Dhia Ammara adalah anak perempuan yang sangat disayangi oleh ibubapanya. Baginya daddy-nya merupakan hero dan idolanya. Dia akan melakukan apa saja yang ayahnya minta dan apabila dia diminta untuk mengantikan tempat adiknya yang sepatutnya menikah pada hari itu dia sedar yang dia telah membuat satu keputusan yang terbesar untuk dia dan keluarganya apatah lagi diminta untuk bernikah dengan orang yang sepatutnya menjadi adik iparnya walaupun jarak umur mereka hanya lima tahun.
Harraz mempunyai rahsia yang tiada orang tahu, dia tidak pernah mencintai Delisha tetapi dia tetap bersetuju untuk menerima Delisha dalam hidup dia hanya kerana ayahnya. Dia telah membuat keputusan untuk tidak membuka hatinya untuk mana-mana perempuan kerana pengalaman masa silamnya.
Bila dia sudah tertarik sikap dan perwatakan Delisha, Delisha meninggalkan dia. Dia merasakan dia kelihatan seperti orang bodoh pada hari yang sepatutnya menjadi majlis pernikahannya. Dia boleh menerima dengan apa yang Delisha lakukan kepadanya tetapi bila dia diminta untuk menikah dengan Dhia Ammara, kakak kepada Delisha dia ragu.
Dhia Ammara, gadis yang dia tidak pernah sedar kewujudannya bila dia berada bersama dengan adiknya mungkin saja Delisha terlihat sedikit menonjol dengan perwatakannya yang sangat classy dan vouge berbanding Dhia Ammara. Sudah pasti tiada yang menarik pada gadis itu untuk Harraz menerima dia sebagai isteri. Jika ya, sudah pasti Harraz sudah membuat pilihan yang salah dengan memilih untuk hidup dalam mimpi ngeri.
Adakah Dhia Ammara hanya pilihan kedua pada Harraz?
YOU ARE READING
Dhia Ammara
Romance"Kau dipaksa dan aku terpaksa, kau ini cuma menyusahkan. Aku tidak pernah suka kau dan aku tidak akan suka akan kau. Ammara!" Apa yang berlaku pada hari pernikahan adik kepada Ammara, Delisha yang meninggalkan Harraz, lelaki yang sepatutnya menjadi...