"Jung Hoseok datang menghadap, putera Kim." Bisik seorang lelaki bersuit hitam di cuping telinga Taehyung. Taehyung hanya menganggukkan kepala dan mengarahkan lelaki itu pergi meninggalkan dia bersama Hoseok berduaan.
"Jadi kau, Jung Hoseok? Abang kepada Jung Saera?" Soal Taehyung yang masih menunduk tidak memandang ke arah Hoseok yang berdiri di hadapannya. Hoseok hanya mengangguk laju membuatkan senyuman sinis terhias di wajah Taehyung. "Apa kau tiada mulut untuk menjawab pertanyaan aku." Sekali lagi, Hoseok terdiam. Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya. Dia kenal akan Hoseok kerana dia merupakan dayang laki-laki kelas bawahan kerana keupayaan kesihatannya yang sangat merosot. Dia pesakit autisme. "Aku ni pantang kalau orang tak jawab aku." Kata Taehyung lagi membuatkan Hoseok terkejut dan terus melutut di hadapan Taehyung. Lantai juga tiba-tiba basah apabila Hoseok tidak sengaja terkucil akibat rasa takutnya terhadap Taehyung. "Tch, kotorlah bilik aku!"
"Ampunkan Seok! Seok Takut!" Jerit Hoseok seakan-akan anak kecil itu. Tangannya digosok seakan-akan meminta pengampunan namun tidak dihiraukan oleh Taehyung. "Seok janji Seok suruh adik Saerabawakan coklat untuk Taetae. Sedap tau!" Pujuknya lagi.
Taehyung menjeling lelaki itu tajam. Ah! Suka hati dia pula panggil dia dengan nama gelaran. Berani betul. Macam Saera. "Sebelum dia bagi aku coklat, apa kata aku dulu bagi dia hadiah. Saera mesti suka kan?" Kata Taehyung dengan sinis lalu pedang yang dipegang oleh pembantunya itu dia ambil lalu dia potong lidah milik Hoseok membuatkan lelaki itu menangis dan meraung kesakitan. "Aku dah cakap yang aku pantang orang tak hormat aku. Nah, kan dah bisu kau, Seok." Tambahnya lagi dengan lembut. Darah Hoseok mengalir dengan laju di bahagian dalam mulut menyebabkan lelaki itu akhirnya rebah dan pengsan. "Bungkus hadiah aku ini lawa-lawa dan hantar kepada gundik diraja, Jung Saera." Taehyung menyimpan semula pedangnya dan dilemparkan kuat ke lantai. "Oh, ya. Hantar dia ni ke hospital sakit jiwa. Arah doktor di situ untuk tambah kesakitannya dan jangan sesekali cuba merawatnya. Faham?"
"Jung Saera, kau sedang bermain api dengan aku. Kau sentuh Raena dan aku akan sentuh kau juga. Anggap inilah balasan dunia kau daripada aku." Bisik Taehyung.
Korang masih nak stan Taehyung dengan sisi gelap dia? Ini baru sikit ni. Hohoho!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saera sedang menjamah kuihnya dengan senang sekali. Tiba-tiba dia mendapat bungkusan daripada Taehyung lalu dibukanya. Kemudian, Saera terus mengeluarkan isi perutnya bila dia melihat lidah milik Hoseok yang masih berdarah di dalam bungkusan itu. "Apa ini!"
'Terkejut tak? Ni hadiah sebab kau tolong aku dapatkan Raena daripada Jungkook. But you touched her a lot dear. Btw, that's Hoseok.' -Taehyung yang kacak ♡
Saera mula cemas bila dia melihat nama Hoseok yang tertulis pada sepucuk surat itu. Mukanya mengerut lalu tangannya menampar kuat meja makannya. "Tak guna kau Taehyung! Tunggu hadiah aku pula sebab kau dah sentuh abang aku. Kau mungkin suka tapi kau juga akan sakit kalau Raena sakit kan? Let's see it."
Saera bangun lalu dia mengambil beg tangannya dan keluar daripada kamar. "Tolong bagitahu Jungkook yang saya akan turut serta majlis makan malam dengan sahabat dia." Arah Saera kepada dayang peribadinya.
"Baik Cik Muda Jung."
----------------------------------------------------
"Aku nak kau senyum dan jalankan tugas kau sebagai isteri aku depan mereka semua. Jangan malukan aku." Cakap Jungkook sambil melihat Raena yang duduk disebelahnya di belakang kereta.Raena hanya tersenyum sinis dan ketawa. "Kalau isteri, kenapa perempuan simpanan awak ni ada dekat sini juga?" Soal Raena pula.
"Dia bakal isteri aku juga suatu hari nanti. Praktis bermadu daripada sekarang. Tak susah pun kan?" Kata Jungkook dingin membuatkan Raena menundukkan kepalanya. Sudahlah ada kekasih gelap dan sekarang nak memperisterikan si gadis itu pula.
YOU ARE READING
Modern Prince (JJK)
Fanfiction"WELCOME TO JEON JUNGKOOK'S KINGDOM Selalu orang hanya melihat kerabat diraja pada masa lampau namun kini, akan dibawakan pula latar belakang Seoul, korea yang sudah memaju dan juga cerita Kerabat yang sudah moden. Jeon Jungkook merupakan pewaris b...