"Bangun! Bangun! Bangun! Nak sahur!"
Kedengaran suara lantang Jinyoung menjerit dari meja makan dan laungannya itu cukup menganggu tidur got7 yang lain. Jaebum yang lena tidur sambil memeluk Youngjae di sebelahnya turut rasa macam nak rendam kepala Jinyoung dalam jamban!
Jaebum membuka mata sedikit dan dia melihat jam yang tertera di skrin telefon bimbitnya. 4 pagi. Daheck?!
Jinyoung membuka pintu bilik 2jae. "Bangun sahur wahai pencinta sejenis sekalian~!" jerit Jinyoung membuatkan Youngjae dan Jaebum terus sepenuhnya sedar. PENCINTA SEJENIS?!
☆☆☆
Jinyoung mengusap kedua-dua belah pipinya yang kemerahan akibat disepak oleh 2jae. Mark di sebelahnya kelihatan risau melihat Jinyoung yang seolah-olah pakai blusher itu. Cute pun ada wohoh!Lepas terdengar 2jae mengamuk tadi, tiada siapa yang dapat tidur lagi akibat terkejut. Mereka semua kini berada di meja makan, dengan banyak makanan terhidang.
"Kenapa awal sangat makan--Eh, kata tak boleh makan!" kata Jackson, terkejut beruk pula tiba-tiba. Jinyoung menarik muka.
"Ini namanya sahur" kata Jinyoung.
"Apa tu?" tanya Bambam pula. Jinyoung menyedut nafas dengan dalam. Dah mula dah penerangan dua juzu' dia.
"Sahur ialah makanan yang diambil sebelum matahari terbit sewaktu berlakunya sambutan Ramadhan. Sejurus matahari terbit, kita tidak dibenarkan makan, minum, melakukan perkara yang tak baik dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan sehinggalah masa matahari hendak terbenam. Apabila matahari sedang terbenam, kita akan mengambil makanan lagi dan perkara itu digelar sebagai 'berbuka'. Secara keseluruhan daripada sahur hinggalah berbuka itu dipanggil sebagai 'puasa'. Kita perlu berpuasa selama 29 hari, barulah lengkap sebagai satu sambutan iaitu Ramadhan. Jinyoung tak pasti sangat betul ke tak penerangan Jinyoung tapi Jinyoung terangkan apa yang Jinyoung faham" jelas Jinyoung membuatkan semua senyap. Bunyi gagak berkumandang.
"Ah, kalau macam tu, jomlah makan. Nanti matahari dah naik, kita dah tak boleh makan" kata Yugyeom. Semua setuju dan mereka mula makan.
"Mana Jjinyong dapat makanan banyak-banyak ni?" tanya Mark. Jinyoung sengih comel. "Jjinyong masak" kata Jinyoung dan mereka agak terkejut.
"Dah tu kau bangun pukul berapa tadi?" tanya Jackson dengan matanya dibesarkan.
"2:30" jawab Jinyoung selamba dan mereka terkejut lagi.
"Woah. Rajinnya hyung" kata Youngjae, menyanjungi Jinyoung. Jinyoung tersipu malu.
"Oleh kerana kita semua akan puasa sama-sama, lepas ni setiap seorang kena teman Jinyoung masak pagi-pagi. Nanti aku aturkan urutannya" arah Jaebum, bernada seorang leader yang berkarisma oyeah!
"Nae, leadeo!" jawab got7 ot5 serentak membuatkan Jinyoung ketawa kecil. Terasa semangat untuk sambut Ramadhan semakin meninggi!
☆☆☆
Chapter 2 is up! kekekeke serioussssss je cerita Lala ni kan? XD entah apa yang seronok pun Lala tak tahu~ Untuk mereka yang enjoy dengan cerita ni, mekasihhhh bebanyak! Sayang korang!
YOU ARE READING
[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay Fanfic
Fanfic"Got7, kita sambut Ramadhan, nak?" Length : 15 chapters (Completed) Genre : Religious, Slight Humor Cast : Got7 Members Start- 12 April 2021 End- 10 May 2021 Got7 sambut Ramadhan buku 1!