Pukul 5:30, mereka bertujuh berancang untuk ke bazaar Ramadhan bersama-sama atas ajakan 2young yang nampak sangat teruja. Oleh kerana Jinyoung kata bazaar itu sangat dekat dengan dorm mereka, mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki.
Nasib baik hari itu orang awam di tempat mereka tinggal tidak banyak di tempat terbuka, jadi Got7 lebih tenang untuk ke bazaar. Kalau tidak, comfirm Mark sudah lari ke Lombok, Jaebum sorok di Taiwan, Jackson hilang di Malaysia (Eh? Macam tajuk fanfic!), Jinyoung lompat masuk liang lahad, Youngjae terbang bersama khinzir, Bambam berlindung di sebalik tiang elektrik dan Yugyeom teleport ke kedai choco shake akibat dikejar peminat. Erm k.
Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Bambam mendapat tanda tanya jadi dia terus menuju ke sebelah Jinyoung. "Hyung, kenapa mesti ada bazaar?" tanya Bambam dan Yugyeom seakan setuju. "Ha'ah. Kan boleh masak sendiri" kata Yugyeom pula.
Semua menoleh memandang Jinyoung dan Jinyoung seakan teruja untuk menjawab. Al-maklumlah, seronok kalau kita dapat kongsi pengetahuan yang kita ada! Lagi-lagi Jinyoung yang mindanya sarat dengan enam ribu tujuh ratus empat puluh tiga juta buku yang setiap satu buku setebal kamus dewan bahasa edisi keempat tu. Hah, ambik! Lala baca buku prinsip akaun pun nak muntah.
Jinyoung berdehem dulu, sedia untuk menerangkan. "Menurut kepercayaan orang Muslim, orang yang memberi makan kepada orang lain untuk berbuka akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa sepanjang hari pada hari perhitungan nanti. Jinyoung tak pasti apa tu hari perhitungan, tapi yang penting, orang Muslim sangat perlukan ganjaran yang banyak untuk diorang masuk ke syurga selepas diorang menghadapi hari perhitungan tu nanti" terang Jinyoung dan mereka mengangguk faham.
"Bagi Jae, restoran tu syurga. Asalkan tempat ada makanan, tu syurga Jae" kata Youngjae riang sambil menepuk-nepuk perut sendiri. Jinyoung tersenyum kecil mendengarnya.
"Orang muslim percaya yang syurga tak ada dekat dunia ni" balas Jinyoung ringkas. Itu membuatkan Jackson lebih tertanya-tanya. "Syurga diorang dekat langit, eh?" tanya Jackson lagi dan Jinyoung terdiam sejenak.
"Rasanya" jawab Jinyoung dengan ragu. "Lagi pun bazaar ni bukan setakat sebab ganjaran je. Orang sekarang ramai yang sibuk jadi diorang mana sempat untuk masak sendiri, jadi diorang belilah makanan dekat bazaar untuk berbuka" kata Jinyoung lagi dan mereka semua membuat bunyi 'oh' yang panjang, menandakan mereka seolah-olah amazed dengan orang Muslim.
"Berpandangan jauh!" puji Mark. Mereka kemudian terus berbual tentang topik biasa hinggalah mereka tiba di bazaar. Mereka bertujuh kelihatan sangat teruja melihat begitu banyak kuih yang terjual di situ. Mereka mula berpecah kepada tiga, Jaebum dan Youngjae, Yugyeom dan Bambam manakala Jinyoung bersama Jackson dan Mark.
"Woahhhh Jeon isseo! Jeon isseo!!" jerit Jackson penuh teruja melihat variasi perisa Korean Pancake (Jeon) yang dijual di sebuah gerai. Dia menarik tangan Jinyoung dan Mark untuk singgah di kedai itu.
"Kita nak beli apa?" tanya Jinyoung, tersenyum melihat Jackson yang macam budak-budak itu. Jackson menggosok kedua-dua belah tapak tanannya, terliur melihat pancake-pancake yang masih panas itu.
"Bagi kitorang tiga pajeon, lima kimchijeon" pesan Jackson kepada makcik yang menjual pancake itu. Jinyoung tidak membantah dan dia menoleh ke arah Mark. "Hyung?" tanya Jinyoung. Mark diam seketika. "Three bachujeon juseyo" pesan Mark pula.
Youngjae dan Jaebum pula berada di gerai agak jauh dari mereka bertiga dan Youngjae hampir sahaja menjerit teruja setiap kali melihat kuih yang dijual.
"Youngjae-ah, Youngjae-ah, kejap. Hyung nak beli bungeoppang" kata Jaebum dan dia berhenti di sebuah gerai yang menjual bahulu ikan berisi kacang merah Korea (Bangeoppang).
"Woahh hyung, sedapnya bau dia hyung Jae lapar woahhh" bebel Youngjae sambil memeluk erat lengan Jaebum, terasa sangat terliur melihat bahulu ikan itu.
"Aipp, tahan, tahan" marah Jaebum seperti memarahi seorang kanak-kanak kecil. Youngjae menyorokkan muka di belakang Jaebum, malu apabila dia dilayan sebegitu di tempat awam. Jaebum hanya tergelak kecil.
"Bambam! Ada bukkumi!" kata Yugyeom teruja dan mereka berdua terus terlupa yang umur mereka sebenar ialah 20 tahun apabila mereka berperangai seperti budak lima tahun melihat kuih kegemaran mereka itu.
"Ahjumma! Ahjumma! Kitorang nak bukkumi tujuh!" kata mereka serentak sambil terenjut-enjut teruja. Mereka memegang tangan satu sama lain, sangat tak sabar untuk menikmati kuih itu semasa berbuka nanti.
Setelah mereka semua selesai membeli, mereka berkumpul semula dan berjalan pulang. Kalau nak diikutkan, mereka masih mahu melihat makanan di situ lebih lama, tetapi Jinyoung memberitahu yang dia perlu masak untuk berbuka membuatkan mereka akur untuk pulang. Tak apa, sambut Ramadhan 29 hari, kan? Masih ada masa~!
☆☆☆
Chapter ini lebih panjang dari biasa XD lMaaf kalau chapter ni tak ada unsur lawak. Selain lawak, sebenarnya Lala just nak kongsi pengetahuan Lala tentnag perkara sepanjang Ramadhan, tu je XD so jangan expect ini cerita humor ya! Thanks kepada yang sudi vote and comment and baca. Sayang korang ♡
YOU ARE READING
[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay Fanfic
Fanfiction"Got7, kita sambut Ramadhan, nak?" Length : 15 chapters (Completed) Genre : Religious, Slight Humor Cast : Got7 Members Start- 12 April 2021 End- 10 May 2021 Got7 sambut Ramadhan buku 1!