+ + +
Itsukushima , 1991
aku perlahan membuka kedua kelopak mata serentak . memerhatikan segenap ruang bilik yang kini kosong hanya dibekalkan cahaya tujuh lilin yang telah aku susun di sekeliling .
aku duduk di tengah tengah lilin itu . lilin lilin yang bagaikan sedang menanti kedatangan aku mencipta dunia baru setia berada di sekeliling sambil tidak sudah mendoakan kebahagiaan tuannya .
aku yang tadinya duduk bersila di dalam bulatan perlahan lahan bangkit berdiri . berdiri bagi melihat lilin api yang sedang tunduk menyembah aku yang bakal mencipta sejarah pada hari ini .
dengan tangan putihku , perlahan aku tanggalkan pakaian satu demi satu sehingga kini tiada seutas benang yang mampu melindungi tubuh suci seorang gadis berusia 15 tahun . yang sedang bunting 9 bulan .
pakaian itu aku campak ke tepi , membiarkan sepi di lantai sana . kini aku persembahkan tubuh di hadapan ketujuh tujuh lilin yang diberi nama khas buat masing masing . bukan hanya sekadar lilin biasa .
pada malam ini , satu entiti luar biasa bakal dilahirkan melalui perut buntingku .
aku tidak memerlukan doktor mahupun seseorang yang ingin membantu aku melahirkan anak ini . aku tahu bila masa yang tepat dia ingin dilahirkan kerana aku ... tempat menginapnya selama 9 bulan .
aku kemudiannya duduk semula , kini di dalam posisi baring di atas lantai dikelilingi tujuh lilin yang setia menyembah . kedua belah kaki di angkat berdiri di dalam posisi ingin melahirkan anak .
aku masih tersenyum lebar . tidak sabar menanti saat saat dia dilahirkan .
sekeping kertas yang aku pegang bersama sejak dari tadi aku angkat , bagi melihat untuk membacanya dengan kuat dan lantang . bagi menyeru segala roh jahat yang akan menyambut kelahiran anak ini .
" satan .... "
perlahan mantera yang ditulis dengan darah itu aku sebut satu per satu tanpa sebarang kesilapan . memanggil dan menyeru segala yang ada berhampiran rumah ku .
di kala aku menghabiskan barisan pertama , aku dapat rasakan seolah bumi ini sedang bergetar . tubuh aku tidak menggigil ketakutan tapi bumi ini yang bergegar kerana teruja ingin menyambut anak ini .
tatkala barisan kedua aku habiskan , aku dapat rasakan angin luar biasa menyapa segenap ruang bilik gelap ini . walaupun tiada individu yang menunjukkan diri mereka , aku dapat rasakan kehadirannya .
di barisan ketiga aku tamatkan , aku dapat rasakan sentuhan lembut dan kasar di setiap inci kulit tubuhku yang terdedah . ada tangan yang lembut mengusap bahu ku perlahan dan ada juga tangan yang kasar mencengkam kaki ku kuat .
walaupun kejadian aneh berlaku di sekitarku tanpa aku dapat lihat dengan mata kasar , aku tetap meneruskan bacaan mantera berulang kali walaupun aku sudah selesai membacanya .
tingkap bilik mula terbuka dan tertutup dek kerana angin yang kuat menghembus di dalam bilik itu . barang barang yang berada di sekeliling juga turut bergerak gerak dan ada juga yang pecah .
seiring dengan bacaan mantera yang aku sebut dengan kuat dan lantang satu demi satu , aku dapat rasakan pelbagai jenis tangan kini sedang memegang kedua belah tangan dan kaki ku serentak .
bukan dua tiga pasang tangan . tapi .... beratus ratus .
mata aku terbeliak luas tatkala aku merasakan sepasang tangan dengan sepuluh kukunya yang tajam menyeluk masuk ke dalam vaginaku . sakit dan pedih aku tak dapat huraikan bagaimana .
namun aku masih tetap teruja dengan semua yang berlaku .
ibu bapa yang menemani aku di sekeliling di saat akhir ini tetap menyayangi aku . mereka tetap setia bersama dengan aku di saat aku ingin melahirkan seorang anak yang bapanya merupakan syaitan .
mantera yang aku baca tersekat sekat , wajah aku dongak ke atas dengan mata yang berair . masih terkejut dengan kesakitan tangan berkuku panjang itu masuk ke dalam dengan begitu tenang .
