sumpah cakap hampir 3 bulan aku tak update ff ni HAHAHAHAHA
+ + +
[ 박지민 POV ]
perlahan kelopak mata aku terbuka . keterangan lampu yang menerjah pandangan aku membuatkan aku memejam mata semula , pedih . sakit di bahagian kepala masih terasa bagai dicucuk cucuk .
" kau dah sedar ?" satu suara menyapa aku membuatkan aku perlahan membuka mata .
seorang wanita berambut perang diikat satu memandang aku dengan penuh riak risau . buat seketika dahi aku berkerut . aku ... kenal ke dia ni ?
" macam mana ? kau rasa baik baik tak sekarang ? okay ???" soal wanita itu prihatin .
aku mengubah posisi kepada duduk . walaupun hakikat seluruh tubuh aku terasa lenguh sekarang ni . tatkala pandangan aku dah tak kabur , aku ambil peluang untuk melihat sekeliling , mengenal pasti lokasi aku berada .
beberapa doktor yang jalan ke hulur ke hilir dan beberapa orang yang ditempatkan di atas katil yang banyak di ruang ini . hospital ?
" aku jumpa kau pengsan dalam hujan jadi aku bawak kau ke sini . doktor cakap kau demam ." jelas wanita itu lagi , faham apa yang sedang bermain di dalam fikiran aku ketika ini .
aku menoleh , memandangnya atas bawah dengan dahi berkerut . " dan kau ...?"
dia tersenyum . perlahan kad pengenalan identitinya ditunjuk ke arah aku . " aku polis ."
" nae ?"
dia tertawa kecil . " aku tengah round nak cari maklumat untuk kes tapi tiba tiba nampak kau pengsan dekat tengah jalan dalam hujan . aku fikir kau dah mati , nasib hidup lagi . jadi aku terus bawak kau ke hospital ."
" tu-tunggu , aku dekat mana ?" dahi aku kekal berkerut .
" hospital ...?" dia pula kini membalas pandangan pelik aku .
" bu-bukan . maksud aku , kau jumpa aku dekat mana ?" aku merenung wajahnya tajam .
" kau pengsan terbaring dekat tengah jalan ...?" dia mengerutkan dahi , memandang aku dengan pandangan pelik .
aku terdiam .
" Sore wa jigoku, anata no hasshō no jidesu ..."
gigi aku diketap kuat . apa yang berlaku masih aku tak dapat lupakan . terowong neraka . budak perempuan yang pelik . dan setiap bait yang dia katakan dekat aku ...
YOU ARE READING
𝒋𝒊𝒈𝒐𝒌𝒖.
Mystery / Thriller⚠️ ! read at your own risk ! ⚠️ mayat tu bukan dibunuh tapi ... dimakan . persoalannya dimakan dengan apa ? apa yang berlaku dekat sekolah ni ? apa yang pihak sekolah cuba sembunyikan ? kejadian 30 tahun lepas , apa yang terjadi ? pelajar pelajar...