telefon. Aku terus patah balik ke arah izuwann.
"Ada apa-apa lagi tak?"
"Tak ada dah. Hanya beg dan telefon yang penting buat masa sekarang.
"Kunci kereta kau?"
"Ada dalam beg"
Aku dengan izuwann terus keluar dari rumah. Tak lama tu kitaorang join family lia. Rupanya ayah lia memintak semua pergi ke kampung sebelah rumah moyang lia. Oleh kerana masa tu kereta tak muat, kitaorang terpaksa berjalan kaki ke kampung sebelah. Sebelum nak gerak tu, ayah lia suruh kira ada menyebut nama setiap sorang. Takut tertinggal. Bila part aku aku terus menjerit "ye saya janna ada".
Aku ni jenis suka jalan belakang sekali. Masa tu aku jalan dengan izuwann dan ijat. Ayah lia suruh kira lagi sekali. So dari depan diaorang mengikut nombor. Sampai ke part aku,
"No 17! Janna!"
Tiba-tiba tu..
"No 18!"
Aku terus telan liur. Aku memandang izuwann yang berada disebelah kanan aku. Tak lama tu aku terus memandang ke kiri. Gulp!
"Pppooconggg!!!" Jerit aku.
Aku terus berlari meninggalkan yang lain dekat belakang. Haha.. masa ni aku berlari non stop weh. Bayangkan dari rumah lia tu nak ke highway bapak punya jauh. Izuwann jerit nama aku pun aku tak berhenti. Memang tak lah. Bila dah sampai kat highway aku terus berhenti kat tepi jalan. Aku tekan perut yang terasa sakit. Penat yang teramat sangat. Tak lama tu izuwann datang dan bongkok kat depan aku.
"Kau ni kan j." Ucap izuwann termengah-mengah.
"Mana yang lain?" Tanya aku lantas memandang ke kiri.
"Dekat belakang."
Izuwann masih lagi termengah. Tak lama tu dia duduk kat atas divider jalan. Aku pun sama. Tengah aku borak-borak dengan izuwann sementara nak tunggu yang lain sampai, tiba-tiba aku terperasan macam ada bayang melintas dekat sebelah kiri izuwann. Aku terus lompat turun dari divider dan aku terus tarik izuwann..
"Kenapa?"
"Aku nampak benda kat sebelah kau. Cepat-cepat"
Aku dan izuwann terus berjalan dan tunggu dekat tempat lain. Tak lama tu diorang sampai. Dan kitaorang terus menuju ke rumah moyang lia. Ingat kan dekat kampung sebelah ada elektrik. Rupanya tak ada jugak. Ah pishang.
Bila sampai dekat rumah nenek lia, aku terus masuk dan mengikut belakang lia. Rumah nenek lia ni rumah semua papan. Tapi banyak tangga dekat dalam rumah. Tangga tu untuk naik dekat bahagian tengah dan atas. Jadi masa tu aku lia nabila dan sepupu sepapat lia yang perempuan ni naik tangga duduk dekat bahagian ruang tengah. Jadi ruang tamu kesemua lelaki termasuk 3 orang ustaz dan moyang lia. Aku tak tahu pulak, ustaz tu datang untuk apa. Yang aku tahu, masa aku yang lain sampai, ustaz dan beberapa orang bapak sedara lia dah ada kat dalam rumah moyang lia.
"Minum air ni" Suruh ustaz tu tiba-tiba.
Aku hanya memerhati dari atas.
"Kau ingat aku bodoh?"
"Minum lah. Ni kan air milo yang oyang mintak."
Tak lama tu moyang lia gelak berdekah-dekah. Aku terus cuit bahu lia.
"Nenek kau kenapa?" Tanya aku suara berbisik.
"Yang kau tengok tu sebenarnya bukan dia anna"
Aku pandang muka lia dan berkerut dahi.
"Maksud kau?"
"Itu saka moyang aku. Aku rasa moyang aku dah meninggal. Aku tak pasti lah betul atau tak. Tapi itu lah yang ayah aku cakap"
Bila lia cakap macam tu, kepala aku terus berpaling ke arah moyang lia. Dan dalam masa yang sama jugak, moyang lia memandang ke arah aku. Mata dia bersinar duh. Menyeramkan. Sumpah menyeramkan. Aku terus mengesot sedikit ke belakang.
"Lia!" Panggil aku berbisik.
Lia berpaling ke arah aku.
"Apa?"
"Moyang kau tengok aku lagi?"
Lia memandang ke arah depan, tak lama tu dia memandang ke arah aku balik.
"Tak-tak"
Aku terus mengesot kedepan semula. Tiba-tiba moyang lia tak ada kat ruang tamu. Aku terus keluarkan kepala aku dari pintu. Kot-kot dia berjalan ke tepi ke apa-apa ke tapi tak ada. Pelik. Aku pun kembali ke tempat asal. Berpaling je muka aku ke arah lia, sekali muka moyang lia betul-betul dekat muka aku. Nabila, lia dengan yang lain terus menjerit dan mengesot kebelakang. Aku dalam keadaan macam tu ada lah dalam 5 minit. Bila aku tersedar, aku terus melompat dari tangga tu dan berlari ke arah ustaz dan menyorok kebelakang dia dekat ruang tamu. Lia dan yang turut mengikut aku lari.
"Sini j" Panggil izuwann lantas menarik tangan aku. Aku betul-betul dekat belakang izuwan. Mengeletar tangan aku usah dicakapkan lagi lah.
Tak lama tu moyang lia turun dari tangga dan menari zapin. Bila tengok pada usia moyang lia tu memang dah tak kuat. Tetapi tu lah..
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'GERIK'
HorrorHAI, DISINI SAYA NAK KONGSIKAN KISAH SERAM YANG SAYA HADAPI. STAY TUNED.