jigoku - the other world

59 13 3
                                    

+ + +

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ + +

" ji-jimin... JIMIN !!!" taehyung menggoncangkan tubuh jimin kuat namun langsung lelaki itu tidak menyedarkan dirinya .

riak wajahnya mula berubah . taehyung menjadi begitu panik . dia menoleh ke kanan dan ke kiri , memandang sekeliling . dia sendiri buntu . tidak tahu apa yang perlu dia lakukan pada ketika itu .

kedua belah bahu jimin masih setia dipegangnya erat . taehyung sendiri tidak tahu mengapa dan bagaimana jimin tiba tiba sahaja boleh pengsan begini . apa yang terjadi sebenarnya ?

" chae il..." suara taehyung bergetar . dia mengetap bibirnya rapat sebelum memanggil semula nama gadis itu . " yoon chae il , tolong... kat mana je kau ada sekarang ni , tolong... tolong aku..."

kedua belah tangannya yang memegang bahu jimin erat mula menggeletar . air mata mula bergenang di tubir mata . sejurus itu detik detik terakhir dia melihat yoongi yang membunuh dirinya sendiri kembali terimbas di dalam kepala .

kim taehyung tidak mahu menyaksikan satu lagi kematian . di hadapan matanya lagi .

kim taehyung tidak boleh memaafkan dirinya lagi sekiranya dia sekali lagi tidak mampu berbuat apa apa untuk selamatkan kawan kawannya daripada sumpahan ini . daripada mati dalam keadaan yang mengerikan .

taehyung menggenggam tangan kanan jimin erat . air matanya mula mengalir tatkala dia tidak lagi merasakan jantung jimin berdetak . wajahnya memerah menahan rasa sedih .

kenapa semuanya perlu berlaku di hadapan matanya ? kenapa dunia membuatkan dia rasa begitu benci akan dirinya ?

" chae il , tolong... tolong aku..." pandangannya menjadi kabur dek kerana air mata . " ...aku tak kuat "

kim taehyung akan membenci dirinya sampai bila bila sekiranya dia tidak dapat menyelamatkan nyawa sesiapa lagi . memang dirasakan dirinya itu pembawa malang .

" taehyung-ah..."

air matanya mengalir deras tatkala dia merasakan tubuhnya dipeluk seseorang . kepalanya dibenamkan di dada milik gadis itu membuatkan taehyung teresak esak menangis .

lelaki itu trauma . trauma melihat ibunya mati di hadapan mata . trauma melihat yoongi mati bunuh diri di hadapannya . dan kini... park jimin... apa mereka semua mati kerana dia wujud di dunia ini ke ?

rambut taehyung diusap lembut . " jimin tak mati . jimin tak mati ."

pantas taehyung mengangkat wajah , memandang chae il dengan wajahnya yang masih basah dengan air mata . dahinya berkerut , tidak memahami apa yang cuba gadis itu ucapkan .

𝒋𝒊𝒈𝒐𝒌𝒖. Where stories live. Discover now