"Mark dan Koeun betul-betul kahwin. Ingat tak waktu Mark malu-malu nak mengaku dia suka Koeun dulu?"
Haechan yang sedang memandu itu memandang sekilas Jiseul di sebelahnya. Mereka baru sahaja pulang dari majlis perkahwinan Mark dan Koeun. Dan Jiseul pula terpaksa pergi bersama Haechan memandangkan keretanya masih di bengkel.
"Tch, perlu ke kenang balik apa yang jadi dulu-dulu,"
Haechan menahan tawanya. Sensitif betul Jiseul setiap kali dia cuba membuka cerita sewaktu mereka masih bersekolah dulu.
"Kalau tak boleh cakap tentang masa lalu, kita cakap tentang masa depan nak? Masa depan kita berdua?"
"Kita berdua? Sorry, tapi 'kita berdua' tu dah tak wujud okay?" Jiseul masih lagi bersikap dingin.
"Oh, macam tu. Okay, aku faham," Haechan sudah tidak bersuara lagi.
Jiseul pula terus melayan perasaan dengan memandang keluar tingkap sehinggalah mereka sampai di hadapan rumah.
"Thank you," Jiseul terus melangkah keluar.
Haechan tersenyum sebelum dia ikut keluar. Dia tidak ke rumahnya sebaliknya dia mengikut gadis itu.
"Yaa! Kau kenapa ikut-ikut aku?" soal Jiseul.
"Suka hatilah, kaki aku,"
"Masalahnya ni rumah aku!" Jiseul membuka pintu rumahnya.
Belum sempat ditutup, Haechan menahannya dan meluru masuk.
"Yaa! Lee Haechan!" jerit Jiseul kuat akibat geram dengan lelaki itu.
"Apa yang bising-bising ni?"
Pasangan Kim serta Doyoung yang bermalam di situ mulai turun dari tangga dan memandang mereka. Jelas sekali semuanya muka baru bangun tidur.
"Uncle, Haechan nak kahwin dengan Jiseul boleh tak?"
"Yaa!" Jiseul memandang lelaki itu tidak percaya.
Pasangan Kim berpandangan sesama mereka sebelum keduanya ketawa.
"Boleh sangat Haechan," jawab Tuan Kim dengan senyuman.
"Appa!" Jiseul menghentakkan kakinya.
"Boleh Haechan. Kalau bukan kamu, siapa lagi nak budak Jiseul ni," Puan Kim tersenyum lebar.
"Betul ni? Saya dah dapat restu lah ni?" soal Haechan.
"Ya, Haechan. Tapi tak boleh lah kahwin sekarang. Dah malam. Esok pagi kita bincang lagi," bahu Haechan dipeluk oleh Tuan Kim.
"Wow, adik dah nak kahwin," Doyoung tersenyum mengusik.
"Kalau macam tu, saya balik dulu lah," Haechan meminta diri.
"Jiseul, apa lagi?"
"Apa Appa ni?" soal Jiseul pelik.
"Pergilah ikut Haechan balik. Appa izinkan,"
"Appa!"
"Dik, Appa dah bagi green light tu. Pergilah," Doyoung menolak bahu adiknya.
"Omma nak cucu perempuan pula tau sayang," Puan Kim mengusap kepala anak bongsunya.
"Apa Omma ni?" Jiseul menolak perlahan tangan ibunya.
"Jom lah kita sambung tidur. Chan, Jiseul. Jangan tak datang breakfast pula esok," sempat Tuan Kim mengusik sebelum dia menarik tangan isterinya ke tingkat atas.
"Dik, pergilah. Jumpa esok," Doyoung menolak Jiseul ke pintu.
Dan dia ketawa perlahan melihat Jiseul yang berjalan dengan wajah masam mencuka mengikut Haechan.
"Jiseul, Jiseul. Tak suka pun ikut juga. Nampak sangat kau pun sayangkan dia dik," dia menggelengkan kepalanya sebelum menutup pintu.