5.

40 5 18
                                    

"Mwo? Kahwin? Appa itge bwoya? (apa semua ni?)" Soal Raena yang sudah berdiri namun sebelah tangannya dipegang oleh Taehyung yang cuba menenangkannya. "Appa cakap nak bagi kebebasan untuk Raena." Kata gadis itu 

Tuan Kim mengeluh dan menjawab, "appa bebaskan kamu daripada genggaman appa. Apa serahkan kamu kepada permaisuri Jeon supaya hidup lebih senang dan tolong faham ini semua penting." 

"Penting? Penting untuk appa bukan untuk Raena. Plus, siapa yang nak kahwin kalau putera sendiri perangai macam hantu?" Lantang Raena berbicara tanpa gentar. 

Tuan Kim memegang tangan anaknya itu lembut sambil berkata, "nae, penting untuk appa dan juga negara kita. Satu negara ni malahan satu dunia mengharapkan kamu menjadi permaisuri yang seterusnya bersama putera Jungkook. Please, kalini sahaja dengar cakap appa. Anggap ini hajat daripada omma." Pinta Tuan Kim dengan lembut. 

Raena merentap kuat tangannya sambil meninggikan oktaf suaranya, "appa selfish! Pergi mampus dengan takhta ni semua! Raena benci dan jijik bila appa kurung Raena lagi dan gunakan nama omma sebagai alasan!" Marah Raena lalu dia berlalu pergi.

Permaisuri hanya mengeluh perlahan manakala Permaisuri balu Jeon menepuk perlahan bahu Tuan Kim. "Tak mengapa Tuan Kim. Mungkin Cik muda masih terkejut. Biasalah, masih remaja, darah manis dan panas orang cakap kan? Taehyung, tolong tengokkan Raena. Dia akan mula tinggal disini harini sebelum perkahwinan dia dengan putera Jeon minggu hadapan. Bawakan dayang Jung Saera sebagai dayang peribadi Raena." Ujar Permaisuri balu dengan lembut. Taehyung yang cuba menahan amarahnya itu hanya akur. Dia terus berlari mendapatkan Raena.

"Jungkook tak setuju dengan semua ni. Kau orang siapa nak aturkan hidup Jungkook?" Betak Jungkook sambil berdiri. Langkahnya mula dibawa ingin keluar daripada dewan santapan namun terhenti apabila ditegur oleh permaisuri.

"Do it or you will not be the King, Jeon Jungkook." Tegas si bonda cuba memaksa anaknya untuk patuh sahaja arahan mereka. Jungkook hanya tersenyum sinis. Ah, ini semua hanya ugutan semata-mata. Hanya dia sahaja pewaris yang tinggal mestilah merwka tidak berani menolak dirinya itu. "Kami benar-benar ingin kamu berkahwin dengan Raena atau jawatan itu akan kami berikan kepada putera Kim. Ingat, dia masih ada darah Jeon yang mengalir dalam diri dia. Pilih, Kamu atau Taehyung yang akan menduduki negara ini?" Tambah permaisuri.

Jungkook tergamam. Sungguh dia tidak suka apabila dibandingkan atau digandingkan oleh Taehyung. Ya, memang anggap Taehyung sebagai keluarga namun, adik pun boleh makan abang apatah lagi hubungannya dengan Taehyung. Dia tetap the Jeon. "Fine! But beta ada calon yang lain nenda, bonda. Tolong faham perasaan beta."

"Jung Saera kan? Kahwin dengan Raena kalau tidak mahu Saera mati sebagai hamba yang hina." Kini Permaisuri balu pula yang mengugut Jungkook. Jungkook mengetap giginya dengan amarah. Dia terus memalingkan wajahnya ke arah tiga orang tua itu dengan mata penuh perasaan marah dam keji. "Jungkook akan kahwin dengan Raena tapi ingat, she will be the queen of Korea but not my queen. Never." Jungkook terus berlari keluar daripada dewan santapan itu.

Permaisuri balu bersama menantunya dan Tuan Kim tersenyum girang melihat rancangan mereka berjalan lancar. "Nampaknya, Korea akan kukuh milik kita, Tuan kim."

-

"KIM RAENA! WAIT!" Laung Taehyung sambil mengejar kelibat Raena yang masih berlari. Dia cuba memperlajukan langkahnya lalu lengan Raena dia raih. "Kim Raena, are you okay?"

Raena menunduk sambil menangis teresak-esak. Hatinya begitu sakit apabila sekali lagi dibuang dan dimainkan begitu oleh ayahnya sendiri.  Dagu Raena diangkat lembut oleh Taehyung. Taehyung tersenyum sambil mengelap titisan air mata yang mengalir membasahi pipi Raena, "shh, don't cry Raena. Aku ada dekat sini dengan kau."

"Taehyung, aku tak nak kahwin dengan dia." Ujar Raena sambil menangis. Perlahan Taehyung berasa simpati lalu diberikan pelukan hangat buat gadis itu. "Appa, dia nak penjarakan aku dekat istana ni dengan buaya tu pula. Bagaikan keluar dari mulut singa masuk mulut buaya, Tae." Sambung Raena lagi.

Taehyung mengusap lembut belakang badan Raena. "Maaf sebab tak dapat lindungi kau tadi, tapi aku janji akan lindungi kau daripada Jungkook mulai sekarang dan selamanya." Ucap Taehyung di cuping telinga Raena. Raena berasa tenang.

Raena memeluk Taehyung erat sambil berkata, "kahwin dengan aku, Kim Taehyung." Taehyung terkedu. Tubuhnya statik dengan permintaan Raena yang drastik itu.  Dalam masa yang sama ada susuk tubuh lelaki yang memerhati mereka dengan senyuman sinis terukir dimukanya.

-

"Cis, belum kahwin dah peluk laki tu. Kalau kahwin, jadi scandal belakang aku agaknya. Dasar perempuan murah. Macam tu nak jadi permaisuri. Tak boleh jadi, kena ajar ni." Kata Jungkook yang dari tadi memerhatikan mereka berdua. Kakinya laju ingin mendapatkan Raena daripada terus memeluk Taehyung namun langkahnya terhalang.

"Eh, Tuanku." Tegur gadis itu. Gadis ity menunduk hormat sambil tersenyum manis. "Patik datang nak dapatkan tetamu tuanku tu. Patik dengar dia tidur disini." Ujar gadis itu dengan naif sekali. Jungkook menatap gadis itu lama. Alangkah kecewanya gadis itu jika dia tahu Jungkook akan kahwin nanti? Bukan dengan dia pula tu. Jungkook terus mengalirkan air mata lalu memeluk gadis itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. "Tuanku, kenapa ni? Takkan rindu?" Tawa gadis kecil itu.

Namun tawa itu mati setelah Jungkook memperketatkan pelukan mereka. Jungkook terus menangis sambil berbisik. "I'm so sorry Jung Saera. Please, help me."

Secara tiba-tiba hujan dengan renyainya turun membasahi kawasan istana Seoul. Kini, Jungkook sedang memeluk Saera dan posisinya sedang menghadap tubuh Raena yang sedang dipeluk oleh Taehyung. Tragis bukan? Si bakal permaisuri dipeluk lelaki lain dan si bakal raja dipeluk perempuan lain. (Faham tak posisi tu?) Sekali-sekala, mata Jungkook dan Raena bertembung.

'I won't forgive you, my queen Kim Raena.' Desis hati Jungkook.

TBC

Modern Prince  (JJK)Where stories live. Discover now