10.

33 6 55
                                    

Happy 100 views💜

Warning!

Kaki Raena longali tatkala melihat pasangan itu yang berada di dalam selimut bersama. Mulutnya ditekup ketat agar tangisannya tidak didengari. Matanya juga ditutup rapat. "Sampai hati awak, Jungkook."

Kemudian dia dengar derapan kaki yang melangkah mendekatinya. Pelukan hangat terasa membuatkan matanya terbuka. "Sebab sampailah aku buat. Ni hadiah perkahwinan aku untuk kau. How is it? You must love it." Bisik lelaki itu. Dia, Jeon Jungkook.

"Jangan sentuh saya dengan tangan jijik awak itu." Tegas Raena. Dia leraikan pelukan lalu dia bangun. Wajah Jungkook dia pandang dengan tajam. "Jangan ingat awak akan bahagia." Kata Raena sambil dia keluar dari kamar itu.

Jungkook hanya tersenyum sinis. Dia kembali baring dan ditemani oleh kekasihnya atau lebih tepat, gundiknya.  Jung Saera. Rambut gadis itu dia main lembut sambil berbisik, "ini hanya permulaan. Aku boleh buat lebih lagi dari ini. Yang penting, kalau aku tak bahagia, aku akan buat kau merana."

.............................................................

Raena balik kembali ke kamarnya. Dia masuk dengan langkah yang longlai. Dia bersandar di pintu lalu menangis tanpa henti. Habis cerek kaca antik yang dia isikan dengan teh bunga itu dipecahkan sehingga berkecai. Serpihan kaca yang terkan tangannya itu dia biarkan tanpa ad ekspresi sakit. "Aku ni isteri atau perempuan simpanan dia?" Desis Raena sendirian. 

"Tempat ni bukan penjara tetapi neraka dunia, Jeon Raena. Aku dah warning kau semalam." Kata seseorang yang sedang berdiri di hadapannya. 

"Taehyung? Macam mana kau dekat sini?" Soal Raena.

Taehyung memandang tepat ke arah Raena lalu dia bawa tubuh Raena ke dalam dakapannya. "Aku nampak apa kau nampak. Mesti sakitkan?" Raena tidak menjawab sebaliknya tangisannya semakin kuat. Habis basah dada bidang Taehyung. Taehyung mengusap belakang Raena lembut. "Nangislah sampai kau puas. Aku teman kau dan lepasni biar aku yang pergi tumbuk arnab jantan tu dengan scandal dia tu." 

Raena mengesat hingusnya lalu ketawa dengan amarah Taehyung. "Tak payahlah kau nak lawan arnab yang gila kuasa tu. Apa kata kau bawa aku keluar."

Taehyung mengerutkan dahinya. "Keluar pergi mana malam-malam macam ni?"

"Rempit jom?" Seloroh Raena membuatkan mulut petak Taehyung ternganga.

================================================================================

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

================================================================================

"Yeay! Wuhuuuu!" Jerit Raena sambil tangannya melingkari pinggang Taehyung yang sedang membawa motorsikalnya itu. Yang tak boleh nak tahan, dua orang ni sedang menempah maut sebab tak memakai topi keledar. Doakan yang baik-baik sahajalah. 

Taehyung memberhentikan motorsikalnya di sungai Han yang kini sunyi ekoran semua manusia sudah diulik mimpi. "Ah, tenangnya rasa. Dah lama kan kita tak dating?" 

Raena ketawa. "Datinglah sangat. Sejak bila kita jadi pasangan kekasih? Aku ni suami oranglah cik abang oi." Taehyung berdecit. Jaketnya dibuang lalu diletakkan di bahu Raena yang terdedah. "Taetae, kau ada duit tak?" 

"Kau nak ramen la ni kan?" Tanya Taehyung dengan nada yang seakan-akan sudah masak dengan soalan Raena itu. "Kau tunggu sini aku pergi cari kedai 24 jam. Jangan lari mana-mana takut aku rindu kau." Kata Taehyung sebeleum dia pergi. Sempat juga dia mengusap lembut rambut Raena sambil tersenyum. 

Raena melihat kelibat Taehyung mula menghilang dan dia mengeluh berat. Sungai Han yang berada tepat di hadapannya itu dia tenung dengan lama. "Omma, tunggu Raena." 

===========================================================================

Taehyung tiba selepas 10 minit berada di kedai serbaneka. Dia tersenyum sambil membawa dua mangkuk ramen namun langkahnya mati ketika melihat tubuh Raena yang sudah tiada. Ah, sudah! Pergi mana pula makcik ni! "Jeon Raena!" Laung Taehyung dan dia letak mangkuk ramen itu di banku berdekatan. Taehyung meluaskan pandangannya sampailah dia terlihat Raena yang sedang berada di dalam air sungai yang agak dalam itu. Terus lelaki itu berlari dan mendapatkan Raena. "Kau dah gila?"

