Dhia bersandar pada tingkap kereta, dahi ditekan pada tingkap kaca kereta yang sejuk untuk mengurangkan rasa sakit kepala yang semakin teruk. Dhia merasakan yang dirinya tidak sihat, suhu badanya kira-kira 38 darjah selsius dan ia adalah satu keajaiban yang dia masih dapat bertahan sehingga sekarang.
Dhia dia memang ada alahan dengan majlis keramaian. Dimana dia akan merasa tidak sihat selepas menghadiri majlis yang mana mempunyai ramai orang. Dia ingin memberitahu pada Harraz namun satu perkataan pun tidak mampu diluahkan jadi dia pendamkan saja. Mata dia pejamkan berharap yang rasa sakit kepalanya akan reda.
Bum!
Bunyi hentakkan pintu kereta mengejutkan dia dari lena. Dia menganalisis kawasan sekeliling dia, dia kini berada dihadapan rumah agam yang cantik. Terlihat Harraz yang sudah menguak pintu rumah yang diperbuat daripada kayu yang mempunyai ukiran yang cantik. Dia menoleh pada pintu kereta sebelah kirinya. Pintu dibuka.
Rasa sakit kepala yang smakin berdenyut langsung tidak membantunya. Membuatkan dia berhati-hati bergerak. Dunia dia terasa melayang-layang nampun digagahi juga melangkah kearah pintu masuk rumah agam itu. Sampai di pintu dia menampung badannya pada dinding berdekatan.
"Kak Dhia okay?"
Dhia hanya menganguk. Dia tidak dapat menahan rasa sakit yang teramat sangat pada bahagian kepalanya. Airmata sudah bergenang ditubir mata menunggu masa untuk dihamburkan. Apa yang diperkatakan oleh remaja perempuan dihadapannya ini langsung tidak dapat dihadam. Baru dia hendak melangkah kedalam rumah agam itu badan dia sudah hilang imbangan.
"Macam mana dengan keadaan dia Leeya?" walaupun Dhia hanya separuh sedar tapi dia dapat meneka yang itu suara Harraz. Dhia hanya memejamkan mata dia tidak larat untuk membuka matanya.
"She will be fine. Aku pasti bila dia sedar suhu badan dia akan turun." kata perempuan yang dipanggil Dr. Leeya pada Harraz.
"oh ya! Turunkan suhu bilik, boleh bantu turunkan suhu badan your wife and demah dahi dia dengan tuala basah." sambung Dr. Leeya dengan senyuman.
Mata sudah semakin memberat, suara tadi semakin menghilang dari halwa telinganya. Barangkali mereka sudah keluar. Tidak lama kemudian terasa tilam tergelam di sebelah kirinya. Dahi terasa sejuk. Dia cuba membuka mata namun cahaya yang dihasilkan oleh downlight bilik ini menusuk matanya. Dia mengelipkan matanya beberapa kali ingin menstabilkan retina matanya.
"Dhia Ammara, are you okay?" tanya Harraz lembut. Tangannya masih setia mendemah tuala basah pada dahi Dhia.
Haruman perfume Acqua Di Gio by Giorgio Armani yang dipakai oleh Harraz dapat dihidu oleh Dhia. Dhia menghidu haruman perfume Harraz untuk yang ke sekian kalinya. Aquatic. Woody. Aromatic. Masculine.
'Aih, Harraz ni! Nak goda aku ke macam mana? Dengan wanginya. Haih! Kalah-lah dengan wangi-wangi. Aku gigit juga lengan Harraz ini nanti' desis Dhia.
"Dhia Ammara..." kali ini suara Harraz makin lembut tapi tegas bila dia perasaan Dhia termenung membuatkan Dhia tersentak.
"K-kepala, kepala saya sakit..." kata Dhia sambil tangannya meraba kepala.
"Tu-tudung saya..."tubir matanya sudah dipenuhi air mata.
"Nah, makan ubat ni." kata Harraz sambil dua biji ubat disua pada Dhia Ammara selepas dia membantu Dhia duduk di kepala katil.
"Doktor kata kalau kau makan ubat sakit kepala kau hilang. Demam kau pun dah makin kebah dah ni." Sambung Harraz lagi. Ubat yang disua sudah dicapai oleh Dhia. Tangan dibawa ke leher jinjang Dhia untuk memeriksa suhu badan.
YOU ARE READING
Dhia Ammara
Romance"Kau dipaksa dan aku terpaksa, kau ini cuma menyusahkan. Aku tidak pernah suka kau dan aku tidak akan suka akan kau. Ammara!" Apa yang berlaku pada hari pernikahan adik kepada Ammara, Delisha yang meninggalkan Harraz, lelaki yang sepatutnya menjadi...