03

615 87 16
                                    

"Tak payah susah-susah Jiseul,"

"Tak susah pun Halmeoni. Biar Jiseul buat. Lagipun Halmeoni dah masak dan ajak Jiseul makan sekali," kata Jiseul.

Pinggan yang berada di tangan Nenek Lee diambilnya. Sudahlah dia makan di rumah mereka, takkan dia nak biarkan wanita itu pula membasuh semua pinggan mangkuk tadi.

"Biar je lah Halmeoni. Dia nak tunjuk skill lah tu," Haechan menyampuk.

"Haa ya lah. Halmeoni nak naik bersiap. Nak ke rumah Ahjumma Jung kamu tu,"

Wanita separuh abad itu kemudiannya berjalan meninggalkan dua remaja itu.

"Nak aku tolong?" Haechan berdiri di sisi Jiseul.

"Kau ingat aku akan tertipu dengan kau?" soal Jiseul.

Tahu sangat perangai Haechan tu. Kononnya nak tolong, tapi sebenarnya itu hanya penipuannya sahaja. Macam haritu. Kononnya nak tolong dia dan Koeun kemas kelas, tetapi bila loceng terakhir berbunyi sahaja, dia terus lesap.

"Kali ni aku tak tipu lah," balas lelaki itu.

"Biar aku sabun, kau bilas," ujarnya lagi.

Span di tangan Jiseul diambilnya. Lalu dia mula mencuci pinggan mangkuk dan menghulurkannya kepada Jiseul.

"Doyoung Hyung dah bersalin?" soal Haechan untuk memecahkan kesunyian.

"Hah?"

Haechan tersengih.

"Maksud aku, Jisoo Noona. Dia dah bersalin?"

"Chan, kalau aku cakap kau bodoh, nanti kau marah. Orang mengandung sembilan bulan tau, bukan sembilan minggu. Kan baru bulan lepas dia bagitahu dia pregnant," ujar Jiseul geram.

"Eleh, kau ingat aku tak tahu ke? Aku saje je tanya," balas Haechan.

Apa ingat dia bodoh sangat ke?

Setelah hampir sepuluh minit, mereka sudah pun selesai. Jiseul mencuci tangannya yang terdapat kesan buih sabun itu.

Pap!

Haechan menahan tawanya melihat tangan Jiseul yang baru dia pukul perlahan itu.

"Yaa, aku dah cuci tangan kan?" bentak Jiseul geram.

"Tengok muka aku, ada nampak macam aku kisah?" soal Haechan sambil ketawa.

"Kau!"

Dengan geram, buih sabun yang masih berada di tangannya itu diambil dan dicalit ke hidung Haechan.

"Yaa, aku buat kat tangan je kan? Berani kau sentuh muka kacak aku?"

Jiseul menjelirkan lidahnya pada lelaki itu.

"Oh, tunggu kau,"

Haechan membuat yang sama dan lebih lagi. Habis buih sabun dicalit pada hidung, pipi dan dahi gadis itu.

"Ini memang melampau," gerutu Jiseul.

Dia ingin membalas namun Haechan dengan cepat mengelak. Lelaki itu ketawa melihat wajah tidak puas hatinya.

"Tunggu kau," dia mara ke arah Haechan lagi.

"Tak kena!" lelaki itu ketawa lalu berlari keluar dari dapur.

"Yaa, Lee Haechan!"

Dan terjadilah aksi kejar-mengejar di rumah itu pada petang tersebut.

Only You Where stories live. Discover now