jigoku - one by one

40 19 12
                                    

+ + +

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ + +

taehyung melepaskan keluhan berat . beberapa kerusi yang diangkutnya diperbetulkan . langkahnya mendaki tangga semakin lama semakin perlahan kerana terlalu penat mengangkat banyak kerusi .

" apa nasib aku ni..." keluhnya perlahan . teringat semula pertemuannya dengan mr. choi di dalam staffroom .

mungkin nasibnya tak baik atau mungkin sebab mood mr. choi sendiri yang kurang elok sampai dia kena denda kutip kerusi dan meja lebih dekat setiap kelas dan susun di rooftop selepas sesi persekolahan tamat .

taehyung sendiri tak tahu sama ada memang guru lelaki itu tak puas hati dengannya atau mood dia kacau time tu sebab gaduh dengan isteri dekat rumah .

" haih..." taehyung menghela nafas lega tatkala tiba di lantai rooftop .

buat seketika dia memejam mata rapat seraya menyandarkan belakang badan di kerusi yang telah diletakkan di atas lantai . langit di atas dilihat buat seketika .

" shit . aku nak balik rumah " keluhnya sendiri .

baru sahaja dia ingin kembali mengangkat kerusi kerusi itu untuk disusun di hujung sudut rooftop , tindakannya terhenti tatkala terperasankan kelibat seseorang . terhinjut bahunya kerana terkejut dengan kehadiran secara tiba tiba .

" ah ssibal , apa pulak kali ni " berkerut wajahnya tatkala melihat ke arah kelibat seorang gadis yang sedang duduk di tembok rooftop .

kedua belah kakinya terjulur ke bawah . memang gaya macam nak mati cepat budak ni .

taehyung menoleh ke kanan dan ke kiri buat seketika , memastikan sama ada ada orang ataupun tidak di sekeliling . takut takut pulak kalau ada orang tengah nak prank dia ke apa . mana tahu tengah buat hidden camera atau social experiment nak masuk youtube ke apa .

perlahan dia melangkah menghampiri gadis itu ragu ragu . " y-yah..."

berkerut kerut wajahnya . kim taehyung tak pernah prepare untuk menghadapi situasi ni . situasi di mana dia perlu urge suicidal kids untuk tidak memilih jalan membunuh diri .

dia ni takde lah hebat sangat dalam hal agama dan perasaan . dah macam mana pulak dia nak convince orang yang nak bunuh diri tu yang semuanya akan jadi okay ?

taehyung melangkah lagi dekat ke arah gadis itu . " y-yah..!"

mungkin dengar panggilan taehyung , gadis itu mula menoleh , memandang ke arah taehyung dengan pandangan kosong . buat seketika taehyung terkedu tatkala mata mereka saling bertatapan .

" k-kau..." berkerut wajah taehyung , macam pernah dia lihat wajah ini . nampaknya ni bukan kali pertama dia nampak perempuan tu .

" tu-tunggu , kau bukan ke budak pagi tadi tu ?!" membulat mata taehyung tatkala teringatkan semula kejadian pagi tu .

𝒋𝒊𝒈𝒐𝒌𝒖. Where stories live. Discover now