"Jadi dia inilah sebab abang Ril tak terima cinta Eika? Sebab perempuan ini?" tanya perempuan separuh menjerit itu pada Zahiril. Secara automatik semua mata membuang pandang pada perempuan yang bernama Eika itu.
Perempuan yang mengenakan sepasang baju kurung kapas berwarna putih bercorak bunga halus warna merah jambu menunjuk Dhia dengan jari telunjuknya. Panas hati bila melihat Zahiril dengan seronoknya menjamu selera dengan perempuan itu.
"Apa lagi ini Eika? Apa lagi yang Eika tidak puas hati dengan Abang?" tanya Zahiril kasar. Suaranya sudah naik satu oktaf tidak seperti tadi ketika dia sedang berborak dengan Thea dan Dhia. Sedari tadi lagi dia menahan amarahnya.Perempuan yang satu ini memang spesis tidak faham bahasa agaknya.
Sejak pulang dari tanah perkuburan lagi perempuan ini asyik menyendeng denganya membuatkan dia rimas. Tok Wan baru saja mengadap ilahi, cucu perempuannya pula asyik menyendeng dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Rimas!
"Dia!" tengking Eika.
"Because of this slut, abang reject Eika?" tengking Eika. Sungguh panas hatinya apabila sejak tadi Zahiril tidak berkelip memandang wajah Dhia.
'Slut?! kau samakan aku dengan slut?'
Dhia yang sedari tadi hanya menjadi penonton antara mereka terasa panas hati bila dihina sebegitu rupa. Wajahnya sudah bertukar warna menjadi memerah. Dia tidak dapat menahan amarahnya. Air oren yang masih berbaki sedikit dalam cawan yang dihadapan dicapai namun Thea lebih pantas menahan tangan Dhia. Dhia memandang wajah Thea tajam. Bengang tidak dapat mencurahkan air pada wajah perempuan itu. Mahu saya dia mengunting sepasang bibir milik perempuan dihadapannya ini dan diberi makan pada binatang liar.
Zahiril sudah mengetap rahang. Penumbuk dikepal, jika bukan disebabkan Eika perempuan sudah pasti melayang sebiji penumbuk pada wajah dia. Mulut langsung tiada insuran suka-suka melabelkan perkataan yang tidak baik pada orang.
"Sabar." kata Thea tanpa mengeluarkan suara.
"Aku tak boleh sabar. Dia panggil aku slut!" Dhia turut sama berkata tanpa mengeluarkan suara. Muka bengang ditayangkan bila Thea mengeleng.
"Nur Hazieka Halena! You better watch your mouth! Jangan sampai mulut kau pecah aku kerjakan." marah Zahiril suaranya naik lagi satu oktaf. Jari ditunding tepat dihadapan muka Eika. Kata ganti nama sudah berubah.
"She not a slut! Kalau aku dengan Dhia pun apa masalahnya? At least she better than you!" ujar Zahiril. Nada suaranya yang tinggi membuatkan tetamu-tetamu yang masih lagi berada di laman rumah membuang pandang pada mereka.
Eika terdiam bila ditengking sebegitu rupa oleh Zahiril. Dhia dan Thea sudah berpandangan sesama sendiri. Terkejut! Mana tidaknya lelaki yang baik, ceria dan penyabar bila marah sangat menyeramkan.
"Cause when you love someone
You open up your heart
When you love someone
You may grow
If you love someone
And you not afraid to lose 'em
You probably never love someone like I do"
'Oh my Lukas! Kenapa masa ini kau mahu mendendangkan lagu?' desis Dhia. Cepat-cepat dia meluncurkan icon yang berwarna merah di telefonnya. Dhia menumpukan semula perhatian pada perbincangan yang boleh mendatangkan penyakit darah tinggi tadi.
"Sorry." Dhia meminta maaf bila semua mata menandangnya. Sengihan ditayangkan. Mahu saja dia menyorokkan wajahnya dibawah meja saat ini. Ini semua salah Harraz jika bukan saat ini dia mahu menghubungi Dhia sudah tentu Dhia tidak menjadi perhatian orang.
YOU ARE READING
Dhia Ammara
Romance"Kau dipaksa dan aku terpaksa, kau ini cuma menyusahkan. Aku tidak pernah suka kau dan aku tidak akan suka akan kau. Ammara!" Apa yang berlaku pada hari pernikahan adik kepada Ammara, Delisha yang meninggalkan Harraz, lelaki yang sepatutnya menjadi...