+ + +
bayangkan...
anak yang baru dilahirkan itu dibawa keluar oleh tujuh orang wanita berpakaian serba hitam . ketujuh tujuhnya tidak langsung melepaskan tangan dari menyentuh bayi comel yang ditakdirkan melihat bumi pada malam itu .
segala ciuman dan kucupan lembut menyinggah di serata tubuh si anak itu penuh kasih sayang . seolah sedang mengucapkan syukur kerana seorang utusan yang sudah lama mereka nantikan akhirnya tiba juga .
di luar rumah , dengan setianya tujuh ekor serigala berbulu hitam lebat bertubuh besar sedang menunggu dalam satu barisan sempurna . menunggu tugasan mereka diberikan selepas kelahiran ketua mereka .
membawa si anak ke tempat yang ditakdirkannya .
seorang wanita mengendong anak itu lalu dibawanya menghadap seekor serigala yang tubuhnya lebih besar berbanding yang lain . seolah olah ia merupakan ketua bagi keenam enam serigala yang lain .
si anak yang tubuhnya sudah dibalut dengan kain baldu merah diletakkan perlahan di hadapn serigala itu . walaupun sedang menghadap wajah mengerikan serigala , gigi tajam dan air liur hitamnya yang lekit , anak itu tertawa kecil .
tidak gentar dan takut langsung dengan persekitarannya . seolah tujuh orang wanita itu merupakan pari pari pengasuhnya manakala tujuh serigala itu merupakan malaikat yang bakal melindunginya .
tujuh orang wanita itu mula duduk melutut di hadapa serigala serigala itu . setiap seorang menghadap seekor serigala . sempurna . tujuh mereka bersama dengan tujuh mereka .
ketujuh wanita mula menundukkan wajah ke bawah , sambil mereka menangis , mereka mula menyanyikan sebuah lagu . sebuah lagu yang bahasanya kedengaran agak kuno namun melodinya kedengaran cukup syahdu .
seiring dengan tangisan dan nyanyian itu , hujan mula turun . guruh berdentum bagai sedang memeriahkan majlis nyanyian ketujuh wanita itu . hujan yang turun bukannya hujan biasa , namun hujan darah .
si anak yang masih diletakkan elok di hadapan serigala itu hanya tertawa kecil sambil tangan kecilnya diangkat ke atas , cuba menyentuh hujan darah yang turun semakin lama semakin lebat membasahi bumi .
seusai menyanyikan sebuah lagu yang tidak tahu asal usulnya itu , mereka mula menghadap serigala itu .
semuanya berlaku dengan sangat pantas . bagaikan takdir mereka sudah tertulis untuk terjadi seperti itu . ketujuh serigala itu mula membaham kepala ketujuh wanita itu serentak . memutuskan kepala mereka dari tubuh .
YOU ARE READING
𝒋𝒊𝒈𝒐𝒌𝒖.
Mystery / Thriller⚠️ ! read at your own risk ! ⚠️ mayat tu bukan dibunuh tapi ... dimakan . persoalannya dimakan dengan apa ? apa yang berlaku dekat sekolah ni ? apa yang pihak sekolah cuba sembunyikan ? kejadian 30 tahun lepas , apa yang terjadi ? pelajar pelajar...