"Appa nak kamu putuskan persahabatan kamu dengan Taehyung. Dia tak setaraf. Appa tak suka dia." Kata-kata ayahnya itu masih lagi bermain difikirannya.
Dia menyandarkan dirinya di pintu sambil memeluk lututnya. "Kejamnya. Mana boleh dia buat aku macam tu. Taehyung satu-satunya kawan aku. Taehyung saja yang faham aku." Katanya bersendirian sambil memegang rantai yang dipakainya di leher.
~FLASHBACK~
2 weeks ago
"Taehyung ah, kita buat apa kat sini harini? Dah malam kot nanti appa aku marah." Tanya Raena. Taehyung yang tersengih itu ditatapnya lama tanpa berkedip matanya.
Taehyung ketawa besar sehingga menghentikan lamunan Raena. "Aku tahulah aku handsome sangat tapi janganlah pandang aku lama-lama macam tu. Macam nak makan aku ja. Aku takut nanti lama-lama ni kau jatuh cinta dengan aku. " Rambut Raena dia kusutkan dengan kasar sambil menyambungkan katanya, "tak mahulah aku nak budak tak normal macam kau ni jadi girlfriend aku. Taste aku tinggi tau! Macam Sunmi, tu aku nak la. Tak tolak hahah!"
Raena mencebik. "Merajuklah! Aku nak balik sekaranglah, naik teksi! Biar appa aku marah kau!" Ugut Raena sambil memuncungkan mulutnya.
"Alolo, muncung-muncung ni, nak manja dengan aku ka? Alah, aku mengaku yang kau comel. Nah!" Pipi gebu Raena dia kucup laju. Membulat mata gadis itu dengan tindakan Taehyung. Dia terus mencubit kuat lengan berisi Taehyung. "AUCH! Sakitlah!"
"Apa kau ni! main-mainlah dengan aku!"Marah Raena. Taehyung ketawa besar.
Taehyung menunjuk ke atas langit dan mereka berdua bersama-sama memandang ke atas. Wah, rupanya ada banyak bintang harini! "Aku nak bawa kau tengok permandangan ni. Aku tahu dah 3 bulan kau tak keluar rumah kan? And, aku ada hadiah untuk kau." Taehyung terus mengeluarkan seutas rantai berlian bercorak hati yang sangat anggun dan dilayangkan di hadapan wajah Raena.
"Happy Birthday silly kid, Kim Raena." Lalu, Taehyung dengan lembut mendekatkan tubuh Raena dengan tubuhnya sehinggakan Raena dapat menghidu bau minyak wangi yang dipakai oleh Taehyung. Dia pakaikan rantai itu di leher Raena. "Jangan tanggalkan. Ni tanda kau akan jadi Kim buat kali kedua nanti. Arasseo?"
Raena mengerutkan dahinya. Dia cukup tidak faham dengan ayat itu. Jadi Kim buat kali kedua? Ish, sekali pun dah menyeksakan. Apa maksud alien ni. "shh, jangan pertikaikan. Just, promise me that you will the Kim's for the second and the last time." Kata Taehyung lembut dan dia terus memeluk tubuh Raena erat.
"A bit blur but I will. Aku tahu, kau akan buat yang terbaik untuk aku. Gomawo, Taehyung-ah." Ucap Raena dan dia membalas pelukan itu.
END FLASHBACK.
-
Istana utama Seoul.
Semua orang di hadapan pintu kamar utama itu kelihatan gusar. Sudah berapa kali mereka memanggil nama sang putera tetapi tidak berbalas. Mereka mendapat arahan daripada permaisuri bahawa putera Jungkook perlu mencemar duli pada 2 petang untuk bersantap bersamanya dan tetamu khas. Katanya, ada perbincangan yang penting untuk kepentingan negara dan juga diri Jungkook. Namun, Jungkook masih lagi tidak bangun dan nyenyak tidur akibat di bawah pengaruh alkohol yang diminumnya semalam.
