BAB 15

974 67 1
                                    

"Nak ke mana?" Tanya aku

"Mak aku tadi pesan suruh cari rebung. Nak buat masak lemak katanya. Korang kan dah nak balik esok petang. Nak masak daging lemak rebung. Your favorite kan?"

"Uish serius lah?"

"Serius lah gila. Jom lah"

"Tapi nak cari kat mana rebung? Pasar buka ke waktu-waktu macam ni?"

"Laa kau ni. Ni original punya rebung. Ada. Atok aku baru tengok semalam kat kebun dia."

"Oh ni nak pergi kat kebun atok kau lah eh?"

"Yee! Dah-dah jom. Weh korang kitaorang nak masuk kebun kejap! Korang mandi lah dulu"

"Oraite. Take care weh"

Aku dengan lia terus naik ke tebing sungai. Aku hanya mengikut lia dari belakang. Aku hanya memandang sekeliling lantas aku melirik jam di tangan. Sudah nak ke angka 7. Aku mempercepatkan langkah sebab lia dah tinggalkan aku jauh kebelakang. Tak lama kemudian lia berhenti. Aku pun turut berhenti. Lia memandang ke depan.

"Kau rasa yang mana satu?"

Aku yang bertepuk tampar dengan nyamuk terus berjalan dan berhenti sebelah lia. Lantas aku mendongakkan kepala.

"Yang tu kot. Hish nyamuk ni memang nak ajak aku bergaduh ke apa ni! Geram pulak hati kite" Bebel aku.

"Kau ni kan anna. Perangai tak berubah. Dengan nyamuk pun nak cari gaduh."

"Siapa suruh nyamuk tu cari pasal"

"Haha! Dah-dah. Ambil parang ni anna,"

Parang bertukar tangan. Aku terus keliling pokok buluh.

"Mana ni weh?" Laung aku

Lepas je aku laung macam itu, tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu. Aku berpaling kebelakang. Kawasan belakang tu lapang tau. Lepas tu aku pandang tanah. Ada satu kawasan ni macam daun kering disapu ke tepi. Aku macam pelik sekejap. Situasi ni pernah terjadi dekat aku suatu ketika dulu semasa aku masuk hutan dekat kg keruak. Aku pandang kanan. Aku perasan lia mengundur mengundur mengundur sambil pandang buluh.

"Lia! Kau stop!" Jerit aku.

"Ha?"

Lia masih lagi mengundur kebelakang.

"Lia!! Kau stop!" Jerit aku lagi.

Aku terus campak parang kat tepi dan lantas berlari ke arah lia. Lagi setapak kaki kanan lia nak masuk dekat line daun kering tu, aku terus tarik lia dekat depan. Aku dah terbaring dekat tepi pokok buluh. Lia pulak hempap perut aku. Nasib tak pecah peranakkan aku weh.

"Aduh! Sakit-sakit" Ucap aku.

Lia terus bangun duduk dekat sebelah aku.

"Sorry-sorry anna"

Aku yang terbaring tu terus bangun. Tak lama tu dengan mata kepala aku sendiri, aku perasan ada beberapa orang berbaju putih lalu betul-betul dekat depan aku. Suasana dekat sekeliling hutan tu bau wangi yang teramat sangat.

"Anna bau apa ni?" Tanya lia.

Aku cepat-cepat tutup mulut lia.

"Shhh. Tu"

Lia terus berpaling ke arah yang aku tunjukkan tu. Tak lama tu dia berpaling ke arah aku.

"Siapa tu anna?" Tanya lia.

Muka lia yang tadi elok terus berubah jadi pucat.

"Orang bunian"

"Ha??"

"Jom lah blah sebelum orang tu nampak kita" Ajak aku lantas bangun dan capai parang.

Aku dengan lia terus lari meninggalkan kawasan tersebut. Entah lah rebung ke mana. Aku dengan lia entah ke mana. Bila dah sampai kat sungai aku terus ajak diaorang balik. Diorang tanpa cakap banyak terus kemas dan berjalan untuk balik ke rumah. Sampai rumah saja, aku terus mandi lagi sekali. Bagi selesa sikit. Selesai solat maghrib apa semua aku terus duduk kat ruang tamu dan main telefon. Tiba-tiba aku teringat pasal dalam hutan maghrib tu. Kalau lah aku tak pandang kebelakang. Kalau lah lia masuk kat dalam tu, apa akan jadi eh?uish mintak simpang. Aku berpaling sekilas. Lia menuju ke arah aku yang masih lagi bertelekung. Lantas duduk dekat sebelah aku.

KISAH SERAM 'GERIK'Where stories live. Discover now