'Misi memikat hati suami.'
START!
Selepas 2 minggu berkurung dalam bilik, Raena mulakan misinya untuk menawan hati sang raja semula. Dia tersenyum melihat gambar perkahwinannya bersama Jungkook. "Dayang Kim." Panggil Raena.
"Nae mama." Sambut dayang Kim yang sudah menunduk hormat di hadapan Raena.
Raena melihat resepi kek coklat yang terpapar di skrin telefon bimbitnya laly ditayangkan kepada dayang Kim. "Tolong sediakan bahan-bahan yang patut. Beta mahu buat kek istimewa untuk suami beta." Arah Raena membuatkan dayang Kim tersenyum dan mengangguk faham. Raena kemudian berjalan ke ruang dapur diiringi oleh para dayang yang lain.
Raena membuat kek tersebut dengan sendirinya tanpa bantuan dayang atau petugas di dapur. Katanya, dia mahu air tangannya sendiri yang masuk ke dalam perut Jungkook. Raena lekas-lekas berlari anak ke arah oeven setelah mendengar bunyi pengera yang menyatakan keknya sudah masak. Tangannya tidak berlapik itu terus memegang dulang yang berisikan kek itu. "Auch! Panasnya!" Jerit Raena yang mengaduh kesakitan akibat tangannya mula melecur itu. Namun, nasib baik dia tidak melepaskan keknya itu. Dia sempat meletakkan kek itu di atas meja.
"Gelap lain macam je ni. Ish, mungkin sebab kek ini kek coklat kot. Mestilah warna hitam kan?" Bisiknya sendiri. Dia terus meletakkan sos cair berperisa coklat itu di atas kek tadi dan dia juga menghiaskan kek itu dengan beberapa kuntum bunga segar yang boleh dimakan. "Mesti Jungkook suka." Raena tersenyum.
"Apa yang bau macam dapur aku terbakar ni?" Tegur Jungkook sambil berjalan ke kawasan dapur diiringi oleh pengawal dan dayang-dayangnya.
Raena laju menangkap tangan Jungkook dan membawanya ke meja. "Ini, saya buatkan kek coklat kegemaran awak. Jomlah, saya suapkan. Nak?" Pelawa Raena. Sepotong kek itu dia potong dengan kemas lalu diletakkan ke dalam sebuah piring berwarna emas.
Jungkook menolak piring itu kasar. Nasib tak pecah. Kus, semangat. "Aku tengah diet untuk hari pertabalan aku nanti. Lagipun, entah-entah kau nak racun aku. Bolehlah kau bersama dengan putera kesayangan kau itu." Sinis Jungkook membuatkan dayang-dayang yang lain tertunduk. Ada yang berasa kesian, ada juga yang ketawa.
"Tapi, rasalah sikit. Penat saya buat demi awak. Ini percubaan pertama saya tau!" Pujuk Raena lagi tetapi gagal. Raena menunduk seketika sambil mengeluh. "Tak mengapalah. Saya kasi Taehyung yang makan. Dia memang suka kek coklat. Dulu kami kecik-kecik suka dating----" Kata-katanya mati apabila Jungkook terus mengambil piring kek di tangan Raena itu lalu menyuap hirisan kek itu ke dalam mulutnya.
'Mesti cemburu kan? Comel betul raja aku seorang ini.' Bisik hati Raena.
Jungkook mengerut setiap kali dia cuba menguyah dan menelan kek itu. Lama-lama dia pun meludah semula kek itu sehingga terkena pada wajah Raena. "Puih! Kau memang nak bunuh aku kan, perempuan?!" Tenking Jungkook sambil menarik-narik rambut Raena dengan kasar sekali. "Huh! Spoil mood aku sahaja melayan kau ni. Tch! Ada hati nak masak. Lainlah kekasih aku, bakal permaisuri. 'Jeon' Saera. Memasak pandai, melayan aku pun pandai!" Marah Jungkook lagi sambil mengagung-agungkan Saera. Tubuh Raena dia tolak kuat sehingga jatuh ke lantai lalu piring tadi juga dia hempas sehingga berterabur kepingan-kepingan kaca di lantai. "Aku tak nak kau masak lagi untuk aku. Dan aku tak benarkan kau makan untuk dua hari! Dengar tu, semua dayang-dayang! Beta tak benarkan walaupun setitis air masuk ke dalam mulut dia. Arasseo?!"
"Kya! Putera Jeon Jungkook!" Jerit seseorang dari belakang membuatkan Jungkook tersenyum sinis dengan galaknya.
"Oh, itu. Kau punya putera kesayangan. Take your time untuk dating. I'm fine." Bisik Jungkook sambil memandang tepat ke arah mata Raena. Pipi Raena juga sempat dia usap dengan lembut tetapi dapat gadis itu rasa kesakitannya. "Pengawal, sediakan kereta beta bersama Cik Muda Saera. Kami mahu bersantap di hotel 5 bintang." Arah Jungkook lalu berlalu pergi.
"Sampai hati awak, Jungkook." Raena menunduk menahan sakit sambil menangis tanpa suara.
Taehyung berjalan mendekati Raena yang sudah terduduk. Dagu gadis itu dipegang agar dapat mengangkat sedikit wajahnya yang cantik itu. "Uljima, princess. (Don't cry.) Jungkook tengah PMS la tu." Kata Taehyung yabg sedang ingin memujuk hati Raena. Dia mahu memeluk Raena namun ada dayang dan pengawal sedang memerhatikan mereka. Taehyung mengeluh. Kemudian, dia memandang ke arah kek yang terhias indah di atas meja. "Wah! Ada kek kegemaran aku la. Kau yang buatkan ka?" Soal Taehyung sambil memotong kek itu dengan teruja. Raena yang mula sedar itu terus bangkit dan menghalang Taehyung. "Asal?"