Seorang demi seorang keluar daripada kamar Jungkook dengan wajah yang hampa. Tiada seorang pun mampu mengejutkan lelaki itu. Kini, jam sidah menunjukkan pukul 1.30. Jungkook hanya ada 30 minit untuk bersiap dan masa itu tersangatlah cepat berlalu. Tiba-tiba seorang wanita yang anggun memakai hanbok berwarna merah hati berjalan dan berhenti di hadapan kamar Jungkook. Semua dayang-dayang berpangkat bawahan dan sederhana menunduk hormat ke arah gadis muda itu. "Cik Jung, kami dah cuba kejutkan tuanku tetapi tuanku tetap nak teruskan beradu. Tuanku siap ugut kita orang untuk pancung kalau kami berterusan kacau dia beradu." Kata seorang dayang.
Cik Jung yang digelarkan oleh mereka itu tersenyum manis. "Baiklah, kamu semua pergi siapkan barangan Tuanku dan tempat santapan tuanku dan permaisuri bersama tetamu khas. Biar saya yang uruskan Tuanku." Katanya lembut lalu dia memasuki bilik Jungkook. Pintu dikunci sebelum dia berjalan mendekati tubuh Jungkook yang masih lagi baring di atas sebuah katil yang agak antik corak ukirannya. "Tuan Putera, kini tiba masanya untuk tuanku bangun. Permaisuri sedang menunggu." Kata gadis itu perlahan sambil menatap seluruh sudut milik Jungkook sambil tersenyum. Oh ya, siapa sahaja yang tidak cair dengan ketampanan putera mahkota Korea, Jungkook.
jungkook mendecit sambil menggaru kepalanya kasar tanda dia ternganggu sambil mengeluarkan suara serak paginya itu, "kya! Kau tak faham?! Aku cakap aku nak tido la! Nak aku penggal kepala kau? tch dasar--" belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, bibir lembapnya itu telah disatukan oleh Cik Jung. Terus mata Jungkook tercelik dengan luas.
"Jeon Jungkook! Sampai hati tuanku kata patik macam tu. Kecik hati patik! Mahu merajuklah dengan Tuanku pagi-pagi ni." Kata Cik Jung dengan nada merajuk. Jungkook terus bingkas bangun dari baringannya lalu memeluk dengan erat Cik Jung.
"Jung Saera, aku minta maaf. Aku tak tahu itu kau. Hey, janganlah sedih-sedih. Aku tak benarkan." Jawab Jungkook yang cuba memujuk.
"Siapa Tuanku nak arahkan patik? Kecil hati saya tuanku layan saya macam dayang yang lain. Kata dulu tuanku sayangkan patik sorang.Ini apa ni." Balas Jung Saera lagi sambil tangannya memeluk tubuh dan mulutnya memuncung.
Jungkook ketawa sambil mengeratkan lagi pelukan mereka. Mulut muncung Saera itu dia tarik sedikit kerana ingin mengusik. "Aku kan raja Korea nanti. So, aku titahkan kau untuk tidak bersedih sebab kau seorang sahaja cinta aku. Sumpah, kau sahaja dalam hati raja yang kacak ini." Kata Jungkook dengan riak.
"Belum jadi raja kalau awak masih nak berfoya-foya dan tak mencari permaisuri tuanku. Tuanku jangan nak berangan lebih." Tambah Raena menyebabkan dagunya ditarik lembut oleh Jungkook sehingga hidung mereka bersentuhan.
"Then, kau ajarlah aku untuk behave dan jadilah
permaisuri aku dan rakyat aku, Jung Saera or Queen Jeon Saera."
TBC
how setakat ni? bosan tak? okay dah jom nak tukar mood untuk the dangerous destiny pula. ketandusan idea dah ni,
YOU ARE READING
Modern Prince (JJK)
Fanfiction"WELCOME TO JEON JUNGKOOK'S KINGDOM Selalu orang hanya melihat kerabat diraja pada masa lampau namun kini, akan dibawakan pula latar belakang Seoul, korea yang sudah memaju dan juga cerita Kerabat yang sudah moden. Jeon Jungkook merupakan pewaris b...