DHIA AMMARA 5

255 13 0
                                    

"Kau kenapa dari tadi dengan telefon tu? Tunggu call ke? Kau tunggu dia call? Selama kau duduk sebumbung dengan kau dia tak pernah kisah tentang kau yang kau risaukan dia kenapa?" Dhia terkejut dengan pertanyaan Thea yang bertalu-talu.

Huluran hot chocolate disambut. Gila tak sambut hot chocolate yang dibancuh Thea semestinya sedap. Dibancuh dengan kasih sayang yang cukup.

"Pandai-pandai kau buat andaiankan? Telefon aku habis bateri plus aku terlupa nak bawa charger." Dhia menunjukkan telefon pintarnya yang kehabisan bateri.

"Oh, nanti aku pinjamkan charger dari sepupu-sepupu aku." kata Thea. Hot chocolate pada tangan dihirup perlahan.

"Kau dengan Harraz masih tak okay?" tanya Thea.

Dia bukannya ingin mencampuri urusan rumah tangga sahabatnya tetapi sebagai sahabat dia tidak mahu sahabatnya bersedih. Dia cukup risau dengan keadaan Dhia. Perasaan geramnya terhadap Delisha belum surut lagi. Suka buat keputusan tanpa berfikir panjang sudahnya Dhia yang menjadi mangsa.

Senyap. Tiada jawapan daripada Dhia hanya kedengaran nafas berat dari Dhia. Tahu benar yang Dhia tidak mahu membahaskan soal ini. Hampir lima minit juga mereka mendiamkan diri. Hanya bunyi liuk lentuk yang terhasil daripada padi yang berhampiran kerana ditiup oleh angin.

"Cantik bukan langit malam ini Thea?" tanya Dhia.

Thea hanya mengangguk tanda setuju. Benar kata Dhia langit malam ini cantik ditambah dengan suasana kampung membuatkan ianya bertambah cantik.

"Tenang saja. Bintang selalu teman langit yang gelap dan menerangi langit yang gelap. Aku cemburu dengan langit sebab bintang selalu menemani dan menerangi menjadikan langit semakin berseri dan sempurna. They complete each other." Sambung Dhia lagi. Bibirnya mengukir senyuman bila dia membayangkan betapa sweetnya langit dan bintang.

"Bintang tidak selalunya menemani langit yang gelap Dhia. Ada hari di mana langit yang gelap bersendirian tanpa ditemani oleh bintang yang menyinar dan ada hari juga dimana langit akan ditemani oleh hujan dan petir yang berdentum tetapi langit tetap survive." Suara garau lelaki menampar gegendang telinga milik Dhia dan Thea membuatkan mereka yang terkejut tadi menoleh kearah pemilik suara itu.

Dhia menayang keningnya yang sudah terangkat sebelah ala-ala Ziana Zain, manakala Thea sudah menayangkan muka blurnya kerana sesungguhnya dia tidak dapat menangkap maksud apa yang dikata oleh Dhia dan lelaki bersuara garau itu. Lelaki itu pula lebih senang menayangkan muka tidak berperasaan. Sudahlah menyampuk orang bercakap.

"Thea, jom masuk aku sejuk dan mengantuk." Bisik Dhia perlahan. Seperlahan yang mungkin supaya hanya Thea saja yang mendengarinya.

Thea mengangguk dan mengekori Dhia sempat Thea mengeyit mata pada lelaki tadi.

'I'm sorry for what I've done.' Kata lelaki itu dalam hati. Dia berharap masih ada kemaafan untuk dia dari gadis itu.

"Selamat pagi Mak Lang." Sapa Dhia bila dia terlihat kelibat tua itu sedang khusyuk menyediakan sarapan pagi.

"Awalnya Dhia bangun? Thea tidur lagi?" tanya wanita itu pula. Dhia hanya mengangguk. Dia sudah mencapai beberapa biji pingan diletakan di meja makan. Wanita itu pula mengelengkan kepala mengenangkan sikap anak saudaranya itu.

"Thea itu memang kalau lepas subuh tidak tidur balik tidak sah." Bebel Mak Lang.

Dhia hanya tersenyum kepada Mak Lang. Dia sudah mengejutkan Thea sebelum dia turun ke dapur tapi malangnya sahabatnya itu membatukan diri. Lena dibuai mimpi agaknya.

Dhia AmmaraWhere stories live. Discover now