"Jaebum hyung! Jaebum hyung! Cepat bangun! Kita dah terlambat nak masak sahur ni!" kata Jinyoung keesokkan harinya, mengejut Jaebum dalam keadaan berbisik dan menggoyang-goyangkan tubuh jejaka itu membuatkan dia terbangun.
"Lambat?" ulang Jaebum separa sedar dan dia memandang jam yang tertera di skrin telefonnya. 3:35 pagi. Dia mengeliat seketika. "Masa sahur habis pukul berapa?" tanya Jaebum sambil duduk dan menggosok mata.
"4:25. Nyoung tak sedar jam loceng Nyoung berbunyi" kata Jinyoung agak gelabah. Jaebum melihat jam lagi sekali sebelum mengangguk faham.
"Tak apa. Kita masak je apa yang sempat" kata Jaebum. Jinyoung terus bangun dan menuju ke dapur diikuti Jaebum yang pergi ke tandas dulu.
Khinzir yang sedang tidur di dalam sarangnya tersentak akibat bunyi bising yang datang dari dapur dorm Got7. "Oh, masa pergi bertenggek" kata khinzir itu dan berterbangan ke pokok-pokok berdekatan. Perenggan apa ni? Tak yah bacalah.
Jinyoung hanya main campak sahaja bahan-bahan yang ada di rumah untuk hidangan sahur nanti. Itulah kepakaran Jinyoung. Baling-baling sedap juga. Untung kalau dapat jadi bakal sua--okay jangan berangan.
Akhirnya Jinyoung siap masak atas bantuan Jaebum pada jam 4:05 pagi. Jaebum terus mengambil langkah yang seterusnya untuk mengejut 'anak-anak' mereka manakala Jinyoung menyediakan makanan di atas meja makan.
"Markson! Markson! Bangun cepat! Kita dah lambat ni! Nanti tak sempat sahur pula!" kejut Jaebum sambil menepuk-nepuk pintu bilik Markson selepas membukanya. Mark dan Jackson sangat terkejut kerana dikejutkan sedemikian.
"Terkejut aku, bodoh" marah Jackson membuatkan Jaebum terdiam. Dagunya mula ke depan ibarat senduk.
"Minta maaf, tapi tolong tarik balik kata-kata kau" kata Jaebum dan Markson entah kenapa menjadi pucat lesi. Jaebum menunjukkan buku limanya yang digenggam kuat.
"Aku paling tak suka orang panggil aku bodoh"
☆☆☆
Jackson mengusap pipi kirinya yang kemerahan akibat ditumbuk Jaebum sebentar tadi. Mukanya kelihatan bengang tetapi terlalu tak berani untuk melawan Jaebum. Gila kau? Jaebum tu bila marah jadi setan!Mereka semua mula makan walaupun masa tinggal 10 minit sahaja lagi. Jaebum melihat jam di dinding sebelum mengeluh. "Yah, got7, sempat ke?" tanya Jaebum, membuatkan mereka kecuali Jinyoung memandang satu sama lain.
"Macam tak sempat" balas Bambam. "Haah. Tak sempat nak sahur banyak-banyak ni" kata Yugyeom pula. Mereka semua terdiam sebelum menoleh ke arah Jinyoung.
"Nyoung puasa" kata Jinyoung dan dia memandang Got7 yang lain. Mereka yang lain kelihatan tak setuju.
"Tahan ke? Nanti tak kena gastrik?" tanya Youngjae, risau pula tentang kesihatan mereka. Jinyoung mengambil masa untuk menelan makanannya sebelum menyambung.
"Orang dekat tanah Arab yang tengah berperang pun tak sempat sahur macam kita. Diorang even tak ada makanan untuk sahur. Boleh je diorang puasa. Bukan ke itu matlamat utama orang berpuasa? Merasai kesedihan orang yang kelaparan dekat luar sana?" tanya Jinyoung dengan nada tenang. Mereka yang lain berasa bersalah pula kerana mengambil ringan harapan Jinyoung untuk berpuasa bersama.
Jinyoung kemudian tersenyum manis. "Tak apalah kalau korang tak nak puasa. Kita bukan wajib untuk sambut Ramadhan pun. Ini kan percubaan kita je" kata Jinyoung lagi dan dia kembali makan. Mereka yang lain masih diam.
"Okay kalau Jinyoung cakap macam tu, hyung puasa juga" kata Mark dengan yakin membuatkan semua menoleh ke arahnya. Jinyoung sedikit terkejut.
"Eh, hyung. Tak apalah. Jjinyong tak--"
"Jackson pun" Kata Jackson pula, kelihatan determined. "Kalau Jinyoung yakin dia boleh tahan, kenapa kita yang sado-sado ni yak boleh, kan?" sambungnya membuatkan Jinyoung terdiam, tak percaya.
"Okay then" Jaebum mengangguk faham. "Kalau macam tu biar hyung line puasa, maknae line tak payah" Jaebum membuat keputusan dan maknae line kelihatan tak puas hati.
"Mana adil!" marah Yugyeom, menghentak chopstiknya di meja. Bambam mengangguk setuju. "Kitorang pun nak puasa!" kata Bambam, menyokong kata-kata Yugyeom.
"Entah. Kitorang bukan kecil lagi" kata Youngjae pula. Kelihatan hyung line berbalah sedikit dengan maknae line dan Jinyoung selaku di tengah hanya mendiamkan diri, sebaliknya rasa terharu pula. Tak sangka Got7 akan menyokong setiap hajat yang dia cuba tunaikan walaupun hajat itu tidak wajib untuk mereka buat. Jinyoung tersenyum sendiri melihat ahli got7 yang lebih tua dan lebih muda daripadanya itu berbalah kecil.
Gumawo-yo, Got7.
Let's fasting until the end. Got7, hwaiting!
☆☆☆
Next chapter! Maaf kalau hambar sedikit :') Lala dah cakap Lala tak ada sense of humor. Pishhhh harap sangat orang Islam zaman sekarang ada semangat berpuasa macam Got7 :)) Oh and thanks kepada yang support, baca, vote and comment dekat ff ni. Lala sayaaaaaang korang angat2><
YOU ARE READING
[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay Fanfic
Fanfiction"Got7, kita sambut Ramadhan, nak?" Length : 15 chapters (Completed) Genre : Religious, Slight Humor Cast : Got7 Members Start- 12 April 2021 End- 10 May 2021 Got7 sambut Ramadhan buku 1!