Hampir sebulan sudah mereka berpindah di rumah milik Harraz. Sebulan juga dia tidak bertemu muka dengan Harraz. Benci betul lelaki itu pada dia barangkali.
Vroomm!
Deruman kereta milik Harraz mematikan lamunan Dhia. Dia menuju kearah cermin biliknya. BMW i8 Coupe berwarna biru milik Harraz memasuki perkarangan rumah. Dia melepaskan keluhan berat. Dia berjalan ke arah katil bersaiz Queen yang telah menjadi tempat beradunya selama seminggu ini dan minggu-minggu akan datang. Dia merebahkan badannya pada tilam empuk itu. Ceiling bilik ditenung. Fikirannya melayang entah ke mana.
" Ini bilik aku dan yang hujung sana bilik kau." mata Dhia mengikut jari telunjuk Harraz. Hujung memang hujung. Kira-kira dua puluh lima kaki jarak dari bilik Harraz. Keluhan dilepaskan.
"Lagi satu aku nak pesan. Dekat rumah ini kita buat hal masing-masing. Kau buatlah apa yang kau nak dan aku buat apa yang aku nak. Faham?" sambung Haraz lagi. Kali ini suara dia kedengaran tegas. Dhia mengangguk perlahan.
Bukan ini yang dia mahukan tetapi dia terpaksa akur. Dhia melangkah menuju ke bilik yang dikatakan oleh Harraz tadi.
"Oh ya! Sebelum aku terlupa. Pastikan kau dan aku tak terserempak dalam rumah ini. Bare that in your mind, Ammara!" langkah kaki Dhia terbantut. Dia pusing menghadap Harraz. Wajah Harraz dipandang. Begis!
'Jangan melawan Dhia!' bisik hati Dhia.
Dada dia bagai mahu meletup ,mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Harraz. Dia mengepal penumbuk. Geram benar gamaknya. Bersabar! Itu yang mampu dia lakukan walaupun perkataan sabar itu tersangatlah tidak sebati dengan dirinya.
"Cause when you love someone
You open up your heart
When you love someone
You may grow
If you love someone
And you not afraid to lose 'em
You probably never love someone like I do"
Deringan telefon pintar yang dinyanyikan oleh Lukas Graham mematikan lamunannya. Dia melompat menuruni katil dia berlari anak mendapatkan telefon pintarnya yang berwarna rose gold pemberian sahabat baiknya sempena hari ulang tahun kelahiranya yang ke dua puluh dua. Berkerut seribu dahi bila dia melihat nama yang tertera pada skrin telefon.
'My other half'
'Sudah kenapa dia call aku? Semalam baru call dekat dua jam tak-kan tak puas lagi?' bisik hati Dhia.
"Dhiaa..."
Dhia terkedu mendengar suara pemanggil yang seakan-akan sedang menangis. Jantung dia berdetak laju. Ini pertama kali si pemanggil menangis. Sedangkan selama dia mengenal si pemanggil dia tidak pernah menangis bahkan baginya si pemanggil adalah orang kedua yang terkuat selain mummy dan daddynya.
"Babe...are you okay?" tanya Dhia berhati-hati.
"where are you?" tanya Dhia cemas.
"I'll be there in few minutes." Kata Dhia setelah si pemanggil menjawab pertanyaannya.
Dhia segera mengenakan pakaian. Selendang jenis fringe arabic yang tersangkut dicapai dan dililit ringkas. Kunci kereta pada meja solek dicapai. Dia berlari anak menuju ke pintu bilik.
YOU ARE READING
Dhia Ammara
Romance"Kau dipaksa dan aku terpaksa, kau ini cuma menyusahkan. Aku tidak pernah suka kau dan aku tidak akan suka akan kau. Ammara!" Apa yang berlaku pada hari pernikahan adik kepada Ammara, Delisha yang meninggalkan Harraz, lelaki yang sepatutnya menjadi...