Jiseul berjalan menuruni tangga rumahnya seperti biasa pagi itu. Dia meletakkan beg tangannya di sofa ruang tamu sebelum ke meja makan.
"Omma, masak apa-,"
Langkah kakinya terhenti beberapa meter dari meja makan.
"Jiseul, kenapa?" soal Tuan Kim.
"Haa, Jiseul. Berdiri kat situ buat apa? Sini, duduk makan. Nanti lambat pula nak masuk kerja," Puan Kim yang sedang meletakkan pinggan berisi telur goreng memandangnya pelik.
"Jiseul terkejut kut nampak saya,"
"Haa, semalam kan Appa nak bagitahu kita ada tetamu. Haechan ni lah. Tapi kamu tak pandang kiri kanan langsung, terus naik bilik," kata Tuan Kim.
"Jiseul, duduk," panggil Puan Kim lagi sekali.
"Takpe lah. Jiseul breakfast kat office,"
Tanpa menunggu balasan dari mereka dia kembali berpatah ke ruang tamu. Beg tangannya dicapai dan dia terus keluar dari rumah.
"Haish,"
Dia merungut bila teringat yang keretanya ada di bengkel.
"Nak aku hantarkan?" suara Haechan kedengaran.
Jiseul tidak melayan sebaliknya dia terus berjalan keluar dari pagar. Niatnya ingin ke perhentian bas dan menunggu teksi di sana sahaja.
"Kim Jiseul, tunggulah!"
Makin laju langkahnya dibuka sehingga dia lupa yang dia sedang memakai kasut tumit tinggi. Dan akhirnya, dia terjatuh akibat kakinya terkehel.
"Yaa! Gwaenchanha?"
Haechan segera mendapatkannya. Lelaki itu melutut di sisinya dan memegang buku lali kaki kirinya yang sudah memerah itu.
"Lepaslah!" tangan Haechan ditepis kasar.
"Kita pergi klinik," ajak lelaki itu.
"Tak nak! Pergilah Haechan, jangan kacau aku. Aku dah lambat nak pergi kerja ni," dia berusaha untuk bangun.
"Takkan aku nak biarkan kau kat sini macam ni je?" soal Haechan bimbang.
Dia memegang lengan gadis itu untuk membantunya berdiri.
"Tch, bukan kau dah biasa ke? Biarkan aku sorang-sorang macam ni?"
"Jiseul ah, kita bincang tentang tu lepas ni. Sekarang ni kaki kau ni, kita pergi klinik ya?" Haechan cuba memujuk.
"Tak nak! Kau pergilah, aku boleh jalan sendiri," dia menolak tangan Haechan yang berada di lengannya.
Dia mula berjalan namun baru beberapa tapak, dia hampir terjatuh lagi. Mujur sahaja Haechan sempat menyambutnya.
"Degil kan? Aku tak kira, kau kena juga pergi klinik dengan aku,"
"Tak nak! Tak faham ke?" bentak Jiseul.
"Aku tak terima sebarang penolakan,"
"Yaa!" Jiseul menjerit bila tubuhnya dicempung Haechan secara tiba-tiba.
"Kau ni gila ke? Turunkan aku lah!" bahu lelaki itu dicubitnya.
Haechan hanya membiarkan dan terus membawa Jiseul ke keretanya yang terparkir di depan rumahnya. Pintu kereta sebelah pemandu dibuka dan dia meletakkan Jiseul di situ. Tali pinggang keledar dipasangkan.
"Jangan berani nak keluar atau aku cium kau,"
"Gila. Lee Haechan dari dulu sampai sekarang gila!"