bagi mencari anak yang ingin aku lahirkan pada malam ini .
aku dapat rasakan aliran darah mengalir tak hent dari kemaluan sendiri . seluruh tubuh aku yang kini bergetar menahan rasa sakit yang amat namun tetap ditenangkan oleh tangan tangan sejuk beratus roh roh yang lain .
aku dapat rasakan di bahagian kemaluanku , tangan yang ingin menjemput kehadiran anak ini perlahan lahan mencari jalan keluar bersama sesuatu di tangannya .
anak itu cuba untuk dibawa keluar dari tubuhku perlahan lahan .
aku menjerit sakit sambil kedua mata dipejam rapat seraya air mata darah mengalir pantas di sisi mata . kesakitan yang aku rasakan tidak dapat menandingi keterujaan seorang ibu menyambut kelahiran anaknya .
aku dapat rasakan ... anak itu ditarik keluar di bahagian kemaluanku .
ditarik keluar bagi melihat dunia yang menanti kelahirannya dengan penuh setia . dunia yang bakal berubah menjadi lebih menarik dengan kelahiran entiti luar biasa sepertinya .
mata aku terbeliak luas tatkala anak itu ditarik laju dengan sepasang tangan itu keluar dari tubuhku . darah yang meleleh keluar di bahagian kemaluan membuatkan aku berasa penat dan lelah .
anak yang lahir pada ketika itu tidak menangis seperti bayi yang normal . ia hanya tersenyum dalam tidur yang nyenyak .
seorang anak yang lahir dengan rupa bukan seperti manusia . rupa yang indah . lebih indah dan sempurna daripada rupa manusia yang berada di dalam bumi ini .
air mataku mengalir perlahan . pandangan kabur namun kini aku dapat lihat beratus rupa buruk yang sedang tersenyum , mengucapkan syabas ke arah aku kerana telah melahirkan ketua mereka .
" watashi o tengoku ni tsureteitte ..." ujarku sebak , merayu kepada ratusan syaitan yang berada di sisi .
mereka hanya memberiku jawapan dengan satu senyuman yang indah .
dan di ketika itu muncul seekor ular berwarna hitam , perlahan lahan bergerak laju ke arah tubuhku . dan pada itu entah apa yang merasuk mindaku , aku membuka mulut sambil memerhati kosong siling dengan mata yang berair .
membenarkan ular itu memasuki mulutku . melalui kerongkongku membuatkan aku seperti hendak muntah namun entah mengapa aku membiarkan sahaja ianya berlaku .
terasa seperti tubuhku disedut sesuatu sehingga membuatkan seluruh tubuhku terasa lemah .
seluruh tubuhku perlahan lahan berubah bagai tengkorak yang sudah lama . hitam dan kurus dalam sekelip mata sahaja . sebelum sempat aku menghembuskan nafas terakhir , aku ucapkan terima kasih... kerana membawa aku ke syurga .
ular hitam itu kini keluar dari tubuhku melalui rongga kemaluan yang masih terbuka di bawah sana .
walaupun aku perlu mati pada malam itu , namun aku tetap teruja dan gembira menyambut kelahiran entiti yang bakal menjadi ketua bagi segala galanya . yang bakal mengubah dunia .
anak aku .
sudah semestinya ianya bukan manusia . namun ia merupakan utusan dari neraka yang bakal mencipta sejarah dunia .
seorang bayi berbulu lebat tak ubah seperti binatang bersama tanduk di kepala tak ubah seperti syaitan . satu satunya bayi yang bakal dipuja orang ramai satu hari nanti .
- - -
ɪf ɪ ᴄᴀɴɴᴏᴛ ʙᴇɴᴅ ʜᴇᴀᴠᴇɴ ,
ᴛʜᴇɴ ɪ ᴡɪʟʟ ʀᴀɪsᴇ ʜᴇʟʟ .- - -
-ᴀʜɴᴇᴜʟ sᴛᴏʀʏʟɪɴᴇ
so macam mana dengan prologue ? erk okay ke ?
YOU ARE READING
𝒋𝒊𝒈𝒐𝒌𝒖.
Mystère / Thriller⚠️ ! read at your own risk ! ⚠️ mayat tu bukan dibunuh tapi ... dimakan . persoalannya dimakan dengan apa ? apa yang berlaku dekat sekolah ni ? apa yang pihak sekolah cuba sembunyikan ? kejadian 30 tahun lepas , apa yang terjadi ? pelajar pelajar...