'Cause when you lov...'
Dengan pantas Dhia mengangkat panggilan kerana risau deringan telefonnya menganggu bacaaan yasin yang sedang diadakan sekarang.
"Assalamualaikum." jawab Dhia berbisik.
"I'm here. Where are you Ammara? Kenapa ramai orang dekat sini? Aku sudah sampai. " tanya Harraz sebaik sahaja panggilannya di angkat oleh Dhia. Langsung tidak menjawab salam daripada Dhia.
"Errr...Sekejap lagi saya turun, saya explain pada awak." jawab Dhia. Belum sempat Harraz berkata apa-apa panggilan dimatikan. Harraz mengelengkan kepala.
Dhia menarik lengan baju kurung Thea yang berwarna biru laut membuatkan Thea memberhentikan bacaannya dan menoleh kearah Dhia. Thea memberi isyarat mata supaya Dhia memberitahunya mengapa.
"Harraz ada dekat bawah. Aku turun sekejap tau." Bisik Dhia pada telinga Thea yang berbalut selendang berwarna putih. Thea mengangguk dan memesan Dhia supaya hati-hati memandangkan keadaan kaki Dhia yang terseliuh.
Dhia senyum pada tetamu-tetamu yang memandang dia yang ingin menuju ke pintu. Dari pintu dia sudah terpandang Harraz yang sedang berbual dengan atuk Thea. Dhia tersenyum melihat pakaian yang dikenakan oleh Harraz rasanyanya dia sudah memesan pada lelaki itu supaya mengenakan pakaian yang sopan.
Handsome! Baju kemeja lengan panjang yang berona royal blue berlipat di lengan dipadankan dengan seluar jean berwarna hitam benar-benar memikat pandangan matanya. Senyuman yang ditayangkan Harraz benar-benar membuat Dhia tidak sedar yang dia turut sama mengukir senyuman. Tanpa sedar Dhia sudah bergerak menuju ke arah Harraz dan atuk Thea dengan senyuman menghiasi bibirnya.
"Haa! Panjang umur dia." kata atuk Thea bila dia terpandang wajah Dhia. Dhia memandang atuk dengan sengihan yang tersisa tadi.
"Eloklah kamu dah turun Dhia. Harraz ini cari kamu, kamu kenal dia kan?" tanya Atuk. Dhia senyum dan mengangguk. Iya.
"Dhia jemput Harraz makan. Atuk hendak kebelakang dulu tengok budak-budak tu buat kerja." pesan atuk sebelum dia hilang dari pandangan mata Dhia.
"Ammara. Let's go!" Harraz sudah menarik tangan Dhia menuju ke kereta BMW i8 Coupe miliknya yang terletak agak jauh daripada mereka dengan pantas Dhia merentap semula tanganya daripada peganggan Harraz membuatkan Harraz terkejut.
"Apa awak ini? Nanti orang nampak tahu tak?" Dhia sudah mengosok pergelangan tangannya yang terasa perit. Kuat juga Harraz tarik tanganya. Harraz seperti biasa menayang muka tidak berperasaannya atau lebih tepat poker facenya
"Atuk jemput makan dulu. Lepas makan nanti saya ikut awak. Saya tak nak nanti atuk kecil hati atau sekurang-kurangnya awak bagilah saya ambil bag dan bagi tahu atuk yang saya ikut awak." kata Dhia lagi.
"Dhia are you okay?"
Dhia segera menoleh kearah suara garau yang menanyanya. Dia menelan air liur kesat sudah berfikir apa yang dia perlu jawab jika dia ditanya soalan yang pelik-pelik. Thea yang berada disebelah Zahiril dipandang. Entah mengapa kawasan halaman rumah yang riuh rendah dengan suara tetamu terasa sunyi yang menyesakkan dadanya. Dhia mengangguk lemah.
"Ammara, we need to hurry." gesa Harraz. Dhia mengangguk.
"Thea, we need to talk." ujar Dhia sambil menarik tangan Thea menjauhi Harraz dan Zahiril.
"I need to go with Harraz. Kalau ada orang tanya tentang Harraz boleh tak kau kata tidak tahu or say he my bos?" tanya Dhia. Thea mengganguk dia faham yang Dhia tidak mahu orang tahu status dia.
