jigoku - nightmare II

44 19 5
                                    

+ + +

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ + +

[ 박지민 POV ]

dahi aku berkerut , tidak memahami apa yang dia cuba katakan . aku perlahan melangkah menghampirinya bagi memastikan keadaannya . aku takut aku tolak dia kasar sangat sampai dia ada cedera kat mana mana .

" yah , kau ok-" baru sahaja aku ingin menyentuhnya , pantas dia menepis tangan aku kasar .

" JANGAN SENTUH AKU !!!" renungan tajam dia berikan kepada aku .

wajah aku berkerut , seribu satu tanda tanya . keliru dengan layanan kasar yang dia tiba tiba sahaja bagi dekat aku . apa yang aku buat sampai dia jadi macam ni ?

" k-kau kenapa ? a-apa yang berlaku ? kalau kau bagitahu aku apa yang terjadi mungkin aku ak-"

" ini semua rancangan korang , bukan ?" ujarnya speechless membuatkan aku semakin pelik . apa maksud dia sebenarnya ?

" kau umpan aku untuk ikut kau dan mesti..." dia memandang kiri dan kanan . "...mesti binatang tu ada sorok dekat mana mana supaya aku akan jadi santapan korang bukan ???"

" apa yang kau merepek sebenarnya ni ?!" aku cuba menghampirinya tapi dia terus terusan cuba menolak aku jauh daripadanya .

disebabkan tak dapat tahan lagi dengan perangainya yang aku sendiri tak faham kenapa tiba tiba jadi macam tu , aku gunakan kudrat yang ada untuk mengunci kedua pergelangan tangannya membuatkan dia tidak lagi mampu menolak aku .

tangannya aku tarik kasar membuatkan tubuhnya mendekati aku . buat seketika suasana menjadi sepi tatkala wajah aku dan wajahnya menjadi dekat . jelas terpapar riak risau dan takut di wajahnya ketika itu .

aku merenungnya tajam . " kau cedera , bodoh " ujarku kasar . sesekali melirik ke arah lututnya yang calar dan berdarah .

dia menundukkan wajah , memandang ke arah yang aku lihat . " i-ini takde apa apa . a-aku akan okay bila bila ma-"

aku mencengkam pergelengan tangannya . " tak . ini tak okay bagi aku "

mata kami saling bertembung . anehnya , dia tidak lagi berkelakuan kasar seperti tadi hanya mampu mendiamkan diri dia .

" kau rasa kau boleh jalan ?" selepas menenangkan diri , aku bertanya dengan nada suara lembut .

dia hanya menundukkan wajah , kini tidak mahu bertentang mata dengan aku . dia mengangguk perlahan . " jangan risau . aku dah bagitahu kau ni semua okay je "

𝒋𝒊𝒈𝒐𝒌𝒖. Where stories live. Discover now