DHIA AMMARA 1

313 14 0
                                    

Bunyi bising, bunyi huru-hara dan suara orang bertengkar. Tangannya masih lagi setia menyisir rambutnya. Dia memandang cermin sambil tersenyum mengenangkan telatah mereka diluar yang sedang kalut dengan majlis yang akan dilangsungkan nanti. Mereka berbalah sepanjang hari kerana hal yang kecil. Hiasan bunga, makanan, susun atur perabut, perhiasan, apa saja benda pasti ada saja masalah yang akan timbul. Bukan sesuatu yang luar biasa bagi dia, mummy dan adiknya seorang yang perfectionist jadi jika ada perkara yang tidak kena itu perkara biasa. Dia bersimpati jugak pada wedding planner kak Izzati yang bukan memuaskan hati adiknya saja malah mummy-nya juga.

Berita mengenai majlis perkahwinan adiknya sudah menjadi perbualan hangat masa kini. Mana tidaknya ke mana saja dia tuju pasti akan ada yang menanya, kadang-kadang dia agak rimas. Mana tidaknya mereka yang bertanya pasti akan memerlinya dengan menanya bila pula dia ingin menamatkan zaman bujang. Bukan dia tidak suka perkawinan, malah dia suka perkahwinan kerana bagi dia penikahan itu janji antara dua orang yang menyatakan 'hanya maut yang boleh memisahkan kita'. Dua orang yang membuat keputusan untuk mengabiskan sisa bersama dengan romantik dan bahagia, itu adalah erti perkahwinan sebenar baginya.

Dia terkejut dengan adiknya yang baru dua bulan mengenali Harraz tetapi dia sudah membuat keputusan untuk menikah. Mungkin bila kta sudah bertemu dengan seseorang yang benar-benar untuk kita maka tiada apa yang perlu dikhuatirkan. Tidakah mempercepatkan pernikahan adalah jalan yang terbaik?

'Seseorang yang benar-benar untuk kita' bila dia fikir balik dia jadi geli-geleman. Jauh di sudut hati, dia berharap dia juga akan menemui soul matenya. Dia berdoa yang jodohnya itu seorang yang manis, romantik, sensitif dengan sekeliling terutama sekali perasaannya dan seorang yang penyayang.

Dia menilik badanya pada cermin yang ketingiannya hampir sama dengan dirinya. Bunyi bising dan huru-hara diluar yang semakin lama semakin kuat dia buat tidak dengar. Apa pun masalah yang berlaku diluar dia pasti yang mereka dapat selesaikan. Sesungguhnya mereka cuma perlu sedikit bertenang.

Dia melilit selendang yang berwarna krim yang dipadankan dengan jubah princess cut berwarna merah jambu pastel yang cantik terletak pada badannya. Sudah pasti pakaian yang dia sarung ke badannya itu adalah pilihan adiknya dan telah dipersetujui oleh mummy   jadi dia tidak ada sebab untuk menolak persetujuan mummy. Pada awalnya dia sangat membantah kerana baginya jubah itu terasa ketat baginya sedangkan jubah itu sudah cantik terletak, tidak longgar dan tidak jugak ketat cuma dia saja yang tidak selesa. Sudah biasa memakai pakaian yang agak besar dengan badannya barang kali.

Dia melihat lagi dirinya di hadapan cermin untuk yang sejuta kalinya. Elokkah dia memakai pakaian ini? Tidak terlalu menjolok matakah? Nanti apa pula orang kata? Macam macam yang bermain difikiranya. Itulah mummy   sudah pesan banyak kali supaya rajin-rajin pakai pakaian perempuan tetapi tetap saja seluar slack dan iron free kemeja juga yang menjadi pakaian rasminya.

Tuk ! Tuk !

Bunyi ketukan pintu menyentakkan lamunannya. Dia muka melangkah membuka pintu bilik. mummydaddy , kedua bakal mentua adiknya pun ada sekali di muka pintunya. Tiba-tiba dadanya rasa berdebar. Dia perasan yang wajah mummy nya agak pucat sedikit, dia menghala pandangan kearah abah pula. Riak wajah daddy   agak berlainan dari biasa kelihatan sedang menahan marah. Air liur ditelan berkali-kali membasahkan tekak. Entah kenapa dia rasa sesuatu yang buruk sedang berlaku.

"Kenapa daddy?" tanya dia dengan berani sambil menyembunyikan perasaannya. Jantung sedari tadi sudah berdegup dengan kencang seakan ingin luruh dari tempat asal.

