DHIA AMMARA 11

261 11 4
                                    

Berulang kali Dhia menyakinkan dirinya bahawa apa yang berlaku antara dia dan Harraz semalam adalah satu kemalangan perasaan. Perasaan kecewa dan mungkin juga mereka terikut-ikut dengan emosi. Sepanjang perjalanan ke rumah keluarga Harraz, Dhia asyik memikirkan lagi mengapa dia bertindak seperti itu. Sungguh bukan dia.

Dhia tersentak apa bila merasakan kekura tanganya merasa sedikit bahang. Tangan besar milik Harraz menyentuh kekura tangannya ditenung. Matanya beralih pada Harraz pula. Kebimbangan jelas terpamer pada riak wajah lelaki itu.

"Are you okay, Ammara?" Harraz memandang sekilas pada wajah Dhia sebelum menumpukan perhatian pada pemanduannya semula.

"Saya okay, mungkin saya perlu sedikit rehat." Dhia menganggukkan kepalanya. Sebaris senyuman diberikan kepada lelaki itu.

Sungguh dia tidak mampu menipu apatah lagi pada seseorang bergelar suami. Cis Dhia, sudah-sudahlah menipu diri sendiri sedangkan Harraz tidak pernah mengaggap kau seperti seorang isteri.

Pandangan kembali dibuang ke luar jendela. Nafas berat dilepaskan. Dia betul-betul memerlukan rehat dan tidur yang cukup. Keletihan yang melanda dirinya saat ini sangat tidak dapat bertolenrasi lagi. Letih di kampung halaman Thea tidak habis lagi dia sudah diusung oleh Harraz ke rumah keluarganya pula ditambah pula dengan suhu badanya yang agak tidak normal.

Jika diikutkan matanya mahu saja dia tidur di dalam kereta saat ini. Antara akal nan waras dia kalah pada hati. Tidak sampai dia mahu membiarkan Harraz memandu seorang diri sedangkan dia lena tidur. Ini semua kerana kemalangan perasaan semalam yang membuatkan dia tidak dapat lena.

Kesunyian kembali menyelubungi mereka. Harraz dengan tumpuannya terhadap jalan raya dan Dhia masih dengan perasaanya. Bangunan dan perumahan yang melintasi retina matan langsung tidak menarik perhatiannya. Bayangan Delisha kembali muncul dalam ruangan mindanya. Dia berharap yang dia tidak akan bergitu membenci adiknya nanti jika mereka bertemu muka nanti.

Sebaik saja kereta yang dipandu harraz meluncur masuk perkarangan rumah agam milik keluarganya Dhia dapat menangkap beberapa orang yang sedang bergelak ketawa di laman rumah agam itu. Dia rindu keluarganya. Sejak dia begelar isteri Harraz, langsung dia tidak berjumpa dengan keluarganya. Kegembiraan bersama keluarga terlayar di ingatan. Rindu!

"Kau tak nak turun?" pintu kereta disisinya sudah dibuka oleh Harraz. Wajah Harraz sangat dekat sehingga deruan nafas hangat dapat dirasa oleh Dhia.

Dhia mengangguk. Ya! Kudratnya semakin menipis.

Beberapa orang yang berada berdekatan dengan kereta yang tadinya sedang bergelak ketawa terkejut dengan aksi Harraz. Begitu juga Dhia. Mana tidaknya lima bulan lepas setelah mereka meninggalkan rumah ini Harraz hanya melayannya acuh tidak acuh saja. Kali ini berbeza. Harraz siap bukakan pintu untuknya.

Adakah lelaki itu hanya berpura-pura di hadapan keluarganya?

"Kau pergi naik bilik rehat. Kau nampak tak sihat sangat. Muka pucat." Arah Harraz.

Dia bukan sengaja mengunakan kuasa vetonya. Dia Cuma mahukan Dhia mendapatkan rehat yang secukupnya. Tangan Dhia diraih membantu Dhia berdiri bila Dhia kelihatan seperti sukar untuk berdiri memandangkan kaki gadis itu terseliuh dan masih belum pulih.

"Harraz!"

Terkejut namanya dipanggil menyebabkan pegangan tangan Dhia terlepas. Sepantas kilat dia menarik kepala Dhia daripada terhantuk kereta. Dia menghela nafas lega bila Dhia berada dalam dakapannya. Nasib baik tidak terhantuk!

Dhia yang berada di dada bidang milik Harraz terkaku. Seluruh tubuh Dhia melekap habis pada tubuh Harraz. Dia ingin menjarakkan dirinya daripada Harraz tapi lingkaran tangan Harraz sangat kuat. Dia berharap yang Harraz tidak menyedari degupan jantungnya yang ingin pecah pada saat ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dhia AmmaraWhere stories live. Discover now