jigoku - dead tunnel

139 31 163
                                    

+ + +

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ + +

[ 박지민 POV ]

halmeoni dah tido . jadi ini peluang aku untuk lakukan semua ni .

aku perlahan membuka pintu penuh berhati hati , tak nak lah nanti aku bukak dia bunyi kereak keriyuk dia . maklumlah pintu lama . aku dah cakap rumah halmeoni ni agak kuno .

bersama plastik hitam di tangan , aku membawanya keluar . selesai memerhati sekeliling dan memastikan tiada halmeoni yang berkeliaran , aku terus mengatur langkah menuju ke arah dapur .

ruang belakang rumah di mana kebun ditempatkan aku tuju . disebabkan keadaan sekeliling aku gelap , jadi aku guna lilin di dalam bekas untuk membantu aku melihat persekitaran belakang rumah .

aku cari posisi yang sesuai lalu aku keluarkan barang barang yang ada di dalam plastik dan diletakkan di atas tanah . sambil mata tak henti meliar memandang sekeliling .

" prediction tu kata 2 hari lagi pembunuh tu akan ditangkap dan aku ... tak nak ditangkap ." bibir bawah aku gigit .

aku tak tahu benda ni bermula dari mana dan sejak bila . tapi menampakkan bukti ini tertanam di belakang rumah aku , aku dapat firasat yang buruk .

" betul ke ... aku bunuh keluarga jungkook ?" wajah aku diraup kasar , penuh sesal .

" ah sial , kenapa aku tak boleh ingat ??? ma-maknanya apa yang aku nampak time tu bukannya mimpi ? tapi ... memori yang aku betul betul bunuh keluarga tu dengan cukup ngeri ?"

aku meramas rambut kasar . masih tidak boleh menerima hakikat bahawa aku telah pun membunuh orang buat kali pertama . aku tahu aku nakal , tapi aku tak senakal itu untuk membunuh orang ...

" dan mungkin ini sahaja cara aku untuk selamatkan diri ."

mancis yang aku nyalakan aku campak ke bahan bukti tersebut . membuatkan seluruh pakaian dan alatan membunuh terbakar .

mungkin kalini aku nampak macam seorang yang selfish dan jahat , tapi aku tak kisah . sebab mereka berenam yang lain pun jadi selfish jugak dan berpakat untuk jadikan aku umpan makhluk tu .

jadi ni bukan salah aku . salahkan karma kerana datang tanpa dijemput .

+ + +

perlahan aku melangkah keluar dari bilik . dengan mata meliar ke sekeliling mencari kelibat halmeoni namun masih takde . aku menguap buat seketika . tak terkejut kalau halmeoni awal awal pagi dah pergi pasar .

𝒋𝒊𝒈𝒐𝒌𝒖. Where stories live. Discover now