"We're here."
Dhia memandang wajah Harraz kemudian memandang keluar. Rumah banglo dipandang kosong. Sungguh dia tidak tahu apa yang patut dia rasakan saat ini. Dia ingin tahu dimana Delisha tapi separuh lagi hatinya menafikannya.
Dia mengekori Harraz yang sudah menekan lonceng rumah itu. Dhia mengambil tempat dibelakang Harraz membuatkan Harraz tertoleh pada Dhia. Harraz merenggus kasar. Such a childish !
Tidak sampai tiga minit pintu pagar utama dibuka. Harraz melangkah masuk, tanpa sedar Dhia menarik hujung baju kemeja Harraz membuatkan Harraz memberhentikan langkahnya. Dia memusingkan badannya menghadap Dhia.
"Jangan nak jadi penakut sangat Ammara." Sindir Harraz. Tangan Dhia yang menarik hujung bajunya ditarik supaya Dhia berada disebelahnya.
"Mana ada takut. Mana tahu kalau orang dekat rumah ini tiba-tiba keluar acu pistol tak adalah aku kena tembak dulu." Bebel Dhia perlahan tanpa dia sedar Harraz mendengar bebelannya.
"Kau sangup nak biarkan husband kau kena tembak?" tanya Harraz. Kening di naikkan. Pintu rumah teres itu dibuka dia menayangkan muka serius semula.
Dhia sudah berfikir tentang jawapan daripada soalan Harraz tadi. Sangupkah nak biarkan Harraz ditembak? Dia melihat sisi tepi wajah Harraz, belum sempat dia menilik Harraz sudah mengajak dia masuk ke rumah itu.
Aroma daripada dalam rumah itu membuatkan Dhia pening kepala. Dhia memerhati ruang tamu yang boleh memuatkan lima ke sepuluh orang tetamu sekaligus. Meja kaca Vittsjo berwarna hitam yang dipenuhi dengan botol-botol kaca yang dipandang pelik. Dia menelan liur kasar inikah orang yang dikatakan Harraz yang tahu dimana Delisha berada?
"Hi! Have a seat." Kata gadis yang hanya berseluar pendek paras betis elok menampakkan paha putih milik gadis itu.
"Do you want some?" tanya gadis itu pada Harraz dan Dhia. Dhia mengeleng sambil tersenyum pada gadis itu. Harraz masih menayangkan muka seriusnya. Gadis itu menuangkan air yang berjenama Stolichnaya Premium Vodka ke dalam gelas Dyrgrip.
"Aku tahu kau tahu Delisha ada dekat mana." Ujar Harraz.
Gadis yang meneguk minuman keras itu ketawa dengan kuat membuatkan Dhia memandang wajah gadis itu. Sungguh dia tidak faham apa yang kelakar daripada kata-kata Harraz tadi.
"Did you bring Dhia in exchange for the Delisha information? Well, I guess your money more important then her. Am I right?" kata lelaki iu sinis. Siapa dia? Dhia memandang wajah Harraz. Wajah yang tadinya serius bertukar bengis. Dhia memandang lantai. Tangan kanan meramas tangan kirinya.
Benarkah yang dirinya pertukaran untuk mengertahui keberadaan Delisha? Jika dia tahu daripada awal tidak mahu dia menuruti Harraz. Siapa pula lelaki ini pada adiknya? Bagaimana lelaki ini boleh tahu dimana adiknya berada? Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiran Dhia bertambah dengan bau alkohol yang sangat membuat dirinya pening membuatkan dia menyesal megikut Harraz. Dia rela menghadap perangai cemburu Hazieka daripada ikut Harraz.
"Sekarang bagi tahu aku dekat mana Delisha?" tanya Harraz. Suaranya sudah naik satu oktaf membuatkan Dhia terkejut. Kepalanya semakin berdenyut.
"Apa yang kau nak tahu dulu? Kau nak tahu tentang tunang kau datang minta tolong aku pada hari pernikahan korang merayu supaya aku bawa dia lari? Atau kau nak tahu yang dia minta aku jual cincin pertunangan korang untuk kami beli tiket keluar negara?" tanya lelaki itu sinis.
Suasana sekarang sangat tegang membuatkan Dhia merasakan darah mengalir ke kepala. Rasa ingin meletup! Adakah lelaki itu memberitahu perkara yang sebenarnya? Mindanya menolak kemungkinan apa yang lelaki itu katakan adalah tidak benar tetapi hati dia mengatakan yang lelaki itu tidak berbohong.
YOU ARE READING
Dhia Ammara
Romance"Kau dipaksa dan aku terpaksa, kau ini cuma menyusahkan. Aku tidak pernah suka kau dan aku tidak akan suka akan kau. Ammara!" Apa yang berlaku pada hari pernikahan adik kepada Ammara, Delisha yang meninggalkan Harraz, lelaki yang sepatutnya menjadi...