DHIA AMMARA 7

227 12 0
                                    

"Dhia Ammara, are you still there?" tanya Harraz bila masih lagi tiada jawapan daripada Dhia. Tahap kesabarannya makin nipis bila dia tidak diendahkan oleh isterinya sendiri.

Dia masih lagi memikir sama ada dia mahu memberi tahu Harraz keberadaannya atau tidak. Bukankah sepatutnya Harraz seronok kerana tiada orang yang akan menganggu dia dan gadis leopard itu? Dhia menjulingkan matanya bila aksi gadis leopard itu terbayang di mindanya.

"Nanti saya hantar location." Dhia terus mematikan panggilan.

Dia mengeluh perlahan. Dia tidak mahu tapi dia tetapi buat. Rasa ingin saja dia memotong mulutnya, lain yang ingin dia katakan lain pula yang keluar. Diketuk dahinya perlahan. Dia mengeluh perlahan. Hari yang memenatkan jiwa dan raganya.

Aplikasi Whatsapp dibuka, ikon share location ditekan. Sempat dia memesan kepada Harraz supaya memakai pakaian yang sopan memandangkan di rumah atuk Thea mengadakan kenduri arwah.

"Dhia!" sergah Thea. Terhinjut bahu Dhia akibat terkejut. Dia menjeling sahabatnya yang satu itu.

"Kau pergi mana? Kaki aku kau tak habis balut lagi sudah cabut lari. Itulah kau aku kata dah kalau kau tak reti tak perlu balut aku boleh balut sendiri degil sangat nak tolong balutkan bagai. Tengok kaki aku kau balut macam apa?" bebel Dhia. Thea menekan-nekan perutnya mendengar Dhia membebel sebiji macam mak-mak marah anak.

"Kau boleh gelak pula? Baik-baik kaki aku yang terseliuh ni elok dekat lantai ini nanti masuk mulut kau pula tak pasal-pasal kena jumpa doktor pula." Dhia sudah mula bengang dengan Thea yang melarikan diri setelah dia sengaja memaksa dia menjawab panggilan daripada Harraz.

"Hah! Sebab itulah aku menghilangkan diri. Sebelum kaki kau masuk mulut aku jadi aku bawakan siap-siap doktor yang di import daripada Ireland." Kata Thea sambil menunjukkan doktor yang dimaksudkannya.

"Zahiril?" tanya Dhia tidak percaya. Zahiril mengangguk. Senyuman ditayangkan menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Zahiril sudah mengambil tempat dihadapan Dhia. Badannya direndahkan supaya mudah untuk dia mencapai kaki kanan Dhia yang terseliuh. Zahiril menahan gelak melihat hasil balutan Thea.

"Kau sudah hilang akal ke Thea?" tanya Dhia tanpa mengeluarkan suara hanya pergerakkan bibir saja.

"Kau-kan terseliuh jadi aku minta tolong abang Ril." Balas Thea dengan gediknya. Dia meniru gaya Dhia bercakap tanpa mengeluarkan suara. Muka tidak bersalah ditayangkan.

"Aku ister..."

"Dhia." Belum sempat Dhia menghabiskan ayatnya Zahiril sudah memanggilnya.

"Ya?" jawab Dhia sepontan. Dhia menjungkitkan keningnya.

"Balutan yang sangat cantik lagi kemas yang Thea buat ini Ril kena buka dulu. Kita tengok teruk atau tidak terseliuh tu." Perli Zahiril. Thea sudah mencebik.

Belum sempat Zahiril menyentuh kaki Dhia, dia sudah menarik kakinya menjauhi Zahiril. Jantung sudah menghasilkan degupan yang membuatkan Dhia tidak senang duduk ingin saja dia berlaki kebilik daripada berada dalam situasi ini. Zahiril memandang wajah Dhia dengan kerutan seribu di dahi.

"Belum sentuh lagi dah sakit ke?" tanya Zahiril. Dhia menayangkan muka yang dia sendiri tidak tahu mahu mengambarkan macam mana. Senyum terpaksa bercampur sedih.

'Sakit, sakit jantung tahu tak? Suka hati je nak sentuh aku. Thea ini pun satu macamlah dia tidak tahu sangat macam mana nak balut sedangkan dia ahli Saint John masa sekolah menengah dulu.' Gumam Dhia

Dhia AmmaraWhere stories live. Discover now