"Mummy, Dhia tak muatlah baju angah. Ketat sangat." rungut Dhia Ammara
"Muat, saiz badan kamu dengan angah sama." kata Puan Rose tegas. Tangannya menaikan zip gaun pengantin untuk majlis persandingan. Gaun yang kembang berwarna ungu muda dengan taburan bunga-bunga berwarna merah jambu pastel. Dhia Ammara sudah menahan nafas supaya baju itu dapat tersarung pada tubuhnya dengan baik.
Zipp!
"Bukankah mummy kata kamu muat." katanya dengan bangga kerana baju yang tersarung muat pada tubuh anaknya. Cantik!
Dhia Ammara sudah termengah-mengah mencari nafas. Sungguh dia merasa sukar bernafas dengan pakaian yang ketat macam ini pada tubuhnya.
"Puan Rose!"
Puan Rose dan Dhia Ammara menoleh pada suara yang memanggil.
"Kita ada masalah." kata dia lagi. Puan Rose dan Dhia sudah mengerutkan dahi.
"Tudung, Dhia kan pakai tudung. Saya tak ada tudung." jelas Kak Izzati.
"Tidak mengapalah kak, kita pakai selendang ini saja." Dhia menunjuk ke arah tudung yang berwarna krim yang dipakainya tadi.
"Dhia warna selendang Dhia tak masuk dengan warna tema. Kakak rasa kita perlukan selendang warna merah jambu lembut yang sama dengan warna taburan bunga pada gaun Dhia." jelas Kak Izzati. Dhia hanya mengukir senyum nipis.
"Kak Izzati minta maaf Dhia, Kakak tak tahu yang Delisha akan larikan diri. Jika kakak tahu kakak akan bawa selendang yang sesuai dengan baju ini dari butik lagi." kata kak Izzati serba salah.
Dhia hanya mampu membalas dengan memegang tangan Kak Izzati yang sudah berada di atas bahunya dengan gelengan. Puan Rose sedari tadi sudah keluar menuju ke bilik Dhia untuk mencari selendang. Hanya Dhia seorang saja yang dirumah ini memakai tudung. Puan Rose dan Delisha tidak memakai tudung.
Selesai semua mereka menuju ke ballroom hotel yang memang ditempah khas untuk majlis resepsi. Sepanjang perjalan ke hotel Dhia hanya membatukan diri,pandangan dibuang ke luar apa yang dikatakan oleh orang sekelilingnya umpama angin yang lalu. Dia tidak pasti apa yang dia lakukan ini benar atau tidak walaupun dia sudah sah menjadi milik Harraz.
Setibanya mereka di hotel, mereka terus menuju ke ballroom yang telah ditempah. Hampir terjatuh rahang Dhia melihat decoration pelamin yang sangat cantik. Yang hampir lapan puluh peratus daripadanya berwarna silver dan kristal. Kerusi untuk tetamu pula berwarna hitam dipadankan dengan alas meja berwarna krim. Sangat cantik!
Iya, dia memang tidak pernah ambil tahu perihal perkahwinan adiknya, keran semuanya diuruskan oleh mummy, adiknya dan beberapa orang yang telah dibayar untuk menjayakan majlis ini.
Hampir dua jam majlis itu berlangsung, Dhia sudah tidak dapat berkompromi langsung dengan gaun yang dipakainya. Sungguh membuatkan dia terseksa. Mukanya sudah tidak mampu untuk mengukir senyuman lagi. Dia mencari bayang mummynya namun hampa dia tidak langsung menemui mummynya sekitar tempat dia berdiri. Harraz sedari tadi sudah memanjangkan langkah menemui rakan-rakannya yang tujuh biji meja jauh darinya.
"Raz! Aku rasa wife kau tu tak okay-lah." kata Ariff sambil menunding jari kearah Dhia. Harraz menurut ada jari Arrif. Dilihat Dhia sedang menahan diri pada dinding. Dia melepaskan keluhan kecil dan pastinya keluhan itu sampai pada pendengaran Ariff.
"Pergilah Raz! Takut benda tu serius. Mungkin dia betul-betul tak sihat." kata Ariff lagi.
"Kau kena sedar dalam hal ini kau tak boleh salahkan dia. Dia cuma mangsa keadaan. Walau kau tak suka, dia sudah jadi tangungjawab kau." sambung Ariff lagi bila dia lihat Harraz masih tidak berganjak. Tangannya sudah mendarat pada bahu Harraz mengosok lembut bahu sahabatnya. Keluhan Harraz didengarinya lagi. Pasti kawannya itu susah ingin menerima kenyataan ini. Dia hanya memandang Harraz yang sudah mengatur langkah menuju kearah Dhia dengan gelengan kecil.
YOU ARE READING
Dhia Ammara
Romance"Kau dipaksa dan aku terpaksa, kau ini cuma menyusahkan. Aku tidak pernah suka kau dan aku tidak akan suka akan kau. Ammara!" Apa yang berlaku pada hari pernikahan adik kepada Ammara, Delisha yang meninggalkan Harraz, lelaki yang sepatutnya menjadi...