Bermula dari jam 2 petang, Jinyoung mengunci diri di dalam dapur seorang diri tanpa Got7 yang lain tahu sebabnya. Mereka cuba mengetuk pintu dapur dan meminta izin untuk masuk tetapi Jinyoung tidak benarkan.
"Biar jelah dia. Mesti ada rancangan masakan dia tengah berangan tu" kata Jaebum, meleraikan ahli kumpulannya yang berkumpul di hadapan pintu dapur. Walaupun mereka ingin tahu apa yang Jinyoung lakukan, mereka tetap akur dan bersurai.
Jam 5 petang, Jackson dan Mark datang lagi di hadapan pintu dapur. Kedengaran bunyi Jinyoung sedang tumis sesuatu. Mark mengetuk pintu.
"Jjinyongie, kitorang nak pergi bazaar. Nak pesan apa-apa tak?" tanya Mark. Sebentar kemudian Junior membuka pintu yang keluasannya hanya muat untuk dia keluarkan kepala.
"Belikan kimbap 6 roll! Thanks!" kata Jinyoung dengan laju dan dia menutup pintu semula tanpa sempat Mark dan Jackson membalas kata-katanya. Mark dan Jackson terkedu. Apahal lah dengan mamat ni.
"Okay, nanti kitorang belikan" kata Jackson dan dia membuat isyarat kepada Mark untuk berlalu pergi.
☆☆☆
Jackson dan Mark melangkah masuk ke dalam dorm selepas pulang dari bazaar dan mereka ternampak yang semua sedang berkumpul di meja makan. Mereka turut menghampiri meja itu dan mereka terkejut."Banyaknya makanan!" kata Jackson terkejut, melihat kimchi jjigae, crab stew, spicy dried squid, bibimbap dan satu bekas nasi yang kuantiti setiap satu hidangan itu agak banyak berbanding hari biasa. Kemudian Jinyoung keluar dari dapur sambil membawa picnic box besar milik mereka dan dia letakkan di atas meja.
"Hyung buat apa ni?" tanya Bambam, keliru. Jinyoung hanya senyum sambil tangannya lincah memasukkan semua makanan itu di dalam picnic box itu. "Packing" kata Jinyoung ringkas. Dia memandang sekali imbas segala makanan yang ada sebelum dia kembali masuk ke dalam dapur.
"Nak buat apa?" tanya Jaebum pula apabila Jinyoung keluar sambil membawa beberapa buah mangkuk nasi. Jinyoung menyimpan dahulu mangkuk itu ke dalam bekas picnic itu dan dia tutup, reaksinya menunjukkan yang dia puas hati. Dia menjengah jam di dinding, 6:05 petang.
"Menurut orang muslim, puasa dapat merapatkan hubungan sesama manusia. Dan itu perkara yang baik" kata Jinyoung tiba-tiba seperti menukar topik. Got7 yang lain menjadi semakin keliru.
"Maksud hyung?" tanya Youngjae. Jinyoung mengangkat picnic box itu dalam pelukannya dan dia tersenyum manis ke arah Got7.
"Maksud hyung, kalau kita berbuka dengan Umi, kita akan lagi rapat dengan Umi. Kan baik tu?" kata Jinyoung dengan nada seperti teka-teki tetapi ayatnya itu membuatkan enam yang lain terus bertukar teruja.
☆☆☆
"Allahu akbar, Allahu akbar!" laungan azan berkumandang dari siaran radio di kedai Umi. Umi memperlahankan volume radio itu dan dia menadah tangan, membaca doa."Allahumma laka sumna, wabika amanna, wa'alla rizkiqa aftarna, birahmati kahya ar-haman rahimin" ucapnya dengan fasih dan dia mengaminkan doa tersebut. Satu daripada tiga kurmanya di atas piring diambil dan digigit perlahan. Ucapan 'Alhamdulillah' diucap dalam bisikan. Umi hanya berbukakan tiga biji kurma dan sebotol kecil air mineral di kaunter kedainya, dan pintu kedainya ditutup sementara dia sedang berbuka.
"Umi!! Buka pintu! Jackson dah lapar ni!!"
Tiba-tiba Umi dikejutkan selepas terdengar suara yang begitu dicam olehnya daripada luar kedai. Eh? Takkanlah...
Umi bergegas ke pintu sebelum membukanya dan dia ternampak tujuh remaja lelaki yang membeli kurma tempoh hari. Air mata jernihnya terus terbentuk terharu apabila salah seorang dari mereka menghulurkan sebuah kotak picnic yang agak besar.
"Umi, selamat berbuka" ucap Jinyoung dan tersenyum manis. Air mata Umi mengalir kerana terharu.
☆☆☆
"Selama ni Umi makan kurma je untuk berbuka?!" Youngjae terkejut selepas mendengar penceritaan Umi. Umi mengangguk lembut sambil tersenyum dan itu membuatkan Youngjae lebih terkejut. "Mana kenyang!!"Umi tergelak kecil melihat remaja lelaki yang lebih tembam itu. "Umi dah biasa" ucapnya ikhlas. Kemudian Jaebum mencedok kimchi jjigae dan dia masukkan ke dalam mangkuk nasi di pegangan Umi.
"Oleh kerana kitorang dekat sini sekarang, Umi makan banyak-banyak, okay?" kata Jaebum dengan nada tenang yang dia tersenyum manis ke arah Umi.
"Yup. Umi kena ada tenaga untuk pastikan orang muslim di Seoul ni ada bekalan makanan untuk diorang" kata Yugyeom pula sambil dia menghulurkan spicy dried squid ke arah Umi.
"Ah, betul! Patut ke kita hantar makanan untuk Umi sahur?" kata Mark tiba-tiba membuatkan semua got7 berasa teruja.
"Eh, tak payahlah. Kamu semua dah bagi lauk berbuka ni dah cukup baik" tolak Umi dengan lembut dan Jinyoung memuncungkan bibir.
"Biarlah. Kitorang dah tahu yang 'Umi' tu bermaksud 'ibu' dalam bahasa Arab. So, sekarang Umi ialah ibu kitorang dan kitorang kena jaga Umi" kata Jinyoung bernada seperti nasihat. Kemudian Got7 seperti dalam dunia lain apabila mereka mula bincang menu untuk bersahur esok. Tanpa mereka sedari air mata Umi mengalir kegembiraan lagi.
Ya Allah, terima kasih kerana bagi aku peluang untuk bertemu dengan anak-anak muda yang berhati mulia. Semoga terbuka pintu-pintu hidayah mereka untuk memeluk agama-Mu, Ya Allah.
Aminn.
☆☆☆
Yolo! Chapter ni sangat mengharukan bagi Lala :') kekeke tak malu betul bangga dengan kerja sendiri. Anyway, sorry sebab tak update semalam :') Lala lupa! And sorry kalau chapter ni hambar. Lala dah warning sebelum ni yaaaa~ and thank you sooooo much dekat semua yang support, baca, vote dan komen ff ni. Lala Saaaaaaaaaayang korang!><♡
YOU ARE READING
[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay Fanfic
Fanfiction"Got7, kita sambut Ramadhan, nak?" Length : 15 chapters (Completed) Genre : Religious, Slight Humor Cast : Got7 Members Start- 12 April 2021 End- 10 May 2021 Got7 sambut Ramadhan buku 1!