Bunyi detuman muzik yang bising menyebabkan lelaki itu bergerak mengikut rentak. Wajahnya yang dikenali ramai itu dia tayangkan tanpa rasa risau. Semakin galak tangannya menuang minuman yang akan mengkhayalkan pemikirannya itu. "Ah, this is my place, my kingdom." Ketawanya seakan-akan sudah mabuk.
"Putera Jeon." Panggil seseorang. Nada yang agak dalam itu menyebabkan sebelah mata lelaki itu tercelik. "Putera, ayuh saya hantar tuanku pulang. Ramai dah melihat tuanku sekarang ni." Katanya lagi.
Lelaki yang digelarkan sebagai putera Jeon itu mencebit. "Aish! Kim Taehyung! Aku belum rasa nak balik lagilah. Ni ha. Girlfriend aku semua sedang menunggu. Malam ni kita enjoy! Tae, janganlah formal sangat. Kau pilih mana kau nak. Aku belanja. Arasseo." Kata putera itu namun tangannya terus ditarik oleh Taehyung.
"Jangan macam ni Tuanku. Ini semua arahan permaisuri balu. Nenda tuanku. Baginda mahu tuanku pulang dengan segera. Esok akan ada perjumpaan dengan keluarga president Kim." Balas Taehyung sambil menarik tubuh Jungkook untuk berdiri tetapi gagal apabila tubuhnya itu ditolak kasar. Kalini, kesabaran Taehyung sudah mencapai tahap maksima.
"Mwo? Nenda? Aduh! Orang tua ni asyik nak kacau line saja. Tak kira. Kau Taehyung, kau kawan aku dan kau juga berkhidmat untuk aku. Aku kan bakal putera mahkota and on the way jadi raja. Kau kena patuh dan setia! Kau nak aku penggal kepala kau?" Marah putera itu. Gelas yang berisi arak itu di arahkan ke arah Taehyung seakan-akan ingin memukul lelaki itu.
Taehyung memejamkan matanya seketika sebelum gelas itu dia ambil dan diletakkan di atas sebuah meja bar. Lalu, kolar baju lelaki itu dia angkat sedikit. "Mian, tetapi selagi kau belum ketua mahkota, aku belum 100% hak milik kau. Aku masih lagi setia kepada permaisuri balu dan permaisuri." Taehyung terus menaikkan tangannya lalu menumbuk tepat ke arah wajah Jungkook dengan kuat sekali. "I'm sorry, Jeon Jungkook. Ini arahan tuanku permaisuri untuk guna kekerasan bagi bawa kau pulang ke istana." Dia melihat tubuh Jungkook yang longlai dan tidak sedarkan diri itu mencium lantai kotor kelab malam itu.
"Bawa putera Jungkook masuk kereta cepat. Palli!"
-
"Kim Raena!" Langkah gadis itu terhenti di anak tangga. Beg tangannya itu dia pegang dengan erat sekali sambil menggigit bawah bibirnya. "Kim Raena, appa nak tanya."
Raena mengeluh sambil berjalan lemah ke arah lelaki yang agak berusia atau yang dianggap sebagai 'appa' atau bapa. "Wae appa?"
Tuan Kim meletakkan surat khabar yang dibacanya itu di tempat duduk sebelahnya dan memandang wajah Raena dengan wajah yang ketat. "Raena pergi mana? Malam baru nak balik. Appa risau tau tak? Appa sudah cakap banyak kali yang Raena boleh keluar hanya dengan appa, bodyguard atau apabila appa ada majlis-majlis penting sahaja." Bebel Tuan Kim.
"Sampai bila appa nak kurung Raena? Dada Raena sesak tak dapat hirup udara segar sebab asyik tatap dinding rumah yang dah bagaikan penjara ni." Kata anaknya itu sinis. Ya, benar apa katanya. Dia sudah letih asyik terkurung di dalam rumah agamnya walaupun sudah lengkap dengan pelbagai kemudahan. Malahan, minta apa sahaja mesti dia akan dapat asalkan dia tidak pinta untuk keluar seperti anak-anak lain. Ah, dia hanya mahu menjadi anak yang bebas seperti manusia yang normal.
Tuan Kim bangun dan mengusap lembut rambut ikal mayang anaknya itu. Matanya yang tajam memandang dalam ke arah dua anak mata Raena. "Berapa kali appa nak terangkan? Appa ni president di Korea dan kamu perlu tahu yang tak semua orang dekat Korea ini suka appa sama ada secara berdepanan atau sulit. Jadi, appa cuma nak melindungi kamu sebagai anak kesayangan appa, Kim Raena." Kata-kata panjang itu telah membuatkan Raena tertawa sinis sambil menahan air matanya daripada terus mengalir.
"Tipu! Appa malu sebab Raena bukan anak Kim yang sebenar. Raena hanyalah anak omma daripada hasil dia dengan lelaki jalang tu. Appa cuma tetapkan juga nama saya sebagai Kim dan jadikan saya anak appa sebab appa nak balas dendam dekat omma kan? Appa seksa Raena." Gadis itu membalas dengan tangisan. Tuan Kim mengeluh sambil memeluk anaknya. Dia tahu dia kejam tetapi Raena masih lagi seakan-akan anaknya. Dia tahu, anak ini tidak berdosa cuma langkahnya mungkin kelihatan agak kasar.
"Appa betul-betul minta maaf tetapi betul, appa hanya risaukan keselamatan Raena," Ujar Tuan Kim lemah.
"Appa tak perlu risaukan Raena. Raena selamat. Raena keluar dengan Taehyung sahaja tadi dan dia dah hantar Raena dulu sebelum dia pergi semula. Kena jemput kawan katanya." Pelukan itu dia leraikan. Raena mengeluh berat. Dia malas untuk bergaduh lama-lama kerana Tuan Kim sudah lama menjaganya walaupun dia terseksa. Baginya, itu sudah cukup bersyukur. "Raena naik dulu. Raena penat jalan banyak sangat. Raena janji lepasni Raena tak keluar dah or kalau nak keluar dengan Taehyung, Raena bagitahu dahulu." Katanya sambil berjalan untuk naik ke biliknya tetapi langkahnya terhenti apabila tangannya ditarik oleh Tuan Kim. Matanya kini tertumpu ke arah ayahnya itu,
"Appa nak kamu putuskan persahabatan kamu dengan Taehyung. Dia tak setaraf. Appa tak suka."
tbc
how permulaan? kalini saya betul-betul cuba cabar diri saya keluar dari safe zone saya. The Dangerous Destiny dan Modern Prince ini merupakan karya saya yang tidak pernah saya cuba untuk bawakan. Saya harap koramg semua boleh terima dan sebarkan untuk bantu saya berkembang. thankyou.
YOU ARE READING
Modern Prince (JJK)
Fanfiction"WELCOME TO JEON JUNGKOOK'S KINGDOM Selalu orang hanya melihat kerabat diraja pada masa lampau namun kini, akan dibawakan pula latar belakang Seoul, korea yang sudah memaju dan juga cerita Kerabat yang sudah moden. Jeon Jungkook merupakan pewaris b...