BAB 3

1.3K 88 1
                                    

Malam itu selesai semuanya aku mengajak lia teman kan aku untuk bawa naik kereta ke laman. Takkan nak biarkan kereta kat bawah pulak. Nanti apa-apahal susah. Lagi pun petang tu aku betul-betul park kereta bawah pokok kelapa. Malang tak berbau kang naya baby boy aku kena hempap dengan buah kelapa. Uish mintak simpang. Sambil berjalan tu aku dengan lia berborak sambil ketawa. Kawasan tu tak berapa nak gelap sangat sebab tepi tu ada pasang lampu khemah. Jadi samar-samar ghitu.

Bila dah sampai kat tengah-tengah bukit, aku perasan ada seseorang naik dan berhenti berjalan. Tak lama tu...

"Awie ada awie?"

Aku dengan lia berhenti berjalan. Awie tu bapak sedara lia yang nak kahwin tu lah.

"Awie tak ada. Dia keluar kejap. Ada apa-apa pesanan ke?" Tanya lia ramah.

Orang tu dia tak cakap apa-apa. Terus melangkah naik bukit tersebut. Muka memang kitaorang tak nampak. Cuma bentuk badan yang aku dan lia nampak. Kurus!. Aku meneruskan perjalanan dengan lia. Masa tengah jalan-jalan tu tiba-tiba aku terfikir. Aku terus tarik tangan lia dan disebabkan itu aku dengan lia berhenti melangkah.

"Kau kenapa anna?"

"Kejap. Kalau betul awie tak ada, kenapa lelaki tu naik? Kenapa dia tak turun sama dengan kita?"

Lia terdiam. Aku pandang ke arah kanan. Tak lama tu. Aku terus tekan alarm kereta untuk kunci dari atas bukit dan berlari naik.

"Anna! Anna! Tunggu" Jerit lia kat belakang. Lia ni satu je masalah dia. Kalau lari mesti nak kena tunggu untuk lari sama. Sumpah jem.

Bila lia dah sampai sebelah aku, kitaorang terus lari masuk dalam rumah. Ketaq lutut oii. Haha.

"Kamu berdua ni dah kenapa?" Tanya mak lia.

"Tak ada apa-apa makcik" Ucap aku lantas menarik lia ke bilik.

"Kau kenapa tak bagitahu dekat mak aku?"

"Tak payah lah." Ucap aku lantas duduk dekat birai katil.

Aku memandang sekeliling. Bilik sape tah. Aku main bedal je masuk. Janji bukan bilik pengantin. Lia duduk dekat sebelah aku.

"Kau perasan tak muka dia tadi anna?"

Aku lantas menggelengkan kepala.

"Mana nak perasan. Gelap kan."

"Anna aku rasa tak sedap hati lah."

Aku memandang lia dekat sebelah.

"Kenapa? Ni lia. Kau jangan nak fikir sangat benda-benda macam tu. Kau just buat tak tahu je"

Lia menganggukkan kepala lantas berbaring dekat sebelah aku. Aku masih lagi keadaan duduk dan termenung. Aku memandang sekilas ke arah lia. Sian pulak aku tengok member aku sorang ni. Tak lama tu aku perasan dari cahaya lampu yang lia menggigil. Aku terus tarik kain selimut dan selimut tubuh lia. Aku meletakkan tapak tangan aku dengaan dahi lia. Panas? Lia demam? Aku terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Aku duduk dekat sebelah mak lia lantas berbisik ke telinga mak lia.

"Makcik, lia demam"

Mak lia memandang aku dengan pandangan yang pelik.

"Bukan tadi dia okay ke? Macam mana tiba-tiba boleh demam?"

Aku terdiam. Aku menarik nafas dalam.

"Sebab tadi kita orang terserempak dengan seseorang."

"Siapa?" Tanya makcik yang ada di depan.

"Tak tahu. Orang tu cari awie. Lepas tu dia naik atas bukit pastu hilang."

Mak lia terdiam. Tak lama selepas itu mak lia memintak semua masuk ke dalam rumah. Pintu lantas di tutup.

Malam tu aku tidur satu bilik dengan lia selepas aku bagi dia makan ubat. Lia meminta aku jangan tinggalkan dia sorang-sorang. Sebagai kawan aku akur dengan kehendak dia. Aku tersedar around 4 pagi. Aku berpaling kesebelah. Lia tak ada. Aku bangun dan mencari lia didepan. Lia tak ada. Aku mencari lia di dapur pulak. Rupanya lia tidur di bilik bahagian dapur. Bilik tak berdinding. Hanya kain menjadi sempadan. Tak lama tu tiba-tiba.....

Pap!!!

"Kau buat apa?" Tanya seseorang. Bahu aku disentuh dari belakang.

Akibat terkejut aku terus berpaling kebelakang. Lia dekat belakang aku? Aku terus selak kain yang menutupi bilik kat dapur tu. Lia tak ada? Habis sebelum tu bukan ke lia yang aku tengok tengah tidur?

"Bukan ke kau?.."

"Aku apa?"

"Kau dari mana? Tak ada pun dalam bilik" Tanya aku untuk menutup kegusaran dekat hati.

"Aku pergi tandas. Sakit perut."

Aku hanya menganggukkan kepala. Aku melangkah setapak ke depan.

"Demam kau dah okay?"

Lia menganggukkan kepala

"Dah okay dah. Jangan risau. Aku memgantuk. Kau tak nak sambung tidur?"

"Boleh lah. Aku pun mengantuk. Kau masuk tidur dulu. Aku nak pergi minum air jap"

"Ye lah."

KISAH SERAM 'GERIK'Where stories live. Discover now