BAB 9

1K 78 0
                                    

Aku dengan lia terus bangun. Kitaorang berjalan beriringan dan turun dari ruang tamu. Aku masih lagi dapat rasa satu aura yang aku tak pasti dari mana datangnya. Dengan bau kemenyan dan kapur barus menusuk-nusuk dekat rongga hidung aku. Aku dengan lia menuju ke dapur. Ada nasi lemak dengan kopi o panas. Aku terus ke singki untuk basuh muka dan kumur. Begitu jugak lia. Selesai semuanya aku dengan lia duduk dekat meja makan. Belum sempat aku nak buka bungkusan nasi lemak tu, tiba-tiba mata aku tertangkap satu susuk yang membelakangkan aku dengan lia. Tak lama tu susuk tubuh tu berpusing dan tersenyum ke arah aku dan lia. Mata aku terbeliak. Moyang lia?? Allah! Aku terus tundukkan kepala. Diam tak berkutik.

"Anna! Kau kenapa?" Tanya lia.

Aku tak menjawab apa-apa, tetapi tangan aku pantas menunjuk sesuatu di depan. Tak lama tu.

"ALLAHUAKBAR!" Jerit lia.

Lia terus pegang tangan aku. Aku terus baca ruqyah. Tak lama tu aku angkat kepala perlahan-lahan. Moyang lia hilang dari pandangan aku.

"Dah tak ada dah" Ucap aku perlahan.

Tak lama tu lia angkat muka. Dia memandang kiri dan kanan.

"Nasib dah tak ada. Jom lah makan" Ajak lia.

Selesai semuanya aku dengan lia menunggu yang lain pulang dari kubur. Yang lain-lain semua dah bangun tidur. Selepas keluarga lia pulang dari kubur, kitaorang terus bergerak balik. Berjalan kaki tengah-tengah panas. Air peluh berambu-rambu. Badan sorang-sorang bau macam belacan. Aku ambil keputusan untuk terjun sungai. Yang lain pun ikut sekali. Segar nok..

Petang itu mak lia ajak tahlil dekat rumah moyang lia. Bermakna kitaorang akan pergi balik dekat sana semula. Tak ape lah. Aku okay je. Petang tu kitaorang bersiap-siap dan pergi ke kampung sebelah menaiki kereta.

Petang itu setelah aku angkat barang untuk kenduri tahlil aku duduk dekat bawah rumah yang ada paking. Sambil memandang kiri dan kanan. Rumah moyang lia waktu siang nampak macam tenang. Bila waktu malam rasa macam nyawa nak tercabut. Aku memandang ke kiri. Ada beberapa buah rumah yang terletak dekat sebelah rumah moyang lia. Aku terus bangun dan pergi dekat kereta. Aku menghembus nafas. Jantung aku tiba-tiba berdetak laju. Aku berpaling ke depan memerhati kereta izuwann menurun bukit yang curam. Tak lama tu izuwann park kereta dia dekat sebelah kereta aku.

"Laju betul kau sampai" Ucap izuwann setelah keluar dari kereta diikuti oleh yang lain.

"Well" Balas aku sambil angkat kening.

"Mengada eh"

Aku hanya tergelak bila izuwann berkata bergitu. Nabila terus menuju ke arah aku.

"J kau rasa tak ada apa-apa yang berlaku ke malam kang?"

Aku terdiam.

"Entah lah. Tapi sekarang ni aku rasa tak sedap hati"

"Asal?" Tanya izuwann

"Tak tahu lah. Ni aku nak tanya pasal kes pengantin tu. Mana dia eh? Abang awie pun aku tak nampak dah"

KISAH SERAM 'GERIK'Where stories live. Discover now