HELLO, it's Lala! Seperti yang dijanjikan, ini ialah buku pertama yang lala tulis pasal Got7 sambut Ramadhan. Lala akan update tiap-tiap hari so I hope you enjoy and don't forget to read buku kedua lepas buku ni complete!
ps : buku ni lala tulis waktu 2016 dulu so jangan terkejut kalau penulisan lala xmatang dan huduh hehehe
---
Mark menjengah ke dalam bilik Jinyoung dan ternampak Jinyoung sedang khusyuk menghadap komputer ribanya di atas katil. Dia tersenyum kecil dan mengetuk pintu. Jinyoung menoleh ke arahnya.
"Jjinyong, Jaebongie ajak makan" kata Mark. Jinyoung mengangguk dan dia menutup komputer ribanya. Mereka pergi ke meja makan bersama-sama.
Semua senyap menikmati makan malam mereka. Jinyoung memandang ahli kumpulannya yang lain sambil fikirannya ligat memikirkan sesuatu.
"Yah, bulan ni kita free. Nak pergi vacation tak?" tanya Jaebum, mencetuskan topik baru dan Got7 kelihatan tertarik.
"Nak!" kata Jackson semangat.
"Tapi nak pergi mana?" tanya Bambam pula dan reaksinya sudah pun menunjukkan yang dia ada idea.
"Tak payahlah" kata Jinyoung tiba-tiba membuatkan semua memandang ke arahnya. Jinyoung kelihatan teruja tapi cara percakapannya masih tenang.
"Kita duduk dorm je" sambungnya. Semua semakin keliru.
"Nanti bosanlah, hyung" kata Yugyeom, membantah rancangannya. Dia tersenyum kecil.
"Kita sambut Ramadhan, nak?" cadang Jinyoung membuatkan semua mengerutkan dahi.
"Ra...ma...dhan?" tanya Mark, cuba mengulangi kata-kata Jinyoung. Jinyoung tersenyum lagi dan mengangguk.
"Ramadhan. Tadi, Jinyoung baru habis baca buku pasal orang muslim sambut Ramadhan. Nampak seronok" kata Jinyoung teruja tetapi nadanya masih dikawal tenang.
"Muslim?" ulang Jaebum pula. "Jinyoung-ah, kita bukan muslim" sambungnya dan Jackson mengangguk setuju.
"Memanglah. Tapi Jinyoung teringin nak cuba" kata Jinyoung lagi dan kali ini dia seakan-akan mengampu dengan muka innocent lagi putih dan peloles diikuti...okay Lala, cukup.
"Tapi, Jjinyong-ah" kata Mark pula dan semua toleh ke arahnya. "Ra..ma..dhan tu nak sambut macam mana?" tanyanya dan semua menoleh ke arah Jinyoung pula. Dah macam tengok perlawanan badminton. Kejap toleh kanan, kejap toleh kiri.
Jinyoung tersenyum, berbesar hati untuk menjawab. "Macam ni. Orang muslim ada bacaan untuk memulakan sambutan diorang. Tapi oleh kerana kita tak tahu, kita sambut tak payah baca bacaan tu. Lepas tu, kita tak boleh makan--"
"Tak boleh makan?!!" tiba-tiba Youngjae bersuara dengan suara lantangnya membuatkan semua terkejut. Bambam yang sedang minum air tersembur pada muka Yugyeom, Jackson tersedak nasinya dan babi pun berterbangan. K tak lawak.
Jinyoung mengangguk dan dia kelihatan lebih teruja. "Orang muslim kata, sambutan Ramadhan ni diadakan untuk kita merasai kesusahan orang lain yang kelaparan dekat seluruh dunia. Kita cuma perlu mengawal nafsu kita dari makan, minum, menyakiti hati orang, melihat perkara yang tak senonoh, senang cerita mengawal diri daripada perkara yang tak baik" terang Jinyoung panjang lebar.
"Jadi tak boleh makan and minum langsung?" tanya Youngjae, kelihatan nak nangis pun ada.
"Tak boleh kenakan Jinyoung hyung" kata Yugyeom pula.
"Tak boleh tengok porno" kata Jaebum. Semua toleh ke arahnya. Lalu cengkerik pun mula berbunyi.
"Apa pun, tak salah kita nak cuba sambut Ramadhan, kan? Kalau orang muslim boleh buat, kenapa kita tak boleh, kan?" pujuk Jinyoung dan dia tersenyum manis. Kelihatan enam ahli kumpulannya yang lain rasa berat hati. Tak boleh jadi. Kena guna kuasa Aegyo3000 Almighty Jjinyong!
"Markie hyung~~! Jomlah~~!" pujuk Jinyoung menggunakan nada dan aegyo terhebatnya. Ya, memang Mark ialah mangsa yang paling mudah. Confirm kecomelan luar biasa Jinyoung akan membuatkan Mark lemah lutut. Chewah! Maaf, Lala ni MarkJin's trash.
Mark kelihatan blushing tiba-tiba. "Okay, kitorang semua teman Jjinyong sambut Ramadhan" jawab Mark seolah-olah dipukau.
"Yes!"
"MARK HYUNG!!"
☆☆☆
Yolo amacam chapter 1? kekekekeke sorrylah kalau tak lawak>< Lala dah kata dari dulu yang Lala tak ada sense of humor ~ So, harap korang enjoy dengan ff yang sesimple dan semerapu kepala Lala ni XD
YOU ARE READING
[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay Fanfic
Fanfiction"Got7, kita sambut Ramadhan, nak?" Length : 15 chapters (Completed) Genre : Religious, Slight Humor Cast : Got7 Members Start- 12 April 2021 End- 10 May 2021 Got7 sambut Ramadhan buku 1!