+ + +
[ 박지민 POV ]
" kau gila ke , jeon jungkook ???"
dahi aku berkerut memandang wajahnya dengan pandangan penuh tidak percaya . boleh pula lelaki gila macam dia ni main main di saat genting seperti ini ? apa dia fikir nyawa seseorang satu jenaka ?
dia mengerutkan dahi , memandang aku dengan pandangan tak bersalahnya . kedua belah bahunya diangkat perlahan . " apa ? aku hanya bagi idea ."
" sejak bila pulak panggil hantu merupakan idea yang bi-" belum sempat aku ingin melenting , taehyung sekali lagi menahan aku .
aku bertembung mata dengannya buat seketika . jelas riak wajah aku penuh tak puas hati dengan apa yang baru sahaja lelaki berambut blonde itu cadangkan .
" tak boleh ke kau kawal sikit baran kau tu ?" ujar taehyung dingin .
mungkin menyampah dengan perangai aku yang tak sudah sudah nak mengamuk dan asyik bertikam lidah dengan lelaki gila bertatu di hadapan aku itu . fuck , siapa je sial yang tak baran ?!
budak tak matang tu jelas sekali pandang situasi ni remeh walaupun dia dah saksikan dengan dua mata dia sendiri mayat yang mati dibunuh dan dimakan dengan .... argh aku tak nak cakap .
" betul apa yang taehyung cakap , jimin ." satu suara menyampuk membuatkan aku pantas memusingkan wajah memandang ke arahnya dengan pandangan ketat .
min yoongi yang memberi pandangan kosong kepada aku .
" what the fuck ? jadi kau nak aku bertenang dan anggap idea bodoh lelaki sial tu idea yang baik ???"
" aku tak pernah cakap idea dia merupakan idea yang baik . aku cuma bersetuju dengan taehyung yang kau patut kawal baran kau ." ujarnya tenang .
" sial korang semua ni ."
tangan taehyung yang memegang bahu aku itu aku tepis kasar . serabut . kepala aku begitu serabut memikirkan situasi bodoh seperti ini . kenapa pula aku yang sepatutnya berkelakuan rasional sedangkan lelaki bodoh tu yang berjenaka dengan situasi ni ?
aku bangkit daripada duduk , pantas memusingkan tubuh ke belakang . mengatur langkah ingin meninggalkan bilik bodoh untuk orang orang sial macam mereka .
" park jimin ."
satu suara garau memanggil nama aku dengan nada suara mendatarnya , siapa lagi jikalau bukan min fucking yoongi .
YOU ARE READING
𝒋𝒊𝒈𝒐𝒌𝒖.
Misteri / Thriller⚠️ ! read at your own risk ! ⚠️ mayat tu bukan dibunuh tapi ... dimakan . persoalannya dimakan dengan apa ? apa yang berlaku dekat sekolah ni ? apa yang pihak sekolah cuba sembunyikan ? kejadian 30 tahun lepas , apa yang terjadi ? pelajar pelajar...