11.

32 5 24
                                    

"Lepaskan sayalah!" Jerit Raena namun diabaikan oleh Jungkook. Jungkook terus menarik Raena keluar daripada kamar Saera.

Saera kini bangun dan tersenyum sinis ke arah Permaisuri Jeon. "Kalau Tuanku nak tahu, patik jadi gundik putera sebab dia sendiri yang nak dan sayangkan patik. Malah, hubungan kami berdua telah diperkenankan oleh permaisuri balu." Jelas Saera.

"Mwo? Bonda beta buat macam tu?" Terkejut permaisuri dan dia menekup mulutnya.

Saera mendekati Permaisuri Jeon dan dia terus berbisik di telinga permaisuri. "Jangan berani sentuh patik kalau tuanku sayang kerusi tuanku." Rotan yang berada dilantai dia ambil lalu diserahkan semula kepada permaisuri. "Tuanku mesti mahu dihantar ke pusat permakaman mendiang raja Jeon dan jadi isteri yang taat berdoa sehingga hujung hayat untuk suami tersayang." Sinis Saera. Kemudian, dia berlakon seakan-akan badannya sakit dan cepat dayang-dayang dibawahnya bawa dia ke kamar Jungkook untuk dirawat.

"Aku memang tak patut pandang rendah dengan kau, Jung Saera." Marah Permaisuri Jeon ShinHye.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jeon Jungkook! Lepaskanlah!" Jeit Raena. Jungkook membawanya ke kamar Raena dan pintu bilik itu dia kunci. "Apa awak nak buat ni?" Soal Raena. 

Jungkook hanya tersenyum sinis. "Bagi kau hukuman. Kau tak perlu nak menjerit minta tolong kejap lagi sebab aku dah arahkan untuk kosongkan blok ni." Dagu Raena dia capai supaya mendonggak melihatnya. "Sekarang, hanya ada kita berdua sayang." 

Raena hanya mengesot dan merangkak ke belakang apabila Jungkook bergerak mendekatinya selangkah demi selangkah. "Apa yang awak cuba nak buat ni?" Jungkook diam dan dia semakin mendekat sehinggalah Raena terlanggar pasu yang berada di belakang dinding itu. "Jangan datang dekat Jungkook atau saya jerit?" 

"Jeritlah aku nak tengok kuat mana suara kau." Cabar Jungkook membuatkan Raena jerit sepuas hati. Oleh itu, Jungkook terus mengcekik leher Raena sehingga jeritan Raena terhenti akibat nafasnya yang mula tersekat-tersekat. "Kau memang tak tahu malukan? Seronok kau nak sentuh kekasih aku dan lagi hebat bila kau keluar dengan Taehyung tanpa izin aku!" Tengking Jungkook lalu dia melepaskan genggamannya membuatkan Raena ke lantai. 

"Macam mana awak tahu?" Raena membulatkan matanya apabila sekeping demi sekeping gambar dia bersama Taehyung dilempar tempat ke mukanya oleh Jungkook. Matanya mula berair apabila dia melihat gambar tersebut. Sungguh rapat kedudukannya bersama Taehyung tetapi ini semua kerana Taehyung cuba untuk merawatnya. "Awak intip saya, Jungkook?" 

Jungkook menepuk tangannya sambil ketawa besar. "Kenapa? Kau takut?" Soalnya pula membuatkan Raena menggelengkan kepalanya laju. "Aku intip kau sebab kau puteri aku dan bakal permaisuri aku serta negara ni. Jangan kau pernah nak jatuhkan maruah aku dan negara ni dengan perangai jalang yang kau bawa daripada keturunan kau." Desis Jungkook dengan sinis. 

Raena mula menangis bila kata-kata Jungkook terlalu pedih buatnya. Sungguh dia kecewa setiap kali keluarganya direndah-rendahkan oleh Jungkook. Namun, dia cuba menunjukkan kekuatannnya dengan memberikan pandangan tajam. "Awak cemburukan, Jeon Jungkook? Awak cemburu saya dengan Taehyung hanya melihat gambar yang tak mampu bercakap ni? Awak dah salah faham sebab Taehyung hanya cuba nak rawat luka saya. Itu saja. Tiada apa-apa yang perlu dicemburukan." Jelas Raena. 

