Daily Life pt. 4

33 10 0
                                    

"Woahhhhh bau makanan ni semua buat Youngjae terliur" kata Youngjae ketika mereka berjalan pulang dari bazaar dengab tangab mereka berbimbitkan makanan yang mereka beli. Jaebum yang belanja semua. Woahhh uri leader ♡

"Siapa pegang makanan Umi?" tanya Jinyoung, memastikan ibu angkat mereka itu mempunyai bekalan makanan. Jackson mengangkat satu plastik dari tangan kanannya. "Sini!" jawab Jackson dan Jinyoung mengangguk faham.

Sedang mereka berjalan sambil Yugyeom menyanyikan lagu Home Run versi Bazaar. Tiba-tiba Jinyoung berhenti menapak. Semua yang sudah agak jauh kemudiannya baru berhenti dan menoleh memandangnya.

"Hyung, gwenchana?" tanya Bambam. Jinyoung memandang tanah dengan sedikit kerutan di dahi, seolah-olah dia sedang fikirkan sesuatu.

"Hyung rasa tak sedap ha--"

"Tu dia got7!"

Bulu roma got7 semua meremang apabila terdengar suara seorang gadis yang tidak jauh dari mereka. Sejurus mereka menoleh, mereka ternampak seorang gadis sedang tunjuk ke arah mereka kepada sekumpulan gadis yang lain. Ahgases. Crazy ahgases?

"Yah. Lari dalam kiraan tiga" arah Jaebum dan sebaik sahaja dia menoleh ke arah ahli kumpulannya, mereka telah lari dahulu.

"Oh darn"

"Oppa jangan lari!!" jerit gadis tadi dan mereka semua terus mengejar got7. Got7 lari sepantas yang boleh, mereka berpecah kepada tiga apabila tiba di simpang tiga. YugBam satu simpang, MarkBumNior satu simpang dan JackJae lagi satu simpang. Ahgases itu juga berpecah.

Mereka terus berlari sehingga mereka bertujuh bertemu semula di simpang besar. Sedang mereka lari, tiba-tiba ada sekumpulan ahgases di arah berlawanan membuatkan mereka brek mengejut. Darn. Got7 dikepung!

"Oppa jangan lari lagi" kata seorang ahgase bertudung tiba-tiba, dan dia keluar daripada kumpulan peminat mereka tadi. Mereka menjadi keliru.

"Kitorang takkan ganggu privacy korang macam sasaeng. Kitorang ahgase. Korang dah ajar kitorang untuk jadi peminat yang baik, kan?" kata gadis itu lagi, mara ke arah Got7 beberapa tapak.

"D--dah tu, kenapa korang kejar kitorang?" tanya Mark, masih sedikit ragu-ragu. Gadis bertudung shawl hitam itu memeluk tubuh.

"Korang yang lari. Bukan kitorang kejar" kata gadis itu tenang. Betul juga. Got7 kelihatan lebih tenang sekarang. Yugyeom menggaru kepala, rasa bersalah.

"Mianhae" ucap Jackson. Tiba-tiba got7 semua rasa bersalah pula. Ahgases yang berada di belakang sudah berbisik-bisik, melihat kecomelan idol mereka apabila rasa bersalah. Comel nak mam**s!

"Korang ada apa-apa dengan kitorang je?" tanya Jaebum, nada lebih tenang dan ramah sekarang. Gadis bertudung itu tersenyum manis dan menggeleng.

"Saya tak ada" jawab gadis itu tenang sebelum dia tunjuk ke arah kumpulan ahgases yang lagi satu. "Diorang ada"

Got7 dengan perlahan menoleh, dan mereka melihat setiap ahgase mengeluarkan satu bekas yang mereka dapat agak, ianya berisi makanan. Mereka agak terkejut dan mereka menoleh ke arah kumpulan lagi satu, situasi sama berlaku. Semua ahgase kecuali gadis bertudung tadi menghulurkan satu bekas makanan.

"Kitorang dengar cerita yang oppa sambut bulan orang muslim" kata salah seorang ahgase di situ.

"Jadi kitorang semua buat keputusan untuk masak" kata seorang lagi ahgase. "And bagi korang untuk makan berbuka" sambung seorang lagi.

"Got7 oppa, selamat berbuka!" ucap seorang ahgase yang paling kecil.

Kemudian seorang demi seorang ahgase mengucapkannya kepada mereka, menjadikan suara mereka seolah-olah ombak yang memberi semangat kepada Got7. Tanpa paksa air mata setiap dari mereka terbentuk. Jinyoung menekup mulut, terharu.

Ahgase yeorobeun...

jeongmal gumawo.

☆☆☆


Jinyoung membuka akaun Instagramnya, dan dia sedia untuk mengambil selfie (kan bagus kalau betul :')) Dalam sekelip mata, semua ahli got7 meluru ke arahnya membuatkan dia ketawa.

"Palli palli!" arah Jackson, sedia dengan posingnya untuk selfie. Youngjae tergelak kecil.

"Araseo. Hana, dul, set!"

*kachak!*

"Dashi! Dashi! Hana, dul, set!"

*kachak!*

Caption :
Ahgase yeorobeun!

Take care of yourself! Eat well, sleep well, work well! Thanks for everything! We love you ♡

☆☆☆


*bangga dengan chapter ni* :'))) kenapa lala buat chapter ni? Sebab lala percaya, ahgase seluruh dunia akan sentiasa sokong got7 tak kisah apa pun yang diorang buat!^^ Buat setakat ni, Ahgase sangat pandai jaga manners sendiri bila jumpa got7 (especially thai ahgases! Salute!!) and lala bangga jadi part of ahgase!

p/s : thanks kat korang yang support, vote, baca and komen fanfic ni anyway :')

[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now