"Jiseul, ada lipas kat belakang kau!"
"Arghhh!" Jiseul menjerit dan terus berdiri dari kerusinya.
Blazer ditubuhnya dikibaskan. Namun lipas tersebut masih tidak muncul.
Bunyi ketawa dari belakang membuatkan dia sedar sesuatu. Matanya memandang tajam Haechan yang masih ketawa.
"Yaa, kau!" dia memandang lelaki itu tajam.
Lee Haechan. Pelajar paling menjengkelkan bagi seorang Kim Jiseul.
"Kelakar lah dengar kau jerit tadi Jiseul," kata Haechan selamba.
Mark yang duduk di sebelah Haechan hanya menahan tawanya.
"Kau sehari tak kacau aku, tak boleh ke?" soal Jiseul geram.
Setiap hari, ada sahaja idea nakal Haechan untuk mengusiknya. Sorok kotak pensil, patahkan pembaris dia, tarik rambut dia dan macam-macam lagilah.
"Tak boleh lah Seul. Bila aku tak kacau kau kan, rasa tak lengkap hidup aku. Rasa macam nak mati je,"
"Haa eloklah kau mati. Ini tak, asyik nak mengacau orang je," Koeun yang merupakan kawan baik Jiseul itu menyampuk.
"Tapi tu lah kan, aku dah kacau Jiseul dah. So, maksudnya aku takkan mati lah," Haechan ketawa lagi.
Jiseul dengan geram kembali ke mejanya semula. Buku nota yang berada di atas mejanya dicapai dan satu helaian kosong di koyakkan.
Helaian tersebut digumpalkan dan dia kembali memusing ke belakang. Helaian tadi dengan selamba disumbat ke dalam mulut Haechan yang masih ketawa itu.
"Diam pun," ujarnya.
Mark akhirnya ketawa juga. Rasa kelakar pula bila melihat Haechan saat itu.
"Woi, kau gelakkan aku?" Haechan menarik keluar kertas tadi dan memandang Mark tidak puas hati.
"Kelakar lah Chan muka kau tadi," ujar Mark.
"Hish, kau ni kawan aku ke kawan Jiseul?" soal Haechan tidak berpuas hati.
"Kawan kau lah. Tapi, muka kau-,"
"Ah, dah-dah. Tak nak dengar," Haechan menutup telinganya.
Bila Mark sudah kembali fokus pada bukunya dia menarik kembali tangannya. Telefon bimbit dari dalam poket blazernya dikeluarkan.
Ruangan perbualan dia dan Jiseul dibuka.
Kim Jiseul
You
Kertas apa kau bagi aku makan tadi?
Rasa macam bertambah kacak pula
lepas makan😎Telefon bimbitnya disimpan kembali bila Puan Jung sudah masuk ke kelas. Matanya memandang Jiseul di hadapannya.
"Haish, nampaknya memang lambat lagilah kau nak tengok kekacakan aku tu,"