Seven Years Later
"Jiseul,"
Jiseul melangkah masuk ke dalam restoran itu. Beberapa rakan sekelasnya sudah ada di sana.
Malam itu, mereka mengadakan majlis reunion kecil-kecilan di restoran milik Jisung yang baru sahaja dibuka.
"Ingatkan kau tak datang," Jeno menarik kerusi buat gadis itu.
"Kereta buat hal. Tu yang lambat nak cari teksi," balas Jiseul.
"Tu lah kau, nama je kerja besar. Marketing executive, tapi kedekut nak beli kereta sendiri. Nak juga guna kereta lama Appa kau tu," ujar Koeun.
"Eh, kereta lama tu lah yang banyak berjasa tau. Yang bawa aku pergi sekolah setiap hari, pergi daftar universiti dengan interview kerja aku sekarang tau,"
"Eh dah-dah. Bergaduh pula korang ni. Nak jumpa punyalah susah, dah jumpa asyik nak bertekak je," ujar Mark.
"Sayang kau ni haa yang mulakan dulu," Jiseul mencubit bahu Koeun perlahan.
Mark dan Koeun. Mereka sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan lagi dua minggu sahaja.
"Dah lah tu Jiseul. Ni makan ni,"
Jeno menolak pinggan berisi ayam goreng ke hadapan Jiseul.
"Gomawo Jeno ah,"
Mereka mula berbual diselangi dengan permainan bersama rakan-rakan sekelas mereka yang lain. Sehinggalah jam mula menunjukkan angka 11 malam, seorang demi seorang mula meminta diri.
"Kitorang balik dulu tau," Mark yang sedang memeluk pinggang Koeun yang sudah mabuk itu meminta diri.
"Jom, aku hantarkan kau,"
Jiseul hanya bersetuju dan mengikut langkah Jeno untuk ke kereta miliknya. Jeno memang tidak meneguk minuman sebarang minuman beralkohol tadi.
Suasana sepanjang perjalanan hanya ditemani dengan suara dari radio. Keduanya hanya mendiamkan diri. Sehingga mereka kini sudahpun berada di hadapan kediaman milik keluarga Jiseul.
"Jiseul," lengan Jiseul ditahan saat gadis itu ingin membuka pintu kereta.
"Wae?" soal Jiseul.
"Kau dah fikirkan apa yang aku cakapkan haritu?"
Jiseul kembali menutup pintu kereta dan memandang Jeno.
"Jeno, aku-,"
"Tujuh tahun Jiseul. Kau masih harapkan dia?" soal Jeno.
Jiseul terdiam.
"Tak. Siapa cakap aku harapkan lelaki tak guna tu lagi?"
"Then, kenapa susah sangat kau nak bagi peluang pada aku? Huh?" tangan Jiseul disentuh.
"Jeno, aku-,"
"Jiseul. Aku sayangkan kau. Cintakan kau. Tak boleh ke bagi aku peluang?" kedua tangan Jiseul digenggam erat.
"Jeno, aku dah kata yang aku tak boleh nak buat keputusan sekarang," tangannya ditarik.
"Sampai bila Jiseul? Sampai bila kau nak macam ni? Haechan dah buang k-,"
"Jeno, diam!" dia menutup mulut lelaki itu.
"Aku masuk dulu. Thanks for the ride,"
Jiseul terus melangkah keluar dari kereta milik lelaki itu dan masuk ke rumahnya.
"Jiseul, kita ada tet-,"
"Jiseul penat. Jangan kacau Jiseul!" dia terus berlari naik ke tingkat atas untuk ke bilik tanpa menghiraukan ibu bapanya.