07

511 84 5
                                    

"Makan banyak-banyak,"

Jiseul meletakkan tin berisi makanan kucing di atas simen kaki lima rumahnya. Dan seekor anak kucing dengan laju menuju ke arah bekas makanan tersebut.

"Kiyowo," ujar Jiseul sambil tersenyum.

Hari itu merupakan hari kedua dia memulakan rutin barunya itu. Memberi makanan kepada anak kucing jalanan yang selalu muncul di kawasan rumahnya.

"Yaa, goyangi shi. Harini Appa dengan Omma balik lambat lagi," belakang kucing itu diusapnya.

"Hmm. Noona rasa Noona patut bagi nama lah pada kamu,"

Jiseul mula berfikir nama yang sesuai untuk kucing tersebut.

"Ah, Noona tahu. Noona nak panggil kamu Haru. Comel kan? Nanti kamu boleh jadi kacak macam Haru dari Extraordinary You tu. Kan?" dia mengusap lagi belakang badan kucing hitam itu.

"Haru ya, Noona lapar tapi takde orang nak temankan Noona makan. Hmm, Noona tak suka lah makan sorang-sorang," dia mula bercakap dengan kucing tersebut.

"Mungkin kalau Noona tengok Haru makan, Noona takkan rasa lapar lagi. Kan?" dia tersengih sendiri.

"Woi, gila ke bercakap sorang-sorang?"

Jiseul tersentak bila ada suara di belakangnya. Siapa lagi kalau bukan Lee Haechan.

"Kau lah gila jerit-jerit kat orang!" dia menjeling lelaki itu.

Haechan masih dalam baju sekolahnya yang bermaksud lelaki itu baru sahaja pulang.

"Dah habis? Bagusnya kamu Haru," Jiseul kembali fokus kepada anak kucing yang dipanggil Haru itu.

"Yaa, kau panggil dia apa?" Haechan meluru ke arah Jiseul dan Haru.

"Haru. Comel kan nama dia? Pandai aku pilih," ujar Jiseul berbangga.

"Comel? Tak langsung," kutuk Haechan.

"Tch, tak payah sibuklah kau. Aku yang jumpa dia, suka hatilah aku nak panggil dia apa pun," tubuh kecil Haru diangkat dan dipeluk.

"Eh, mana ada. Aku yang jumpa dia dulu dari kau," Haechan tidak mahu kalah.

"Haru, tengok tu. Dia nak claim Haru," kata Jiseul.

"Ah, takde-takde kita jaga sama-sama,"

Jiseul berdecit perlahan. Tapi memang betul pun. Dia selalu melihat Haechan memberi makanan kepada Haru sebelum ini. Dan kerana itulah dia berani mendekati Haru kerana sebelum ini dia takut Haru bertindak ganas memandangkan ia kucing jalanan.

"Okay fine! Haru ya, Haru kena sayang Noona lebih tau dari dia ni," kepala kucing itu diusapnya.

"Yaa, tak menarik langsung nama Haru tu. Tukarlah," rungut Haechan.

Sambil itu dia mengambil Haru dari pegangan Jiseul.

"Eleh, habis tu kau ada cadangan nama yang lagi menarik ke?" soal Jiseul.

Haechan tersenyum.

"Ada. Aku nak namakan dia Jichan,"

"Jichan? Nama apa tu? Yang tu kau cakap comel?"

"Comel lah tu. Jichan. Jiseul plus Haechan,"

Jiseul terkedu.

"Jichan," tanpa sedar dia menyebut nama itu.

Meow.

"Haa, tengok dia menyahut. Maksudnya dia suka nama tu," kata Haechan teruja.

Dan Jiseul juga perlahan-lahan menarik sebuah senyuman. Tangannya mengusap kepala Jichan yang masih dalam dukungan Haechan itu.

Only You Where stories live. Discover now