"Kek tu tak sedap. Hangit. Nanti mati kalau makan." Kata Raena dengan nada yang sangat perlahan. Taehyung mengeluh lalu tersenyum. "Mana ada. Hangit dekat atas je. Kat bawah masak elok sahaja." Taehyung terus menguyah kek itu dengan wajah yang senyuman tidak pernah lekang di wajah. Walaupun memang bebetul hangit kek itu namun, wajah kerutan di dahi itu dia cuba sembunyikan. "Sedap gila! Pandai kau buat. Cuma nanti, kena baiki lagi, okay?" Kata Taehyung sambil mengusap kepala Raena lembut membuatkan gadis itu tersenyum sedikit. "Haa, macam ni la. Senyum manis dan lebar." Tambah Taehyung lagi sambil mencubit pipi Raena dam hal itu telah menggugurkan air mata sang gadis. "Eh! Sorry-sorry. Sakit sangat ka?" Cuak Taehyung namun Raena hanya membalas dengan gelengan.
"Mesti best kalau putera Jungkook sebaik awak, Taehyung." Katanya sambil memeluk lelaki itu. Lelaki itu terkedu dan selepas beberapa saat dia mula tersedar dan membalas pelukan Raena. "Jungkook tu, lebih baik daripada aku tau? Cuma, dia malu nak tunjukkan dekat kau. Tak apa, aku janji. Aku akan pastikan dia jatuh cinta dengan kau."
"Saya sayang awak, Taehyung" Balas Raena membuatkan lama kelamaan air mata Taehyung juga gugur. Tangannya dikepalkan penumbuk menahan geram.
'Jungkook, kenapa kau dapat segalanya termasuk jodoh aku? Kau memang berutung tetapi tidak pernah bersyukur. Aku cemburu dengan kau.' Keluh Taehyung di dalam hati.
---------------------------------------------------
Jungkook pulang ke kamarnya awal setelah lama bersama Saera di kamar gadis itu. Pada awalnya dia ingin tidur sahaja di situ tapi hatinya terdetik untuk melawati suatu tempat. Kakinya melangkah dekat ke arah kamar Raena. Pintu dibuka perlahan sehingga terlihat sekujur tubuh Raena yang nyenyak tidur. "Awalnya kau tidur. Macam budak-budak." Katanya sambil melihat wajah Raena yang suci itu. Sempat juga dia menyentuh pipi gebu Raena. Tersengih-sengih Jungkook dibuatnya. "Kau cantik, baik tetapi, kenapa aku belum jatuh hati dengan kau? Mungkin sebab aku buta?" Tambahnya lagi. Dia berani berkata-kata kerana tahu Raena tidak dapat mendengarnya."Aku nak minta maaf sebab berkasar dengan kau tapi, itu yang kau layak. Siapa suruh jadi perampas? Kau boleh sahaja minta baik-baik kalau kau nak aku kan? Tak perlu kau guna muka naif kau ni." Bilangnya sambil ketawa kecil. "Aku tahu. Ya, memang aku tergoda dengan kau. Kau tak macam Saera yang pandai memikat aku yang membuatkan kau mencabar aku untuk kenal kau lebih dalam." Jungkook berhenti luahan hatinya setelah memandang ke arah tangan Raena yang berbalut ketat.
"Kau sakit?" Soalnya dengan nada berbisik. Tangannya pantas mengambil tangan Raena dan memicit tempat luka itu sehingga Raena menjerit kecil menahan kesakitan dan bangun dari tidurnya. "Eh, sorry. Aku kejutkan kau ka?"
Raena mengangguk lemah sambil menggosok matanya. "Apa tuanku buat dalam bilik saya? Kita gaduh esok ja la eh? Saya mengantok sangat-sangat malam ni." Kata Raena dengan mamai.
Jungkook tersenyum sinis. "Gaduh? Aku nak tengok permaisuri hati aku pun tak boleh? Ka kau dah tak nak jadi isteri aku? Maklumlah makan bersuap dengan buah hati harini." Sinis Jungkook yang cuba menunjukkan perasaan cemburunya itu.
Raena mengerutkan dahinya. "Taehyung? Dia bukan buah hati saya."
"Habistu?"
"Tuanku la buah hati saya sampai akhir nyawa. Muah!" Balas Raena sambil cuba meragut bibir Jungkook. Namun, Jungkook dengan pantas menolak badan Raena. "Kau mabuk ya, sayang?"
"Awak sayang saya?" Soal Raena dengan tiba-tiba lalu mendekatkan wajahnya dengan Jungkook sehingga hidung mereka bersentuhan. Jungkook terdiam seketika. "Kim Raena, kau nak jawapan betul atau palsu?"
"Palsu."
"I hate you, Jeon Raena."
------------------------------
TBCHI! HERE SOME BORING CHAPTER FOR YOU AFTER A SHORT HIATUS. Sorry lambat. Hehe, im a bit stress thinking of my future. Btw,my result was good❤
YOU ARE READING
Modern Prince (JJK)
Fanfiction"WELCOME TO JEON JUNGKOOK'S KINGDOM Selalu orang hanya melihat kerabat diraja pada masa lampau namun kini, akan dibawakan pula latar belakang Seoul, korea yang sudah memaju dan juga cerita Kerabat yang sudah moden. Jeon Jungkook merupakan pewaris b...