05

533 84 0
                                    

"Kau nak apa?" soal Haechan sambil memandang Karina.

Karina, gadis cantik yang boleh dikatakan popular di sekolah. Mana tak nya, dia berkawan rapat dengan kumpulan pelajar senior pujaan ramai.

Dia sudah sekelas dengan gadis itu sejak tahun lepas dan baru hari ini buat pertama kalinya gadis itu bercakap dengannya.

Ianya bukanlah sesuatu yang pelik kerana Karina memang kurang bergaul dengan pelajar kelas mereka selain kawan baiknya Herin.

"Yerim sunbae suruh aku ajak kau rehat sekali nanti," beritahu Karina sambil memeluk tubuh.

"Aku? Makan dengan korang?" soal Haechan sambil ketawa kecil.

"Yaa, kau ingat senang ke dia nak ajak orang join dia. Kau bertuah sebab jadi pelajar junior ketiga yang berjaya dapat ajakan tu," kata Karina lagi.

"Tch, cakap macam orang tu artis," balas Haechan dingin.

Dia kemudian duduk di tempatnya.

"Whatever. Aku tetap anggap kau setuju dengan ajakan tu," balas Karina.

"Ikutlah apa pun yang kau nak fikir. Aku takkan makan dengan korang,"

Karina menggigit bibirnya geram.

"Lee Haechan, kau tahu kan Yerim sunbaenim tu siapa. Kau tak pernah dengar apa jadi dekat pelajar yang buat masalah dengan dia?"

Karina masih belum berputus asa. Ya lah, kalau dia tidak berjaya, dia yang akan dimarahi nanti.

"So? Macamlah aku cari pasal dengan dia,"

"Tak kira, kau kena juga ikut aku. Kalau tak-,"

"Kalau tak apa?" soal Haechan tanpa rasa takut.

"Kalau tak aku yang kena maki. So, kau kena tolong aku. Okay, Haechan?" Karina mengerdipkan matanya di depan Haechan berkali-kali.

"Eeuww, gelilah," ujar Haechan.

"Nak ke tak nak?" soal Karina lagi.

"Makan je kan? Lepas tu takde benda bodoh lain yang korang akan suruh aku buat kan?"

Karina mengangguk.

"Makan je. Yerim sunbae nak berkenalan dengan kau je,"

Only You Where stories live. Discover now