02

690 95 9
                                    

"Haish, Kim Jiseul pabo. Kalau tak cuai tak boleh ke?" Jiseul mengetuk kepalanya sendiri.

Pintu pagar rumahnya itu dipandang sayu. Macam mana lah dia boleh tertinggal kunci pagar rumahnya lagi. Sudahlah hari ini ibu dan ayahnya pulang lambat.

"Takkan nak naik bas semula pergi rumah Koeun kut?" kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Hoi, jiran sebelah! Tertinggal kunci pagar lagi ke?"

Jiseul memandang ke arah rumah sebelah. Dilihatnya Haechan sedang berdiri di balkoni rumah sebelah.

Ya, Haechan si lelaki pengacau adalah jirannya. Lelaki itu baru berpindah tinggal dengan Neneknya setahun yang lepas. Ibunya sudah berkahwin baru setelah kematian bapanya dan berpindah ke luar negara.

"Diam lah kau!" dia menjerit ke arah lelaki itu geram.

Dah lah hari tengah panas, tengok si Haechan lagi panas rasanya.

"Lain kali gantung kunci kat leher woi! Macam anjing Uncle Kim tu. Auff, Auff," ujar Haechan lagi sambil ketawa.

"Hish!" Jiseul menjeling lelaki itu sebelum dia duduk di hadapan pagar rumahnya itu.

Malas mahu terus menatap lelaki itu.

"Suka hati dia je nak suruh aku jadi macam anjing Uncle Kim tu," rungut Jiseul.

"Aku yang comel ni dia nak samakan dengan anjing Uncle Kim yang garang tu. Memang tak patut," Jiseul mencebikkan bibirnya.

Bunyi pagar rumah sebelah dibuka menganggunya yang masih mengomel itu.

"Woi, masuklah!" Haechan kepala Haechan muncul di sebalik pagar besi itu.

"Kau kenapa baik tiba-tiba?" soal Jiseul.

"Halmeoni aku suruh ajak kau makan sekali," ujar lelaki itu lagi.

Jiseul akhirnya bangun dan melangkah ke rumah sebelah. Baru sahaja dia ingin melangkah masuk, Haechan menarik kembali pagar dan menutupnya.

"Bukalah sendiri! Kau ingat kau puteri raja?" lelaki itu ketawa dan berlari ke dalam rumah.

"Dasar Lee Haechan tak guna!"

Only You Where stories live. Discover now