Aku termanggu diluar selepas sarapan pagi. Aku memandang ke tempat yang aku tidur pagi tadi. Di atas simen dekat luar rumah. Aku mengeluh perlahan. Tak lama tu bahu aku dicuit dari belakang. Aku lantas berpaling.
"Kau okay?" Tanya lia.
Aku hanya mengangguk. Padahal sebenarnya aku tak okay.
"Aku ada benda nak cerita dekat kau."
Dahi aku berkerut memandang ke arah lia.
"Benda apa?"
"Pasal rumah nenek aku ni"
"Okay. Pasal apa tu?"
"Sebenarnya rumah nenek aku ni dulunya kubur askar jepun. So atok aku beli tanah ni dah naikkan rumah. Dulu mak aku tak setuju. Tapi tu lah orang tua kan. Bukan nak dengar cakap. Kalau kau nak tahu anna, sebelum ni banyak benda-benda yang berlaku. Macam adik aku si amir tu. Banyak kali lah kena rasuk. Boleh dikatakan tiap-tiap hari sampai satu tahap, adik aku dah tak nak balik sini dan rela duduk sorang-sorang dekat kuala kangsar dari ikut balik sini."
Aku menganggukkan kepala.
"Lepas tu?"
"Lepas tu bila dah adik aku acap kali tak balik, nenek aku terasa lah. Mula lah drama keluar. Padahal mak aku dah cakap dah. Jangan jangan jangan tapi degil jugak. Aku ingat lagi masa tu maghrib. Aku baru balik dari rumah moyang aku dengan abang aku. Masa ty kitaorang jalan kaki. Nak naik bukit tu elok je bayang putih melintas dekat depan aku dengan abang aku. Mau tak mengelupur aku dengan abang aku lari. Yang lain-lain usah dicakap lah. Pocong lah. Hantu jepun berjalan tengah-tengah malam lah. Berkawad apa semua. Benda terbang sana sini lah. Yang paling latest budak-budak yang kau cakap pagi tadi. Sebelum majlis awie, mak aku bangun nak kencing waktu pagi. Dan tiba-tiba dia dengar bunyi budak-budak gelak ketawa. Dia pergi jenguk dekat luar. Sekali haa mau tak menjerit orang tua tu. Semenjak dari itu tak adanya mak aku nak bangun pagi-pagi buta. Mungkin hantu tu dah upgrade baru kot. Sebab setahu aku, dulu aku tak pernah jumpa budak-budak tu. Kira baru lagi lah."
"Hahaha. Otak hang hantu upgrade baru."
"Betul anna. Haha boleh pulak dia main upgrade-upgrade ni. Biar yang lama sudah lah kan. Kau nak tahu tak, nenek aku tak boleh datang sini"
"Kenapa?"
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'GERIK'
HorrorHAI, DISINI SAYA NAK KONGSIKAN KISAH SERAM YANG SAYA HADAPI. STAY TUNED.