Jungkook meletakkan Raena di kerusi luar restoran. Gadis itu tidak henti-henti menangis membuatkan Jungkook meraup wajahnya kasar. "Kau boleh senyap tak?" Namun itu hanyalah membuatkan tangisan si gadis semakin kuat dan dihentak-hentakkan juga kakinya.
"Hati saya sakit, Jungkook. Saya tak sangka betul-betul saya ni anak omma dengan kekasih gelap dia tu. Murahnya saya Jungkook." Tangis si Raena membuatkan Jungkook meletakkan jari terlujuknnya di bibir Raena. Raena terus terdiam melihat langkah Jungkook yang agak aneh baginya.
Jungkook dengan tidak semenanya terus memeluk Raena dengan erat. "Shh. Jangan cakap macam tu. Aku tak suka." Belakang badan Raena pula dia gosok untuk memujuk si gadis. "Raena look at me now." Wajah Raena dia tarik agar menghadapnya. Dapat dia lihat mata Raena mulai lebam dan sembap. "Aku tak akan bagi dia sentuh kau lagi even your true father sebab dia tak layak pun dianggap sebagai bapa kalau perangai dia macam binatang."
Raena mengesat hingusnya menggunakan hujung lengan bajunya dan jari kelingking Jungkook dia ambil. "Janji?" Jungkook kini dipeluk oleh Raena selepas dia menganggukkan kepalanya dan sempat dia melihat senyuman riang Raena seakan senang dengan janjinya itu.
"Raena, date me." Kata Jungkook membuatkan jantungnya dan Raena berdetak pada satu ritma yang sama. Tubuh mereka juga kaku seakan-akan masa juga sudah terhenti.
'Maybe I love her but she made to be break.' Desis hati Jungkook.
==============================================================================
"Kita nak pergi mana ni awak?" Tanya Raena sambil melihat Jungkook yang sedang memandu di sebelahnya. Ya, jangan terkejut sebab memang betul yang Jungkook sendiri ingin memandu kereta itu malam ini.
Jungkook sekilas menoleh melihat wajah polos Raena. "Datinglah, dear." Sebelah tangannya terus menggenggam erat tangan milik Raena. "Orang cakap kalau stress kita kena makan aiskrim. My late dad used to do it."
"Jadi, kita nak pergi makan aiskrim eh Jungkook?" Soal Raena sekali lagi membuatkan Jungkook mengangguk laju.
"But, kita main dulu puas-puas baru aku bagi kau aiskrim. Deal?" Kata Jungkook yang terus menekan pedal minyak keretanya supaya kereta itu bergerak dengan lebih laju. Habis semua lampu isyarat dilanggarnya. Biasalah, putera raja mana nak kena saman.
Selepas beberapa minit, mereka pun sampai di sebuah taman tema yang penuh jugalah dengan pengunjung. Malam minggukan. Jungkook memakirkan keretanya dengan laju dan terus menekan brek dengan mengejut membuatkan Raena terhumban sedikit ke hadapan dan mengenai dashboard kereta. Haish, nasib baiklah dia memakai tali pinggang keledar, kalau tak tercampak keluar terus.
"Auch!" Raena mengaduh kesakitan sambil menggosok dahinya yang terhantuk itu.
Jungkook terus panik dan melihat ke arah Raena. Kepala Raena dia pegang dengan menekup kedua-dua belah pipi gebu Raena. "Ah, mian. Sakit dekat mana? Meh, aku tolong tengokkan." Raena terkedu dan tidak menjawab. Jungkook kemudian mengeluh dan mengalihkan tangan Raena yang menggosok dahi pada awalnya itu dan meniup perlahan di bahagian dahi yang terhantuk itu tadi. "Lepas tiup ni mesti terus lega." Katanya sambil terus meniup.
"Tuanku." Tegur Raena yang mulai tidak selesa dengan tingkah laku Jungkook. Jungkook terus berdehem dan kembali duduk tegak di kerusi memandunya. "Jom! Siapa sampai dulu dekat depan funfair, dia menang." Kata Raena yang telah mula lari keluar daripada perut kereta.
Dan pertama kalinya Jungkook ketawa ikhlas untuk seorang perempuan selain Saera. Jungkook mematikan enjin keretanya dan mula berlari mengejar Raena. "Hey, princess! Wait for you prince."