"Cemburu? Tch, memang! Aku cemburu sebab aku suami kau! Apa yang elok sangat Taehyung itu bagi kau? Even bonda suka dia lebih dari aku yang merupakan anak sendiri." Kali ini air mata Jungkook pula yang mengalir laju. Kemudian dia kesat air matanya itu dan tangan Raena yang luka itu dia ambil. "Dan kau perlu tahu, what is mine will always be mine and I don't like to share it with anyone tambah-tambah si Taehyung tu." Lalu serpihan kaca pasu itu ambil dan ditekankan pada luka Raena yang belum pulih. Habis terjerit-jerit gadis itu diseksa harini. Badannya habis berbirat akibat dipukul oleh Jungkook dan wajahnya pula merah akibat tidak henti-henti dilempangnya. "Ini, hukuman kau untuk sakitkan Saera dan sekarang sebab kau curang." Jungkook terus membenamkan bibirnya ke dalam bibir Raena dan semuanya menjadi suatu tragedi yang Raena benci dan tidak inginkan sekali. 

==============================================================================

Setiap hari Raena terpaksa bersama Jungkook dan juga Saera ntetapi layanan yang dia dapat tersangatlah tidak adil. "Sedap tak lauk yang saya masak harini?" Tanya Raena apabila daging goreng pedas itu Jungkook suap ke dalam mulut. Selepas beberapa kunyahan Jungkook terus meludahkan semula daging yang ditelannya itu. "Kenapa Jungkook? Tidak sedapkah lauk harini?" 

"Kau masak? Siapa suruh kau masak untuk aku?" Tanya Jungkook pula membuatkan Raena terdiam. Jari terlunjuknya hanya menunjukkan ke arah Saera yang sedang meletakkan lauk ke dalam piring Jungkook. "Tch, kau dah pandai menipukan sekarang?"

Raena membesarkan anak matanya lalu dia memegang bahu Saera dan digoncangnya tubuh Saera itu. "Awak cakap Jungkook dapat dipujuk kalau saya masak untuk dia kan? Awak yang ajar saya masak kan?" 

"Ampun tuanku! Patik kecewakan Tuanku tapi puteri suruh patik ajar dia kalau tak dia nak lecurkan muka patik dengan minyak panas. Patik takut sangat. Hiks, hiks." Kata Saera yang kini sudah menangis. 

Raena terkesima. Sudah seminggu mereka bersama dan ya, Saera yang akan dapat kelebihan. Hanya Saera yang dapat makan di sebelah Jungkook dan hanya Saera yang dapat keluar berdua bersama Jungkook. Raena hanya mengikuti Jungkook bila ada majlis rasmi keluarga diraja sahaja. Malah, Raena hanya tidur sendiri di dalam biliknya padahal Jungkook sedang ditemani Saera. Sekarang ni, dia yang rasa dirinya bukanlah permaisuri tetapi seperti gundik yang disandang Saera. "Kau penipu!" Kata Raena berani dan mula ingin menampar Saera tetapi tangannya ditahan. "Aku dah tak tahanlah dengan perangai munafik kau!"

"Baik kau diam Raena!" Air jus oren yang masih  penuh di dalam jug itu Jungkook simbah tepat pada muka Raena. Tak dilupakan juka dengan daging pedas yang digoreng oleh Raeja. Dia baling makanan itu mengenai wajah Raena. Habis panas dan pedih wajah Raena sekarang. "Sayang, jom kita makan luar. Makanan istana harini macam makanan kucing jalanan. Hilang selera." Tangan Saera dia papah keluar daripada ruangan santapan.

Raena menangis sambil membuang sisa-sisa makanan yang ada pada wajahnya. Taehyung yang lalu disitu terus mendapatkan Raena. "Wei! Melampaulah mereka tu!" Taehyung cepat-cepat mencapai tisu dan mengelap wajah Raena. Gadis itu hanya menangis dan dengan itu Taehyung mengambil kesempatan untuk memeluknya agar dapat menenangkan Raena. "Perintahkan Jung Hoseok untuk datang menghadap aku petang nanti. Oh ya, jangan bagitahu adik dia. Cakap hal ini sulit." Arah Taehyung kepada pembantunya.

"Kau sabar Saera, aku akan hancurkan kau perlahan-lahan. Kau bermain dengan orang yang salah." Bisik Taehyung.

TBC

So well, tiba-tiba asyik mencurah-curah ja idea untuk modern prince. But dont worry, harini akan ada double update dan juga update untuk the dangerous destiny. Tapi, macam biasa. Lambat sikit hehe. Enjoy!❤

Modern Prince  (JJK)Where stories live. Discover now