"Okay, good! Aku naik dulu ambil sling bag. Nanti aku bagi tahu Mak Lang dengan Atuk aku ikut Harraz." Dhia sudah menuju ke anak tangga. Belum sempat menaiki satu anak tangga Thea sudah menarik lengan Dhia.
"Aku tolong kau naik atas ambil sling bag. Kau pergi belakang beritahu Mak Lang dengan atuk nanti tak adalah mereka tertanya-tanya mana kau. Lagipun kaki kau tu tak helok lagi mana boleh banyak jalan sangat." jelas Thea. Dhia mengangguk dan berjalan menuju ke pintu belakang di mana Mak Lang dan Atuk berada.
Selesai Dhia memberitahu Mak Lang dan atuk Thea yang Dhia akan keluar dengan Harraz dia berjalan menuju ke arah Harraz semula. Nasib baik Mak Lang dan Atuk Thea tidak menanya benda yang pelik-pelik jadi senang saja dia menyakinkan mereka yang dia akan okay dengan Harraz.
Thea yang sudah berada dimana Harraz berada dipandang, matanya jatuh pada sling bag yang dipegang Thea. Muka Thea dipandang. Jelas benar pada riak wajah gadis itu yang dia tidak suka akan Harraz. Dhia mengeleng kecil. Zahiril masih lagi disitu menyuakan secawan air pada Harraz. Dia berharap agar lelaki itu tidak bertanya apa-apa pada Harraz.
"Are you done Ammara? Can we go now?" tanya Harraz selepas dia meneguk air yang diberi oleh Zahiril.
Harraz jika wajahnya tidak menayangkan apa-apa riaksi lebih baik jika hendak dibandingkan Harraz yang sedang menayangkan muka serious sekarang. Dhia menelan liur kesat. Jantungnya sudah mengepam darah dengan laju. Dhia mengangguk perlahan.
"Give me your car key." arah Harraz. Dia mengeluarkan kunci kereta daripada sling bag dan menghulurnya pada Harraz.
"I guess you come here with her right?" tanya Harraz sambil menunding jari pada Thea. Dhia mengangguk. Thea sudah menaikan keningnya.
"Alright girl! Nanti you bawa kereta Ammara balik. I rasa you mesti ada lesen betul tak? Tidak akanlah sudah besar-besar tidak ada lesen memandu." Harraz menghulurkan kunci kereta milik Dhia pada Thea.
Thea sudah menayang muka menyampah dengan soalan yang berunsur sindiran daripada Harraz tetapi dia tetap mengganguk. Dia memandang muka Dhia setelah Dhia mengangguk baru dia menyambut huluran kunci daripada Harraz.
Sebelum beredar Harraz menghulur beberapa keping not lima puluh ringgit pada Thea. Katanya untuk duit minyak dan duit belanja Thea kerana membawa pulang kereta Dhia. Dhia sudah memeluk sahabatnya dan meminta maaf kerana tidak dapat membawa Dhia pulang ke rumah sewa seperti yang mereka rancang.
"Kita hendak pergi mana Harraz?" tanya Dhia sebaik saja dia memakai seatbelt. Wajah Harraz dipandang sekilas.
"Jumpa seseorang yang tahu mana adik kau berada sekarang." balas Harraz. Pandangan ditumpukan pada pemanduannya.
'adik?' soal Dhia pada dirinya. Setahunya Aatheef mengikut kedua ibubapanya ke France kerana menziarahi atuknya disana.
"Delisha?" tanpa sedar dia menuturkan nama adik keduanya yang melarikan diri pada hari pernikahan.
Keluhan dari Harraz membuatkan Dhia menoleh ke arah Harraz. Bermacam- macam soalan yang berputar dalam fikirannya. Bagaimana nanti jika Harraz dan Delisha bertemu semula? Adakah Harraz akan memarahi adiknya itu atau adakah Harraz akan kembali pada adiknya itu? Bagaimana pula dengan hubungan mereka?
YOU ARE READING
Dhia Ammara
Romance"Kau dipaksa dan aku terpaksa, kau ini cuma menyusahkan. Aku tidak pernah suka kau dan aku tidak akan suka akan kau. Ammara!" Apa yang berlaku pada hari pernikahan adik kepada Ammara, Delisha yang meninggalkan Harraz, lelaki yang sepatutnya menjadi...