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kawasan di taman tema itu sesak kerana ramai rakyat yang mengikuti Jungkook dan Raena. Maklumlah, pasangan diraja kot. Mestilah ramai yang suka dan ingin mleihat mereka bersama di luar istana. Jungkook tidak pernah melepaskan pegangan tangan Raena dan Raena pula tidak henti-henti membawa Jungkook ke semua permainan yang dia inginkan contohnya, kereta kuda berpusinglah, rumah hantulah dan roller coaster.
"Jeon Jungkook." Raena menarik-narik lengan baju Jungkook. Jungkook melihat ke arah Raena. "Kita naik roller coaster boleh?"
Jungkook menunjukkan riak wajah yang takut dan cuak. Cukup dia tidak suka dengan permainan itu. Yalah, setiap kali dia main mesti dia muntah. "Alah, tadi kata nak makan aiskrim lepas pergi rumah hantu,
"Roller coaster barulah aiskrim. Kalau tak nanti tak nanti kita tak rasa segar bila nak balik. Masih terbayang-bayang ada hantu gatal yang peluk saya. " Jelas Raena namun Jungkook masih lagi tidak bersetuju. Raena menghentakkan kakinya membuatkan orang ramai menumpukan perhatian ke arah mereka. Tch, manja betul. "Tuanku, takkanlah tuanku takut nak naik roller coaster? Kalau macam tu, macam mana nak renangi lautan api untuk selamatkan saya."
Ternganga mulut Jungkook melihat Raena yang bercakap dengan kuat dan nada yang seperti sedang membuat 'agyeo'. "Apa kau ni? Tak malu kah? Memang taklah aku nak selamatkan kau. Baik aku selamat diri aku dululah." Balas Jungkook membuatkan Raena membutangkan matanya dan membuat nada seakan-akan ingin menangis. Habis orang sekeliling berbisik negatif tentang Jungkook.
"Ish, takkanlah bakal raja kita penakut? Bukan lelakilah ni."
"Pondan rupanya."
"Kejam rupanya putera kita. Kesian puteri comel."Jungkook memejamkan matanya sekilas sebelum mencubit pipi gebu Raena dan tersenyum. "Baiklah sayang intan payung beta ni. Kita naik roller coaster, tetapi janji jangan jerit kuat sangat. Malu beta."
Kemudian, mereka pun terus menaiki permainan roller coaster. Yang seronoknya, Raena tenang sahaja siap boleh berselfie lagi. Maklumlah, dia dah selalu menaiki permainan ini setiap kali keluar bersama Taehyung. Manakala Jungkook, dah macam mayat hidup. Terjerit-jerit dan mula pening. Selesai sahaja naim permainan tersebut, Jungkook terus ke tandas awam untuk melepaskan isi perutnya dan manakala Raena menunggunya di bangku berdekatan sambil memakan aiskrim.
"Lamanya mamat poyo ni. Tak sangka, benda macam tu pun dia takut. Macam pondan ja." Bebel Raena sendiri. Kemudian bahunya ditepuk oleh Jungkook membuatkan dia tersenyum sumbing. "Alamak! Pondan ni dah dengar."
"Sekali lagi kau panggil pondan aku humban kau dengan hantu-hantu tadi." Terus sahaja Raena membeku dan menikmati aiskrimnya sendiri. Jungkook melihat Raena yang persis kanak-kanak yang comel itu. "Sedap? Perisa apa?" Soal Jungkook.
Raena menganggukkan kepalanya sambil membalas, "sedap. perisa chocolate mint. Awak nak rasa?" Raena pun menyuakan sebatang kon aiskrim miliknya namun tidak disambut oleh Jungkook. Malahan, Jungkook mencium lama bibir Raena yang tercalit aiskrim itu.
"Sedap. Dingin dan manis. Macam kau." Kata Jungkook sambil tersenyum melihat Raena.
TBC
haaaaaa here an update for Raena and Jungkook scene only.
YOU ARE READING
Modern Prince (JJK)
Fanfiction"WELCOME TO JEON JUNGKOOK'S KINGDOM Selalu orang hanya melihat kerabat diraja pada masa lampau namun kini, akan dibawakan pula latar belakang Seoul, korea yang sudah memaju dan juga cerita Kerabat yang sudah moden. Jeon Jungkook merupakan pewaris b...