Senyap. Tiada jawapan dari daddy, mummy mahupun bakal mentua adiknya. Matanya masih lagi menilik wajah satu persatu manusia yang ada dihadapannya mengharap jawapan dari mereka. Dia tidak dapat meneka apa yang terjadi sebenarnya.

"Dhia..." namanya diseru. Dia memandang tuan empunya suara dengan senyuman.

"kami jumpa ini dalam bilik adik kamu." sambung bakal ibu mentua adiknya sambil menghulurkan sehelai kertas kepadanya. Dhia melangkah pada Puan Haslynda menyambut huluran kertas itu dengan dahi berkerut. Sekarang dia benar-benar rasa yang jantungnya ingin luruh.

Angah minta maaf. Angah tidak boleh teruskan pernikahan ini. Angah tak cintakan dia. Angah harap semua faham, Angah buat untuk kebaikkan Angah dengan Harraz. Jangan cari Angah. Angah tahu jaga diri, Angah harap semua tidak benci Angah.

Sekali lagi air liur ditelan. Apa yang adik dia cuba lakukan. Surat di tangan ditenung lama. Dia berharap ini adalah gurauan. Melihat wajah-wajah sunggul dihadapanya membuatkan dia turut berasa bersalah dengan kerja gila yang adik dia lakukan.

'You'll dead if I found you sis!' desis dia dalam hati. Tidak dapat menahan geram.

Harraz. Wajah dia kelihatan marah dan kecewa. Sudah pasti selali itu kecewa dengan adik perempuanya. Melihat lelaki itu mengengam penumbuk sehingga jelas terlihat urat-urat lengan yang semakin menimbul sudah pasti lelaki itu sangat marah. Dia melepaskan keluhan kecil dengan masalah yang melanda.

Kertas yang dalam pegangan tangan dia renyukkan. Dia geram dengan sikap adiknya yang gemar membuat keputusan tanpa memikirkan impak yang akan terjadi. Lebih kurang dua jam lagi majlis akan bermula. Mana mahu cari penganti pengatin perempuan. Kalau dia jumpa angah dia sudah berkira-kira mahu melipat-lipat badan adiknya dan masukkan ke dalam kotak kirim ke Spain biar dia di sondol oleh lembu dalam acara bullfighting.

"Dhia..." kali ini suara mummy yang memangilnya. Dia menoleh pada mummy dengan senyuman berharap senyuman dia dapat menghilangkan kegusaran mummynya.

"Dhia ganti tempat angah boleh nak?" mendengar kata-kata mummy membuatkan retina matanya membesar, degupan yang sedari tadi tidak teratur menjadi semakin tidak teratur. Otak masih lagi memproses permintaan mummy berharap yang mummy tidak bergurau.

"mummy..." dia menyentuh bahu Puan Rose lembut. Riak mukanya berubah sunggul dengan permintaan mummynya.

Ganti adiknya? Sudah tentu tidak!

Dia tidak pernah terfikir untuk kahwin buat masa sekarang kerana dia terlalu ingin mengejar impian dan lagipun dia masih muda untuk berkahwin. Apatah lagi berkahwin dengan mamat sejuk beku, tak berperasaan, selamba badak macam tu. A Big No!

Jika dia menolak permintaan mummy sudah pasti akan mengecewakan hati tua itu tapi untuk mengantikan tempat adiknya menikah dengan lelaki itu dia tidak mahu. Situasinya tidak ubah seperti 'ditelan mati mak, diluah mati bapa'. Jika dia meneruskan dengan sikap keras kepalanya dia akan melukakan hati mummynya yang sudah pasti bukan apa yang dia suka lakukan. Jika dia menerima bahagiakah dia? Ini bukan apa yang dia harapkan.

Dia tahu yang adiknya berkenalan dengan Harraz baru dua bulan dan seminggu sebelum majlis pernikahan itu mereka ditunangkan. mummy, daddy dan kedua ibubapa Harraz yang paling gembira dengan berita perkenalan mereka mana tidaknya dengan menjadi besan mereka hubungan persahabatan mereka akan semakin rapat.





 Adakah Dhia Ammara akan mengantikan tempat Delisha Ammani ?

Jika benar Dhia Ammara akan mengantikan tempat adiknya adakah dia akan bahagia?

Dhia AmmaraWhere stories live. Discover now