Seusai mandi Harraz menuruni tangga niatnya hanya untuk membasahkan tekak. Belum sempat kaki dihala ke ruang dapur dia terpandang Dhia yang terbaring di sofa berpeluh tubuh. Dia membuang pandang pada penghawa dingin. Dia selaraskan suhu penghawa dingin supaya selesa bagi Dhia yang kelihatan kesejukan. Setelah berpuas hati dia meneruskan semula niatnya ke dapur membasahkan tekak dan berlalu ke bilik tidurnya semula.
Harraz merebahkan diri ke tilam empuk miliknya. Di mengolekkan ke kiri dan kanan masih juga mataya tidak mahu lelap walaupun dia terasa tersangatlah mengantuk. Sudahnya dia melangkah ke walk-in wardrobe. Duvet yang tersusun rapi dibahagian atas diambil dengan mudah kerana ketinggiannya tanpa perlu berjungkit--jungkit. Bantal di katilnya dicapai sebiji dan dibawa turun ke ruang tamu di mana Dhia berada.
Bantal yang berada dipelukkannya dibawakan ke kepala Dhia yang masih dibaluti tudung. Perlahan-lahan dia menyusup bantal ke bawah kepala Dhia tanpa membuatkan gadis itu terjaga dari tidur. Dhia mengerakkan badannya kerana terasa tidurnya diganggu. Terkejut Harraz dibuatnya, dia kira Dhia akan terjaga daripada tidurnya tapi sebaliknya. Gadis itu semakin lena dibuai mimpi. Dia mengelengkan kepalanya tanpa sedar senyuman terukir dibibirnya
Matanya tertacap pada balutan dikaki Dhia. Dahinya berkerut. Harraz menghela nafas berat. Entah untuk keberapa kali pula dia mengelengkan kepalanya. Wajah putih bersih milik Dhia dia renung tanpa sedar tangannya menyentuh pipi Dhia. Panas!
"Jangan kacau saya nanti saya masuk bilik. Saya nak tidur sini sekejap saja." ujar Dhia separa sedar.
Harraz mengelengkan kepala untuk yang kesekian kalinya. Dhia berlalu ke dapur semangkuk air, tuala kecil dan first aid box dia ambil. Tuala kecil dibasahkan dan diletakkan di dahi Dhia beharap yang ianya akan membantu menurunkan suhu badan gadis itu. Air hangat yang keluar dari kelopak mata Dhia disapu perlahan. Tidak! Dhia tidak menangis cuma air mata kesan daripada bahang dari dalam dirinya. Perkara biasa yang terjadi pada orang demam.
Dhia membuka mata bila terasa ada deruan nafas hangat yang menyentuh lembut batang hidungnya. Mata dikelipkan beberapa kali. Wajah Harraz memenuhi ruangan retina mata. Harraz terihat sangat comel dengan rambut yang tidak terurus menutupi sebahagian dahinya. Dia mengukir senyuman
"Seronok tatap muka aku yang kacak lagi bergaya ini? Sudah puas atau kau nak tatap lagi? Kau tak nak ambil gambar? Boleh buat wallpaper telefon." Sindir Harraz.
Dhia terpempan dan geram mendengar sindiran Harraz. Jika diikutkan hati yang terluka kerana sindiran daripada sang suami mahu saja dia menampar-nampar wajah kacak milik Harraz. Sejak kali pertama mereka bersua muka ada saja perkara yang mengoreskan hatinya yang dilontarkan oleh Harraz. Senyuman diukir dalam sembunyi.
"Ouch!" Ujar Dhia separa jerit. Dia mengiring ke kanan menyebabkan tuala kecil yang berada di dahinya terjatuh ke lantai. Tangan diletakkan di dada. Dahi berkerut-kerut menahan sakit.
"Kau kenapa?" tanya Harraz cemas.
Umpan mengena! Senyuman masih disorokkan. Dhia masuh lagi berguling-guling seperti menahan sakit. Peluh yang merenik didahi membuatkan lakonan Dhia menjadi. Tidak sia-sia dia menahan gelak sehingga tubuhnya yang tadi berasa sejuk berubah menjadi panas.
"K-kau kenapa? Kau sakit kat mana? Bagi tahu aku kalau tak bagi tahu macam mana aku nak tahu kau sakit kat mana." suara Harraz sudah berubah seakan memujuk.
Riak wajah cemas yang ditunjukkan olehHarraz membuatkan Dhia mahu ketawa. Mamat sejuk beku dan tidak berperasaan seperti Harraz sebenarnya tersangatlah berperasaan dan perasan. Dhia masih lagi meneruskan lakonannya. Mata Harraz masih lagi terkunci pada wajah Dhia.
"Ammara. Seriously can you just tell me?" tanya Harraz lagi. Kedua belah bahu Dhia digenggam kemas membuatkan Dhia sedikit terkejut. Dhia menolak tangan milik Harraz perlahan.
YOU ARE READING
Dhia Ammara
Romance"Kau dipaksa dan aku terpaksa, kau ini cuma menyusahkan. Aku tidak pernah suka kau dan aku tidak akan suka akan kau. Ammara!" Apa yang berlaku pada hari pernikahan adik kepada Ammara, Delisha yang meninggalkan Harraz, lelaki yang sepatutnya menjadi...