Raena mengerukan dahinga sehingga kedua belah keningnya bercantum. "Kau kenapa? Kau yang gila ni, Taetae." Kemudian letusan tawa Raena membuatkan Taehyung keliru. "Aku nak cuci kaki dengan tangan aku yang berdarah tadi ni. Kau gelabah asal?"

"Aku ingat kau--" Taehyung terkedu bila kata-katanya dipotong laju oleh Raena.

"Bunuh diri? Tch, hidup aku ni menyedihkan sangatkah sampai aku nak hancurkan hidup aku sendiri? Aku rasa cara tu tak membebaskan diri." Kata Raena sambil menggosok tangannya yang luka. Matanya agak berkaca kerana dia tahu memang hidupnya terlalu sedih sampai dia tidak sanggup lagi tetapi demi Tuan Kim, dia sanggup bertahan.

Taehyung mengeluh lalu dia memeluk Raena erat. "Sorry, aku tak bermaksud nak buat kau sedih. Dah, jom aku ubatkan tangan kau. Nanti masuk kuman, arnab tu tak suka kau pula. Meroyan kau jadi janda muda." Taehyung lantas cuit hidung Raena sambil menarik gadis itu keluar daripada air.

"Kalau aku janda, kaulah yang datang meminang aku lepastu. Kau mesti nak kan? Miang." Gurau Raena sambil dia bermain-main dengan rambut Taehyung.  Taehyung terus mengambil tangan Raena dan dia letakkan dengan bandage yang dia dah beli di kedai tadi. Sempat juga dia cium tangan Raena yang luka. Katanya, cepat sembuh nanti. Tch, macam budak-budak. Kemudian, mereka makan bersama-sama. Sebab tangan Raena sakit, Taehyung yang suapkan dia.

'Klik. Klik. Klik.'

Dalam diam, ada yang sedang memerhati.

================================

Jung Saera kini sedang menikmati kamar rasmi yang Jungkook telah hadiahkan kepadanya. Pakaian juga semuanya mahal-mahal. Harini, Saera pakai dress pendek warna maroon. Rambutnya diikat sanggul. Ala-ala Cheon Seojin dalam drama Penthouse pula dia kalini. Dia tersenyum sinis tatkala melihat refleksi dirinya di dalam cermin. "Bodohnya kau Raena. Kau tu salah satu umpan Jungkook sahaja. Dia gunakan kau untuk rasmikan hubungan kami berdua. Sekarang, aku yang dapat Jungkook sepenuhnya daripada kau. Kau, hanya isteri atas kertas ja. Silap hari bulan, aku yang ganti kau. Tch, Raena, Raena. Kau memang hadiah terindah untuk aku. Terima kasih sebab redakan aku dengan Jungkook. Mesti kau terkejutkan semalam?" Cakapnya sendiri bagaikan orang gila.

Tiba-tiba pintu bilik rasminya dibuka dan terlihat Permaisuri Jeon dan Raena masuk bersama dayang-dayang yang lain. Lantas dia rehatkan wajahnya dengan wajah yang polos dan menunduk hormat kepada mereka berdua. Palsu semua itu. "Omo, Tuanku Permaisuri Jeon dan Puteri Jeon. Maaf saya belum sempat mencemar duli secara rasmi kepada tuanku berdua."

"Tak payah kau nak berlakon baik dengan beta, perempuan murahan." Marah permaisuri lalu ditampar kuat pipi Saera. Dapat kelihatan jelas pipinya yang kini sudah memerah. "Kau memang tak tahu malu kan? Kau tidur dengan anak aku pada malam pertama dia bersama isteri. Memang patut dihukum." Rotan diambil lalu dia libaskan berkali-kali pada tubuh Saera.

Saera tidak menangis tetapi dia tersenyum. Biarlah dia sakit seketika asalkan bahagia dengan Jungkook selamanya. Dia mendongak sedikit melihat Raena yang tidak memaparkan sebarang reaksi. Kemudian, Raena mengambil alih rotan itu daripada genggaman Permaisuri Jeon membuatkan Saera tergamam. Ini bukanlah Raena yang lemah sebelum ini. "Ampun tuan puteri! Patik cuma ikutkan perintah Putera Jungkook. Bunuhlah patik!" Lakon Saera.

Raena menggulingkan matanya lalu dia angkat rotan itu setinggi-tinggi yang boleh sebelum dia melibaskannya di tubuh Saera. Namun, nasib Saera baik bila Jungkook tiba tepat pada masanya. Tangan Raena dia cengkam dengan kuat. "Apa yang kau sedang buat? Menempah maut?"

'CINTA BOLEH BERUBAH MENJADI DENDAM.'

TBC

SORRY PART NI BOSAN. JUST NAK DESCRIBE BEBERAPA WATAK UNTUK LEBIH MENDALAMI.

Modern Prince  (JJK)Where stories live. Discover now