Tengahari itu semua melakukan kerja masing-masing, kelihatan puasa mereka hari itu lebih tenang berbanding hari pertama. Semua kecuali Jackson sedang berada di ruang tamu, menonton tv sehinggalah Jackson menghampiri mereka dengan tablet di tangan.
"Jinyoung-ah" panggil Jackson sambil memandang ke skrin tabletnya dan mereka semua memandang ke arah Jackson. Jackson memandang Jinyoung yang berada di atas sofa bersama Mark. "Aku ada buat research pasal puasa. Err.. Kurma tu apa?" tanya Jackson. Kemudian baru Jinyoung teringat tentang buah itu.
"Ahhh betul! Jinyoung lupa nak beritahu pasal kurma" kata Jinyoung teruja membuatkan semua tertanya-tanya. "Apa tu, hyung?" tanya Youngjae. Jinyoung berdehem seperti biasa.
"Kurma ialah sejenis buah yang dikeringkan. Mengikut kepercayaan orang muslim, kurma ada banyak khasiat yang boleh buat diorang lebih sihat. Sebab tu kebiasaannya kurma jadi tarikan utama semasa bulan puasa. Merujuk kepada kepercayaan diorang lagi, makan kurma sebanyak tiga biji semasa berbuka akan mendapat ganjaran lebih. Lagi pun, orang muslim biasanya akan mula berbuka dengan juadah yang manis dan berbeza dengan orang Barat, orang muslim digalakkan untuk makan buah sebelum makanan berat yang lain. Kurma ialah salah satu buah yang penting ketika diorang mengambil juadah" terang Jinyoung lebar dan padat membuatkan mereka mengangguk faham.
"Macam mana rasa kurma?" tanya Mark pula membuatkan Jinyoung terdiam sekejap. "Daripada apa yang Jjinyong baca, kurma rasanya manis" kata Jinyoung, memandang ke arah Mark.
"Manis orang muslim sama maksud dengan manis kita ke? Sesetengah orang Jepun pun cakap 'masin' tu 'pedas', kan?" kata Yugyeom pula dan semua diam seketika.
"Nak cuba rasa?" tanya Jaebum dan menoleh ke arahnya. Dia tersenyum manis. "Hyung ada nampak kedai untuk orang muslim dekat hujung blok. Dekat situ mungkin ada kurma" cadang Jaebum dan semua menjadi teruja.
"Nak! Nak! Nak!" kata Yugyeom teruja. Mereka semua pandang satu sama lain, muka masing-masing penuh kenakalan sebelum mereka serentak berlari masuk bilik, tukar baju dan bersedia untuk keluar.
☆☆☆
"Ijenbuteo you're my food! Namaeonda~ Kurma! Kurma~" Youngjae dan Yugyeom seronok menukar lirik lagu Home Run tentang kurma yang akan mereka beli. Hari itu seperti sebelum ini, lengang tanpa banyak orang awam dan mereka berjalan kaki ke kedai yang dimaksudkan oleh Jaebum."Jjinyong-ah" panggil Mark dan semua menoleh ke arahnya yang jalan hujung sekali. "Lagi orang muslim selalu buat apa bila sambut Ramadhan?" tanya Mark dan dia menoleh ke arah Jinyoung yang berada di sebelahnya.
Jinyoung berfikir sekejap. "Diorang buat ta..ra..wih" kata Jinyoung sambil dia cuba ingat balik perkataan Arab itu. Jaebum mengerutkan dahi. "Tarawih?"
"Oh! Nak buat tarawih jugak!!" kata Youngjae semangat dan penuh teruja sambil tangan kirinya diangkat lurus. Hyung line tersenyum melihat kecomelan adik mereka yang seorang tu.
"Kita tak boleh tarawihlah" kata Jinyoung tenang dan Youngjae kelihatan hampa. "Alaaaaa kenapa pula?" tanya dan bibirnya dimuncungkan. tanda sedih. Jaebum tergelak kecil melihat Youngjae.
"Tarawih tu sembahyang orang muslim untuk dapatkan ganjaran lebih masa bulan puasa. Orang muslin hanya boleh tarawih waktu bulan Ramadhan sahaja. Bulan lain tak boleh" terang Jinyoung scecara ringkas. Youngjae mengangguk faham tetapi kemudian Bambam pula tertanya-tanya.
"Dah tu macam mana kita nak tahu bila bulan Ramadhan?" tanya Bambam. Jinyoung terdiam seketika sebelum dia teringat kajian yang dia buat di media sosial.
"Orang muslim ada kalendar sendiri. Ada 12 bulan sama macam kalendar kita. Kejap hyung cuba senaraikan" kata Jinyoung dan dia terus mengeluarkan sepuluh jarinya. Yang lain melihat pergerakan Jinyoung turut mengeluarkan jari mereka.
Jinyoung berkerut sedikit, cuba ingat nama-nama bulan orang Islam yang dia susah nak sebut. "Mu..haram, Safar, Ri..Ribiul...eh tak. Lagi sekali" dia menegakkan semula jari-jari yang telah dibengkokkan tadi. Kali ini kelihatan lebih yakin.
"Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir... uhh... Roja...Eh, Rejab. Syaaban, Ramadhan, Syaaban..eh Syaaban lagi. Ramadhan...Syawal! Lepas tu Zulkaedah, Zulhijah" Jinyoung menghabiskan dengan yakin dan ahli Got7 yang lain membuat bunyi 'ooh' yang panjang, ternyata terpana dengan kehebatan Jinyoung.
"Oh, dah sampai!" kata Jackson teruja sambil dia tunjuk ke sebuah kedai kecil di hujung blok itu. Mereka kembali teruja dan Youngjae mula menyanyi lagu Kurma dengan nada Home Run lagi.
To be continue ♡♡♡
☆☆☆
YOU ARE READING
[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay Fanfic
Fanfiction"Got7, kita sambut Ramadhan, nak?" Length : 15 chapters (Completed) Genre : Religious, Slight Humor Cast : Got7 Members Start- 12 April 2021 End- 10 May 2021 Got7 sambut Ramadhan buku 1!