jigoku - avengers

45 19 48
                                    

+ + +

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ + +

bell berbunyi menandakan tamat period pertama . selesai sahaja mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada guru bahasa english , kelas tahun kedua kelas kedua kembali bising dengan suara suara pelajar .

taehyung melepaskan keluhan berat . jujurnya , dia langsung tak boleh nak fokus dengan apa yang diajar . lagi lagi bila banyak benda pelik asyik berlaku sejak dia masuk ke wangja high .

banyak benda yang tak kena . dan taehyung tahu keputusan untuk daftar masuk ke wangja high merupakan kesilapan terbesar di dalam hidupnya . tapi apa yang dia boleh buat ?

kim taehyung merupakan pelajar buangan .

sekolah mana je yang akan terima dia masuk sedangkan dia ke mana mana sahaja membawa nama buruk diri sendiri , sekolah dan keluarga ?

disebabkan tertekan dengan perkara perkara di dalam otaknya , taehyung terus mengambil sebuah bekas petak berwarna hijau tua . saiz kotak kecil yang sesuai untuk dijadikan penyimpan rokok . memang itu matlamat bekas itu pun .

" ah ssibal..." dia mencarut perlahan tatkala menyedari dirinya yang bodoh tertinggal lighter di rumah .

taehyung mengeluh berat seraya memejam matanya rapat , terasa bagai diri hendak menjerit di ketika itu juga tapi ditahan dirinya . takut pula kalau berbuat demikian nanti dianggap tak betul oleh rakan sekelasnya .

taehyung sendiri tak tahu sama ada aura dia ni lembik sangat ke apa sebab since dia masuk kelas ni buat kali pertama , satu kelas sambut kedatangan dia . cuma tiada seorang pun yang ingin menjadi kawan dia .

even deskmate pun dia takde . tempat duduk taehyung memang tipikal male lead drama yang selalu duduk dekat hujung kelas sebelah tingkap .

taehyung memusingkan wajahnya di sebelah kiri sambil sebelah tangannya menampung dagunya . daripada dia duk mengeluh tak sudah better jugak lah dia termenung usha suasana luar kan ? nikmati keindahan alam ke apa .

mata taehyung sedikit membulat tatkala dia melihat kelibat seorang gadis yang berdiri di depan pagar sekolah .

" eo ? siapa..." taehyung mengecilkan matanya , cuba memandang gadis itu dengan lebih jelas .

seorang gadis berpakaian seragam sekolah . berambut perang panjang berdiri tegak di posisinya . tapi yang membuatkan taehyung pelik tatkala gadis itu memang tengah dongak dan pandang atas .

taehyung tak tahu sama ada ini perasaannya atau apa tapi dia rasa macam gadis tu dengan pandang ke arah dia sebab mereka buat eye-contact .

" apa yang..." tanpa taehyung sedar , dirinya sudah bangkit berdiri , cuba menghampiri tingkap kelas .

gadis itu tiba tiba sahaja mengangkat tangannya , menunjukkan sesuatu kepadanya tapi taehyung tak dapat lihat dengan jelas apa yang gadis itu cuba tunjukkan sebenarnya .

𝒋𝒊𝒈𝒐𝒌𝒖. Where stories live. Discover now