"Harini, beta rasa nak naik dengan isteri beta. Jadi, kau Taehyung, naik dengan cik muda Jung. Teman dia ke sana. Okay?" Arah Jungkook. Taehyung hanya menunduk hormat tanda setuju.
Saera memandang tajam ke ara Taehyung dan Raena lalu menayangkan muka tidak puas hati. "Wait, what?! Tuanku! Mana adil macam ni. Tuanku dah janji dengan patik yang harini kita nak dating dua dekat majlis tu. Tak kira, patik nak naik juga dengan tuanku. Okay baby?" Pujuk Saera.
Jungkook mengeluh lalu meninggalkan Saera bersama Taehyung. Jungkook merangkul pinggang Raena untuk bersama-sama menaiki kereta khas buat mereka berdua. "Kadang-kadang semak, tapi nasib sayang. Saera, Saera." Bisik Jungkook sedikit.
"Baby, baby. Bernanahlah dengar suara perempuan murahan macam kau ni. Dah, jom cepat! Nanti lambat, apa pula kata orang dekat sana." Kata Taehyung sambil berjalan menuju ke arah kereta mereka.
Saera mencebit kasar. "Perempuan murahan? Hei, kau kena ingat yang suatu hari nanti kau juga yang kena tunduk dekat telapak kaki aku tau?!" Marah Saera sebelum dia mula membuka daun pintu kereta hitam itu namun ditahan oleh Taehyung kasar. Taehyung merentap tangan Saera dan menggengam tangan kecil itu sehingga merah. "Auch, kau dah gila ka?"
"Hampir gila untuk bagitahu apa yang berlaku semalam dekat Jungkook." Ujarnya sambil mengetap gigi kuat. Membulat mata Saera mendengar amaran daripada Taehyung. "Kalau kau tak mahu aku jadi gila dan ceritakan kisah gila kita semalam, baik kau behave, kang Saera."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suasana di dalam kereta itu sungguh sepi. Raena langsung tidak merenung Jungkook dan Jungkook pula sibuk melihat ke arah luar tingkap. Jungkook memandang Raena sekilas dan dia tersedar akan suasana janggal tersebut lalu dia berdehem untuk memulakan perbualan. " Ehem, kenapa diam sangat? Dah bisu?" ujar Jungkook.
Raena menjeling tajam. "Bukan bisu tuanku, cuma saya malas nak dengar harimau tu mengaum. Semak, macam zoo." Perli Raena. "Kenapa harini tuanku tak berkepit macam berlangkas dengan si 'baby' tu tadi? Bukan tak boleh tinggal sebab ibarat hilangnya tulang rusuk kiri gitu." Bidasnya lagi.
Jungkook tersenyum sinis sambil merapatkan tubuhnya dengan tubuh Raena sehingga si gadis kecil itu harus mengesot kebelakang. "Kau cemburu, Puteri Jeon Raena?" Katanya dengan nada berbisik namun ianya mampu menaikkan bulu roma Raena. "Walaupun dia kekasih aku, kau masih isteri aku yang sah. Jodoh aku, bakal permaisuri aku dan juga negara ni. Ingat tu Jeon Raena." Tekan Jungkook lagi sambil mengusap lembut pipi Raena lembut.
Dada Raena diusap lembut selepas terkena tamparan ayat manis milik Jungkook. Habis merona pipinya setiap kali Jungkook mula berbicara. "Sejak bila tuanku mengaku patik ni boleh pakai nama keluarga diraja Jeon? Bukankah tuanku sangat jijik dengan orang macam patik ni?" Tambah Raena cuba mengapi-apikan lagi Jungkook.
"Sejak kau dah bergelar isteri aku, aku dah terima kau sebagai Jeon's. Aku tak sekejam macam semua raja-raja yang kau nampak dalam drama televisyen itu Raena. Take note about that my sarang." Balasnya pula. Raena terdiam. Fuh, mungkin Jungkook kena rasuk hantu raja romantis malam tadi. Bukan main berbunga-bunga ayat Jungkook hari ini walaupun masih terasa kedinginannya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kereta diraja tiba di kawasan dewan agam yang sangat besar. Semua orang termasuklah pihak media suda lama menunggu ketibaan keluarga diraja Jeon. Pintu dibuka dan Jungkook mula keluar daripada perut kereta tetapi tangannya tiba-tiba disambar oleh Raena yang menunduk. "Tuanku masih bencikan saya?" Tanya Raena tiba-tiba. Jungkook tidak menunjukkan apa-apa riak dan terus melepaskan pegangan. Raena tersenyum ringan. "Awak sangat bencikan saya ya, Jungkook." Bisiknya sendiri sambil keluar daripada kereta itu dan berdiri disebelah Jungkook. Dia cuba tersenyum walaupun matanya menunjukkan tidak. Jungkook perasan akan perubahan itu lalu memegang erat tangan Raena sambil tersenyum manis.
"Aku akan sentiasa bencikan kau dan ini bukti aku untuk sentiasa menghantui dan menyeksa kau sampai kau sendiri tumpas, Jeon Raena." Jungkook berbisik dicuping telinga Raena lalu dia menarik wajah Raena untuk mendekatinya dan menghadiahkan satu kucupan dihadapan orang ramai.
TBC
YOU ARE READING
Modern Prince (JJK)
Fanfiction"WELCOME TO JEON JUNGKOOK'S KINGDOM Selalu orang hanya melihat kerabat diraja pada masa lampau namun kini, akan dibawakan pula latar belakang Seoul, korea yang sudah memaju dan juga cerita Kerabat yang sudah moden. Jeon Jungkook merupakan pewaris b...